Darah Yang Keluar Sebelum Beranak?

Darah sebelum beranak

Apakah darah yang keluar sebelum beranak?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Ketika orang perempuan yang dekat beranak biasanya akan keluar darah. Adakah darah itu darah nifas?

Kalau bukan darah nifas darah apakah itu dan apa erti darah nifas?


JAWAPAN

Darah yang keluar sebelum beranak ketika sakit hendak beranak itu bukan darah nifas tetapi darah fasad yaitu yang termasuk darah istihadah.

Darah nifas ialah darah yang keluar dari dalam rahim wanita selepas semua anak yang ada dalam kandungannya telah keluar.

Tersebut pada Kitab Matan Abi Syuja’:

Dan erti nifas itu ialah darah yang keluar setelah selesai melahirkan anak.”

Berkata Imam Taqiyuddin :

Dan ada pun darah nifas maka yaitu darah yang keluar selepas daripada keluar anak yang jadi selesai dengannya oleh eddah samada anak yang keluar itu hidup atau mati atau yang keluar itu sempurna atau kurang.” (Kitab Kifayatul Akhyar)


KESIMPULAN

Jika keluar darah dari perempuan ketika sedang sakit hendak beranak maka darah itu adalah termasuk darah istihadah.

Darah yang keluar selepas semua anak yang ada dalam kandungan keluar maka darah tersebut ialah darah nifas.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.