Andai Tiada Jodoh, Ucapkan “Kamu bahagia, saya juga pasti akan bahagia”

Kamu bahagia

Apa yang anda akan rasa andai tiada jodoh dengan buah hati idaman?

Adakah anda mampu ikhlas dengan perpisahan ini?

Ada kalanya, ada orang yang sudah lama bercinta ataupun mengikat tali kasih, akhirnya ternyata tidak ditakdirkan untuk dapat bersama.

Mungkin pelbagai sebab yang terjadi adalah punca yang menyebabkan anda gagal melangkah ke pelamin.

Bagi menutup rasa kecewa, seorang daripada anda mungkin berkata, “Apabila awak bahagia, saya juga bahagia.”

Tetapi benarkah perkataan itu ikhlas dan murni dari hati, atau sekadar penyedap keadaan?

Selalunya mulut berkata kuat, tetapi hati masih tidak dapat menerima apa yang terjadi.

Dihadapan dia, anda boleh tersenyum ceria, tetapi di rumah dihujani air mata.

Saya faham. Perkara ini sungguh memberatkan jiwa.

Apabila berhadapan keadaan sebegini, teruskan melangkah dan mempersiapkan mental bagi menghadapi kenyataan.

Pada awalnya memang sukar.

Tetapi, sekiranya kita terus berusaha sedaya upaya, akan tiba satu saat nanti kita juga berani berkata dengan ikhlas  dari hati, “Apabila kamu bahagia, saya juga pasti  akan bahagia, Insya Allah.”

 

Adakah Anda Berani Berkata Sebegitu?

Saya percaya, ia bukan soal berani atau tidak.

Tetapi ia berkenaan cara kita menerima kenyataan.

Sekiranya sekadar berkata-kata, semua orang mampu mengungkapkan.

Namun, komitmen dan perjuangan yang luar biasa diperlukan bagi menerima kenyataan dengan ikhlas.

Selain itu diperlukan juga keyakinan yang teguh kepada takdir-Nya.

Atas dasar itu, sikap husnuzon atau berbaik sangka kepada-Nya perlu sentiasa tertanam dalam dada.

 

Andai Tiada Jodoh, Doakan Si Dia Bahagia. Ucapkan “Barakallahulaka” 

Ini adalah ucapan termanis dan terindah sewaktu anda menghadiri majlis perkahwinannya.

Tunjukkan jiwa besar anda dengan mengucapkan Barakallahulaka.

Ia adalah ucapan yang mulia dan penuh dengan doa.

Apabila Uqail bin Abi Thalib berkahwin dengan seorang wanita dari Bani Yasir, Al-Hasan berkata, “Semoga kamu berbahagia dan mendapat ramai anak.”

Uqail menjawab, “Ucapkan sebagaimana Rasulullah s.a.w berdoa, ‘Semoga Allah SWT memberi dan menjadikan kamu bahagia..‘”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Nasa’ie.

Rasulullah tidak mendoakan mereka mendapat banyak anak, sebaliknya mengucapakan Barakallahulaka – Semoga keberkatan daripada Allah SWT dilimpahkan kepada anda berdua.

Selepas memberanikan diri dan berkata “Apabila kamu bahagia, aku juga bahagia”, seterusnya adakah kita berani berkata Barakallahulaka?

Sekiranya mampu, pasti lebih baik.

Tetapi sekiranya tidak sanggup dan hati masih belum mampu menerima, usah dipaksa.

Usah pula mulut anda berkata barakallahulaka, tetapi air mata berhamburan dipipi setiap masa.

Mulut anda berkata, “Aku bersedia menghadapi realiti”, tetapi hati kita masih menyimpan beban trauma dan luka mendalam.

Oleh itu sahabatku, berusaha menerima kenyataan dengan penuh kebesaran jiwa, kematangan dan sikap dewasa.

Anda boleh.

Dengan izin Allah, pasti boleh.

Jika ada persoalan, nyatakan pada ruangan komen dibawah.

InsyaaAllah saya akan bantu semampu yang boleh.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

12 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Miss_E
Miss_E
5 tahun yang lalu

tengah mencuba untuk melepaskan dengan ikhlas dan memujuk hati untuk kuat.

Anna
Anna
5 tahun yang lalu

Semoga Allah menyembuhkan hati2 yang terluka disini dan menggantikan dengan yang lebih baik. Ma qaddarallah khair☺

nurul
nurul
5 tahun yang lalu

skrg sy tgh lalui keadaan sebegini.. dia nk berkahwin thn dpn.. hati sy xkuat utk terim kenyataan ini.. tp sy pujuk hati sy bahawa Allah akan gntikn sorg lelaki yg tepat utk sy.. dia boleh bahagia sy pn boleh bahagia.. Allahu

Anonymous
Anonymous
6 tahun yang lalu

Tengah hadap sekarang situasi ini.masih baru lagi..sekelip mata dah jadi milik org tanpa diberitahu.Pedihnya rasa tak terkata,Allah jer yg tahu beban menanggung perasaan seperti ini.rasa hilang arah,rasa hilang selera makan semua ada sbb perasaan dlm keadaan luka bagai dihiris2.perlukan masa nk sembuh.kenapa semua ni jadi, kenapa Allah duga mcmni..PEDIH SANGAT!!

1234567890
1234567890
Reply to  Anonymous
6 tahun yang lalu

Semoga ada seseorang yg lebih baik untuk kamu nanti….

Ima
Ima
7 tahun yang lalu

Saya dah cuba banyak kali untuk melupakan dan redha tapi masih belum mampu… hampir 2bulan semuanya dah berakhir.. tapi hati masih sayu, masih mengenang hubungan yg selama 4tahun berakhir tanpa disangka. Tertanya-tanya dalam diri, kenapa semua ni jadi pada saya sedangkan saya beri sepenuh kejujuran dan kepercayaan pada dia apatah lagi jauh sekali untuk menduakan dia..

Hati makin terseksa rasa saat tahu dia akan berkahwin.. mudahnya dia melupakan. Mudahnya dia membina kebahagiaan dari kekecewaan yg dia hadiahkan pada saya. Bukan tidak cuba untuk redha tp hati masih tertanya-tanya kenapa… kenapa? Dan kenapa.. jujur saya katakan saya mudah menyayangi tapi tidak untuk melupakan.. sangat sukar.. Tapi saya cuba sebab saya tahu Allah menguji saya kerana saya mampu..

Izzati
Izzati
Reply to  Ima
6 tahun yang lalu

Allah tahu Dia X mampu jaga Kamu..seseorang yg lebih baik Sdg menunggu..buktikan bahawa meninggalkan Kamu itu adalah suatu kesilapan! Jangan Tunjukkan anda lemah.. Yakin dgn Allah.. Hidup ini adalah pengembaraan dari Allah dan menuju Allah

sufian haikal
sufian haikal
9 tahun yang lalu

macam mana nak hati betul2 redha?walau cuba banyak kali?

sufian haikal
sufian haikal
9 tahun yang lalu

mcmna nak hati kita betul2 terima?

Jun
Jun
10 tahun yang lalu

Blog yg sangat memberi motivasi. At least membantu kt utk terima kenyataan…

akhie gumiho
akhie gumiho
10 tahun yang lalu

Salam..blog yang sangat memberi motivasi. Sepertimana tajuk posting di atas, sikap redha terhadap ketentuan Allah amatlah perlu ditancapkan ke dalam hati setiap muslim. Kehilangan seseorang yang amat kita cinta adalah suatu kelukaan yang meninggalkan bekas trauma..tidak dinafikan sesebuah kehilangan itu amat sulit untuk kita terima kenyataannya..tetapi seandainya manusia tahu nilai sifat redha..pasti mereka tidak akan pernah sulit jika kehilangan sesuatu yang disayangi..Firman Allah swt : “Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…(Surah al-Baqarah : 155)