NIAT & CARA SOLAT SUNAT MAGHRIB (Ba’diyyah Dan Qabliyyah)

solat sunat maghrib qabliyyah dan ba'diyyah

Bagaimana cara mengerjakan solat sunat sebelum Maghrib dan selepasnya?

Ini adalah panduan lengkap cara mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas solat fardu Maghrib.

Panduan ini ditulis secara langkah demi langkah, dan dipermudahkan dengan transliterasi RUMI.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Pengenalan

Apakah itu solat sunat maghrib?

Solat sunat maghrib adalah solat sunat yang mengiringi Solat Fardu Maghrib.

  • Solat sunat sebelum Solat Fardu Maghrib dikenali juga sebagai Solat Qabliyyah Maghrib.
  • Solat sunat selepas Solat Fardu Maghrib pula dikenali juga sebagai Solat Ba’diyyah Maghrib.

Kedua-dua solat ini tergolong dalam Solat Sunat Rawatib

Maklumat lanjut berkaitan solat sunat rawatib boleh dirujuk pada pautan ini: Panduan Lengkap Solat Rawatib

Solat Sunat Sebelum Solat Maghrib (Qabliyyah Maghrib)

Solat Sunat Sebelum Solat Maghrib

Pelaksanaan solat sunat sebelum solat sunat Maghrib ini sunat dikerjakan secara ringkas tanpa memanjangkan bacaan tetapi dapat menyempurnakan rukun, sunat dan adab-adab solat tanpa menambah atau melebihi daripada itu.

Hal ini bertujuan agar Solat Fardu Maghrib tidak dilewatkan kerana waktunya yang pendek.

Hukum Solat Sunat Sebelum Solat Maghrib

Sunat mengerjakan solat dua rakaat sebelum solat Maghrib.

Solat sunat ini termasuk dalam sunat yang bukan muakkad kerana Nabi SAW tidak menyuruh atau menegah pelaksanaannya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mughaffal RA bahawa Nabi SAW bersabda:

Solatlah kamu sebelum solat maghrib (Baginda mengulanginya tiga kali) dan pada kali yang ketiga Baginda bersabda: Bagi sesiapa yang mahu. Baginda takut manusia menganggapnya sebagai suatu sunnah.

— Hadis riwayat al-Bukhari

Seterusnya dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA beliau berkata:

Kami mengerjakan solat dua rakaat selepas terbenam matahari sebelum menunaikan Solat Maghrib pada zaman nabi SAW. Lantas, aku (Mukhtar bin Fulful) bertanya kepadanya: Apakah Rasulullah SAW pernah melakukan solat dua rakaat itu? Maka anak menjawab: Baginda melihat kami melakukan solat dua rakaat itu tetapi Baginda tidak menyuruh kami dan tidak melarang kami.

— Hadis riwayat Muslim

Waktu Melaksanakan Solat Sunat Sebelum Maghrib

Solat sunat ini dilakukan selepas masuk waktu maghrib, iaitu sebelum menunaikan Solat Fardu Maghrib.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Solat Maghrib

Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat sebelum Maghrib secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Niat Solat Sunat Sebelum Solat Maghrib

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat sebelum Maghrib dalam hati:

Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat

 Usolli Sunnatal Maghribi Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat sunat sebelum maghrib dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raαΈ₯mānir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillāhi rabbil-β€˜ΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mānir-raαΈ₯Δ«m. Māliki yaumid-dΔ«n. Iyyāka naβ€˜budu wa iyyāka nastaβ€˜Δ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irāṭal-mustaqΔ«m. SirāṭallaΕΌΔ«na anβ€˜amta β€˜alaihim, ghairil-magḍūbi β€˜alaihim wa laḍ-ḍāllΔ«n


3. Kemudian, Baca Surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:

solat sunat sebelum subuh

Qul Yā Ayyuhal-KāfirΕ«n. Lā Aβ€˜Budu Mā Taβ€˜BudΕ«n. Wa Lā Antum β€˜Δ€bidΕ«na Mā Aβ€˜Bud. Wa Lā Ana β€˜Δ€bidum Mā β€˜Abattum. Wa Lā Antum β€˜Δ€bidΕ«na Mā Aβ€˜Bud. Lakum DΔ«nukum Wa Liya DΔ«n

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): β€œHai orang-orang kafir! β€œAku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. β€œDan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. β€œDan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. β€œDan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. β€œBagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa β€˜AaFini Wa’fu Anni  


8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua

10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


11. Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al-Fatihah

Bismillāhir-raαΈ₯mānir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillāhi rabbil-β€˜ΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mānir-raαΈ₯Δ«m. Māliki yaumid-dΔ«n. Iyyāka naβ€˜budu wa iyyāka nastaβ€˜Δ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irāṭal-mustaqΔ«m. SirāṭallaΕΌΔ«na anβ€˜amta β€˜alaihim, ghairil-magḍūbi β€˜alaihim wa laḍ-ḍāllΔ«n


12. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

al-mathurat

Qul Huwallāhu AαΈ₯ad. AllāhuαΉ£-αΉ’amad. Lam Yalid Wa Lam YΕ«lad. Wa Lam Yakul LahΕ« Kufuwan AαΈ₯ad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): β€œ(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; β€œAllah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; β€œIa tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; β€œDan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

 SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

 Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa β€˜AaFini Wa’fu Anni  


17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 

tahiyat akhir

19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Solat Sunat Selepas Solat Maghrib (Ba’diyyah Maghrib)

Solat Sunat Maghrib

Hukum Solat Sunat Selepas Fardu Maghrib

Pelaksanaan solat sunat dua rakaat selepas solat Maghrib termasuk dalam solat sunat rawatib yang muakkad seperti mana yang disebutkan oleh Ibnu Umar RA bahawa Nabi SAW melakukan solat sunat selepas Solat Maghrib sebanyak dua rakaat.

Aisyah RA meriwayatkan tentang solat Nabi SAW:

Rasulullah SAW melaksanakan Solat Maghrib bersama orang ramai, kemudian Baginda Pulang ke rumahku lalu melakukan solat sunat dua rakaat.

— Hadis riwayat Abu Daud

Bacaan Surah Dalam Solat

Mengenai bacaan dalam solat sunat ba’diyyah maghrib ini, ada disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud RA katanya:

Aku tidak dapat menghitung berapa kerapnya aku mendengar Rasulullah SAW membaca dalam solat dua rakaat selepas solat Maghrib dan solat dua rakaat sebelum solat Subuh Yakni surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlas

— Hadis riwayat al-Tirmizi

Kadangkala Baginda juga memanjangkan bacaan dalam solat sunat tersebut sebagaimana hadis daripada Ibn Abbas RA:

Rasulullah SAW biasa memanjangkan bacaan dalam solat sunat selepas solat Maghrib sehingga para jemaah dalam masjid bersurai

— Hadis riwayat Abu Daud

Namun ini bukanlah wajib. Kita boleh membaca apa-apa surah ringkas yang kita sukai atau ingat.

Waktu Melaksanakan Solat Sunat Selepas Maghrib

Solat sunat ini dilakukan selepas selesai menunaikan Solat Fardu Maghrib.

Cara Melakukan Solat Sunat Selepas Solat Maghrib

Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat selepas Maghrib secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan dengan takbiratul ihram.

Niat Solat Sunat Selepas Solat Maghrib

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat selepas maghrib dalam hati:

Solat Sunat Selepas Solat Jumaat

  Usolli Sunnatal Maghribi Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat sunat selepas maghrib dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raαΈ₯mānir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillāhi rabbil-β€˜ΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mānir-raαΈ₯Δ«m. Māliki yaumid-dΔ«n. Iyyāka naβ€˜budu wa iyyāka nastaβ€˜Δ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irāṭal-mustaqΔ«m. SirāṭallaΕΌΔ«na anβ€˜amta β€˜alaihim, ghairil-magḍūbi β€˜alaihim wa laḍ-ḍāllΔ«n


3. Kemudian,baca surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:

solat sunat sebelum subuh

Qul Yā Ayyuhal-KāfirΕ«n. Lā Aβ€˜Budu Mā Taβ€˜BudΕ«n. Wa Lā Antum β€˜Δ€bidΕ«na Mā Aβ€˜Bud. Wa Lā Ana β€˜Δ€bidum Mā β€˜Abattum. Wa Lā Antum β€˜Δ€bidΕ«na Mā Aβ€˜Bud. Lakum DΔ«nukum Wa Liya DΔ«n

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): β€œHai orang-orang kafir! β€œAku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. β€œDan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. β€œDan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. β€œDan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. β€œBagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

   Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

   Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa β€˜AaFini Wa’fu Anni  


8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua

10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


11. Baca Surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
surah al fatihah

Bismillāhir-raαΈ₯mānir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillāhi rabbil-β€˜ΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mānir-raαΈ₯Δ«m. Māliki yaumid-dΔ«n. Iyyāka naβ€˜budu wa iyyāka nastaβ€˜Δ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irāṭal-mustaqΔ«m. SirāṭallaΕΌΔ«na anβ€˜amta β€˜alaihim, ghairil-magḍūbi β€˜alaihim wa laḍ-ḍāllΔ«n


12. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

al-mathurat

Qul Huwallāhu AαΈ₯ad. AllāhuαΉ£-αΉ’amad. Lam Yalid Wa Lam YΕ«lad. Wa Lam Yakul LahΕ« Kufuwan AαΈ₯ad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): β€œ(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; β€œAllah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; β€œIa tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; β€œDan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa β€˜AaFini Wa’fu Anni 


17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir Sehinggalah Selesai Rakaat Kedua

tahiyat akhir

19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 

Setelah memberi salam, bolehlah membaca doa ringkas

Penutup

Saya berharap panduan ini telah dapat membantu anda mengerjakan solat sunat ini.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan yang berkaitan topik ini, tinggalkan pertanyaan tersebut pada ruangan komen di bawah.

InsyaaAllah saya akan meluangkan masa untuk menjawab setiap permasalahan tersebut.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Lina
3 bulan yang lalu

Trime Kasih atas perkongsian..alhamdulillah sy sudah melalukan panduan encik dengan baik sekali smoga encik berjaya dunia akhirat