Menghadapi Ujian Daripada Allah Dengan Tenang & Redha

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.

Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.

Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Ujian
Hadapi setiap ujian yang mendatang dengan tenang..

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?

Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

 

Allah Timpakan Ujian Supaya Kita Bersabar..

Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.

Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya.

Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.

Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.

Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.

Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?

berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.

Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.

Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.

Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!

Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.

Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.

Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.

Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

223 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
rahsia
rahsia
1 tahun yang lalu

saya punya anak kecik yg berusia 1tahun 2 bulan …. ibu mertua pinjam duit insuran saya sebanyak 20k tetapi tak membayar , manakala suami malas nak bekerja , sekarang saya tinggal di rumah sewa , hanya suami yg bekerja , itupun kadang pergi kerja kadang tidak , saya menjadi suri rumah menjaga amananah dari allah ini dengan penuh rasa sayang dan sabar … saya seperti ingin lari keluar , tapi memikir anak yg masih kecil , yg tidak tau apa itu kehidupan , jadi saya sabar , menagis di setiap malam … mengadu nasib pada allah … saya tiada pembelaan nasib … ibu sudah meninggal , ayah pun sudah meninggal , hanya berdoa dan serahkan segala urusan kepada allah , kerna tiap tiap yg berlaku ikut kententuan dari DIA … hanya mintak allah tolong permudahkan segala urusan untuk saya dlam umah sewa dan nak membesar anak saya , amin amin amin yarabalalaminn

Zul
Zul
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah … Syukur tapi aku harus menghadapi dengan cara mana sedangkan aku perlu hidup dengan mencari rezeki utk bayar hutang demi kelangsungan hidup aku rela bekerja apa sahaja demi mencari tezeki wpun apa kerja sekalipun … Tetapi adakah insan yg sudi memberi aku kerja.

Adil apa
Adil apa
3 tahun yang lalu

Cerita dongeng. Ujian setakat kemampuan apa. Kemampuan apa aku tak dee kemampuan nk terima ujian ketidakadilan takdir ni. Aku nk kaya nk ada rumah pun xdee. Ada org boleh cr duit tak sakit bleh kaya umh bnyk siap boleh buat homestay. Tuhan bg lebih2 hidup ni dekat org lain.

annomois
annomois
Reply to  Adil apa
2 tahun yang lalu

dunia adalah penjara utk org2 beriman. yg dpt semua tu istidraj.

Hamba yang lemah
Hamba yang lemah
Reply to  Adil apa
2 tahun yang lalu

Itulah ujian bang. Sabar itu pahit pada permulaan, tapi akan datang Manis pada pengakhiran.

SinarJD
SinarJD
Reply to  Adil apa
1 tahun yang lalu

Setiap kejadian/ ujian yg Allah takdirkn untuk Kita pasti terselit hikmah yg Allah nk bagi. Allah dah janji dlm AlQuran, setiap kesulitan pasti ada kemudahan ( surah Al-Insyirah) Hikmah akan dtg cepat atau lambat sesuai dgn ketentuan Allah sbb Allah Maha tahu apa yg terbaik buat Kita, bersangka baik lah pada Allah, saudaraku

Hamba lemah
Hamba lemah
Reply to  Adil apa
1 tahun yang lalu

Bang saya pun macam abg tapi baru baru ni Allah uji saya. Ujian yg Allah bagi kat saya selama ni saya anggap tidak adil tapi lepas saya bersyukur dan dekatkan diri dgn Allah. Saya jahil bang solat pun taktahu bertahun saya tak solat bang. Lepas saya cuba dekatkan diri dgn Allah SWT. Baru saya tahu. Ujian yg selama ni saya ingat tak adil ni sebenarnya nak saya bersyukur . Rumah takde kekayaan takde tapi abang masih bernafas masih diberi peluang bang utk dekatkan diri dgn Allah SWT. Itu hikmah dia bang. Abg kena bersyuku diuji dgn ujian berbanding kenikmatan. Dunia ni RnR je bang kalau dekat RnR abg ada macam macam tapi dekat destinasi abg tak ada apa apa tak guna juga bang . mindset saya sebiji macam abg tapi alhamdulillah saya dah tak berfikiran macam moga terus diberi kekuatan utk beristiqamah. Semoga dipermudahkan segala urusan abg. Percaya takdir Allah bang.

Intan
Intan
3 tahun yang lalu

Mudahkan segala urusan ku dn pasanganku ya Allah,aamin

Nusrah
Nusrah
3 tahun yang lalu

Alhamdulillah. Terima kasih untk penulisan ini. Saya mohon copy sebahagian kata² di sini ye..mohon halalkan. Jazakallah..

Ain
Ain
3 tahun yang lalu

Bismillah, terima kasih atas ilmu yang bermanfaat ini.. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah s.w.t✨

Norlia binti Abu bakar
Norlia binti Abu bakar
3 tahun yang lalu

Allah sebaik baik pencipta…

Syida
Syida
3 tahun yang lalu

Sabarlah menghadapi ujian Allah swt kerana kehidupan slps mati pasti ganjaran yg besar menanti

nina
nina
4 tahun yang lalu

alhmdulilah satu tips yg amat brguna dan amat bebrmanafaat

Askaww
Askaww
4 tahun yang lalu

Alhamdulilah Pandangan yang perlu kita jalani seterusnya dengan sabar walaupun kita dalam keadaan di uji