5 Tips Mengubat Patah Hati Yang Berkesan

patah hati
patah hati

Patah hati atau orang muda-muda sekarang sebut, broken heart, itu biasanya kerana dua perkara, putus cinta atau ditolak pinangan / lamarannya.

Tapi kalau dilihat pergaulan zaman sekarang, sebab patah hati kebanyakan adalah kerana cinta.

Dan hubungan cinta couple ini sememangnya satu hubungan yang salah.

Kalau dilihat dari segi apa-apa pun, couple lebih banyak membuat patah hati daripada suka hati.

Status hubungan pasangan atau couple ini tidak  jelas, tidak sah dan yang pasti tidak serius.

Malah banyak anak muda waktu ini terlanjur sehingga melakukan perkara yang melampau seperti zina.

Paling kurang pun berpegang-pegangan tangan.

Buat yang gagal melamar / pinangan ditolak, bukannya yang kamu lakukan itu salah.

Mungkin pasangan yang menolak kamu bukan jodoh kamu.

Mungkin dia hanya pelangi indah yang cuma hanya sesaat menghiasi bumi, dia bukan bulan yang selalu setia menemani bumi dalam menggantikan matahari.

Ingat, Allah sudah menjamin tiga perkara iaitu rezeki, ajal dan jodoh.

Dan jangan lupa Allah juga berfirman, ertinya:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

— QS. An Nuur: 26

Kalau kita sudah terlanjur patah hati, jangan gelap mata. Keep think positive.  

Kita masih boleh memilih apa yang akan kita lakukan kemudian.

Dan itu terserah pada kita, positif atau negatif.

 

5 Jenis Ubat Untuk Mengubat Patah Hati

kalau ubat hati itu ada lima, maka ubat patah hati juga ada lima:


1. Jangan mendramatik-kan keadaan

Kalau patah hati, tak perlu bersedihan terlalu lama.

Hindari suasana yang membuat kamu menjadi sebak atau melankolis.

Tak usah dulu mendengar lagu-lagu dengan tema patah hati, atau melakukan aktiviti lain yang membuatkan sesak hati. Itu sama sahaja menabur garam di atas luka. Pedih bukan?


2. Putus asa itu dosa

Ingat bahawa berputus asa itu dosa.

Rasulullah bersabda:

Dosa besar itu adalah mempersekutukan Allah, putus asa dari kurnia Allah dan putus harapan dari rahmat Allah.”

—HR. Al Bazzar dan Thabrani


3. Jangan Menyendiri

Kamu jangan menyendiri. 

Cari teman-teman yang dapat support dan yang dapat membuat kita bangkit lagi, bukan yang menjatuhkan kita pula. 


4. Perbanyakkan Kegiatan Positif

Kita harus sering bergerak. Lari marathon, berkebun atau berbasikal boleh dilakukan.

Atau kegiatan yang paling positif adalah belajar tentang Islam, dan menyertai aktiviti dakwah.

Insya Allah dapat melupakan pahitnya patah hati, kerana Islam itu lebih indah dari yang kita sangka.


5. Bersyukur, Berusaha dan Doa

Kalau kita putus dari ikatan couple, itu bererti kita terbebas dari perbuatan mendekati zina.

Kita harus bersyukur.

Kalau memang sudah bersedia untuk bernikah, bernikah sahaja,tak perlu bercouple / bercinta sebelum kawin ni.

Buktikan kita serius.

Buat yang ditolak lamaran / pinangan, itu tandanya calon  itu tidak matching dengan Kita. Kita belum ada rezeki, cuba lagi.

Dan jangan lupa berdoa kerana Allah pasti akan memberi jalan keluar yang terbaik buat kita. Pasti!

Ibnu Qayyim rahimahullâh tentang cinta yang terpuji:

“Cinta yang terpuji adalah cinta yang memberikan manfaat kepada orang yang merasakan cinta itu untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya.

Cinta inilah yang menjadi asas kebahagiaan.

Sedangkan cinta bencana adalah cinta yang membahayakan pelakunya di dunia maupun akhirat dan membawanya ke pintu kenistaan serta menjadikannya asas penderitaan dalam jiwanya.”

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

42 thoughts on “5 Tips Mengubat Patah Hati Yang Berkesan”

  1. HI! Saya adalah safwan jadi saya adalah budak nerda iaitu suka membuat kerja sekolah dan selalu fikir pasal pelajrana aja….suatu hari bila permulaan skolah saya di MRSM alor gajah saya secara tiba tiba mengalami perasaan yang sukar diluahkan pada si ‘DIA’ itu jadi saya sudah kata padanya kerna saya sukar untuk fokus dan sukar untuk belajar apabila mendengar nasihat beliau saya rasa boleh lupakan dia cuma agak sukar untuk melupakan dia kerna tingkah lakunya yang sangat pemurah dan baik itu…..untuk pengetahuan kawan2 semua saya diterima dan ‘DIA’ suka semula pada saya.tetapi pelajran lebih utama untuk masa hadapan saya doakan PT3 ya kawan2 semua yang akan menjelang pada tahun 2022.

    Reply
  2. selepas ditolak..hati jadi keliru..rasa tak bermakna…..rasa tak berharga tapi bila suara batin saya ada tetiba dlm tubuh saya saya rasa lagi better dari dulu, dan saya rasa boleh lupakan ‘dia’ untuk saya belajar dan skor dalam peperiksaan PT3 yang bakal menjelang pada tahun 2022……doakan saya u guys

    Reply
  3. Saya baru sahaja confess kpd org yg saya suka. Kawan baik pula tu.. dan, ditolak. Sedih, malu.. semua bercampur. Oh, ya.. saya perempuan.

    Alhamdulillah, sekarang sudah boleh lihat hikmahnya, inshaAllah. Doa yang baik-baik.. pasti kita akan dapat yang terbaik. Aminn.

    Reply
  4. N.3 yg tu, sy xsetuju.. lagi bagaikan api dicurahkan minyak.. N.1 mungkin 40% lebih baik, menindiri. Mencari game untuk menghiburkan hati. Memberi ceramah, tidak serupa dengan merasa apa itu patah hati/ luka hati/ luka lama berdarah kembali

    Reply
    • Maybe you’re wondering why you still hurt.
      But, you still alive. You can learn again.

      So live, and learn.

      Reply
  5. Salam hati yang dilukai memang sakit pedih..hatiku rasa bg dihiris2 …hancurnye hati ku
    Perkahwinan yg dibina 10thn bakal hancur…aku
    X sanggup berkongsi kasih dgn suami Tercinta dengan insan lain…Betol ke dia x Salah… btol ke aku yg slh..bila aku tnye dia ckp aku baik smpurna nd syg mcintaiku tetapi dia dah ade rasa syg dengan insan lain kenalan dr fb…dia ckp dia x slh lelaki leh khwin 4 ….mudah kata2nye dia kata nie takdirnye …dia x menduakanku … btol ke…..dia th X aku tersiksa suami yg aku kasih syg sepenuh hati ku cintainye setulus hatiku…aku jujur ngan nye …nie balasan yang aku dpt…????????????????????????????????

    Reply

Leave a Comment