BOLEHKAH PEREMPUAN HAID JAWAB AZAN?

PEREMPUAN HAID JAWAB AZAN

Bolehkah perempuan haid jawab azan?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya ada satu soalan bolehkah perempuan yang sedang haid menjawab azan?


JAWAPAN

Perempuan yang sedang haid disunatkan juga menjawab azan sebagaimana disunatkan ke atas orang yang suci.

1.Tersebut pada kitab Al-Fiqh Ala Mazahib Al-Arba’ah:

Menjawab azan itu disunatkan bagi orang yang mendengar azan walaupun dia orang yang sedang junub atau adalah ia perempuan yang sedang haid atau nifas.”

Dan disunatkan juga dia menjawab iqamat.

2. Berkata Syeikh Nawawi Bantan:

Dan disunatkan bagi yang mendengar akan orang yang azan dan iqamat bahawa menjawab walaupun yang tiada berwuduk atau junub atau haidh atau nifas.”

(Kitab Nihayah Zain)

Dan sebab tidak dilarang perempuan yang haid menjawab azan itu adalah kerana azan itu bukan daripada Al-Quran bahkan ia adalah termasuk zikir maka perempuan yang haid juga dituntut atasnya berzikir.

3. Berkata Imam Nawawi:

Telah berkata oleh Ashab kami dan disunatkan mengikut sekelian ucapan yang disebut oleh muazzin kepada sekelian yang mendengarnya samada dari orang yang suci atau yang berhadas kecil dan yang junub dan yang haidh samada dari orang dewasa atau kanak-kanak kerana sungguhnya ia adalah zikir dan sekelian mereka itu orang yang patut oleh berzikir.”

(Kitab Al-Majmu’)

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments