Mengapa Susahnya Menolak Cinta?

menolak cinta
mengapa terlalu sukar untuk menolak cinta?

Sebenarnya, kehidupan tentang membuat pilihan cinta memang banyak ragam.

Ada yang sukar mendapat jodoh kerana terlalu pemilih, ada juga yang sangat mudah mendapat jodoh namun akhirnya ditolak dengan alasan-alasan tertentu.

Mari kita membincangkan tentang bagaimana menolak cinta

Memang susah untuk menolak cinta seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu.

Tidak mahu menyakiti, takut kehilangan sahabat dan takut-takut yang lain lagi.

 

Jangan Terlalu Memberi Perhatian Kepada Yang Berlainan Jantina

Bila kita memberi perhatiaan yang lebih terhadap rakan yang berlawanan jantina, orang mana yang tidak akan salah sangka.

Mungkin dia menyangka kamu sukakan dia dan terus mengajak  kamu untuk bertunang. 

Padahal perhatian diberikan kita adalah sama sahaja dengan semua rakan – rakan yang lain.

Inilah pentingnya untuk kita membataskan diri bergaul dengan lawan jenis.

Bukan hanya untuk keperluan kita sendiri, tetapi juga orang-orang yang rasa mendapat perhatian dari kamu.

Jika orang tersebut mengetahui kamu sebenarnya tiada perasaan terhadapnya, dia akan rasa dipermainkan

Dan kita sudah tidak akan dipercayai lagi.

Berhenti memberi perhatian kepada perkara yang tidak penting buat rakan yang berlainan jantina.

Bergaulah sewajarnya, hanya yang sewajarnya.

Jangan sehingga kita menyakiti sesiapapun, sehingga merosakkan sebuah ukhuwah. 

Cuba fikir dan bayangkan, jika kita atau saudara kita terkena perkara yang sama, iaitu merasa dipermainkan setelah diberi perhatian sekian lama, pasti kita akan merasa marah bukan?

 

Jangan Tertipu Oleh Perhatian

Akibat dari sebuah perhatian, biasanya bermula pada hati kecil yang mula merasakan jatuh cinta.

Maka, kita  janganlah mengambil kesimpulan bahawa si dia jatuh hati dengan kita.

Hindarilah perasaan-perasaan ini jika berdekatan dengan si dia, jangan disalah sangka setiap perhatian dari si dia.

Ini sememangnya tidak mudah kerana fitrahnya manusia sangat suka diberi perhatian

Penyakit tipuan hati ini memang lebih banyak dirasakan oleh wanita, kerana secara fitrahnya wanita suka dipuji, di berikan perhatian yang lebih.

Sebab itu juga wanita yang paling banyak mengalami patah hati.

Oleh itu, batasilah berhubungan dengan lawan jenis yang boleh membuat semuanya kacau. 

 

Mengapa Terlalu Susah Uuntuk Menolak Cinta?

Menolak cinta, perkara sukar tetapi sebenarnya mudah.

Kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti seseorang.

Kalau dia mengajak kita untuk berpasangan, maka tolak sahaja.

Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan.

Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun menyakiti Allah?

Jika dia ingin ta’aruf, suruhlah dia datang terus ke rumah ibu bapa kita.

Janganlah sampai kita tertipu ta’aruf kosong, iaitu menghalalkan percintaan sebelum nikah dalam bungkusan ta’aruf.

Jika kita tidak sukakan dia, jangan terus menolak, apatah lagi jika dia mengajak kamu berkahwin.

Lakukan Istikharah dahulu, Serahkan semuanya pada Allah.

Kerana siapa yang tahu jika ternyata dia yang terbaik untukmu.

Ingat, apabila kita ingin menolak, rendahkan suara kita. Jangan menggunakan nada yang tinggi.

Agar ukhuwah tidak rosak.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
mlasia
mlasia
11 tahun yang lalu

ya allah saya tak you nyahn
komen anda

huu saya was nada saya mainta facbook tolang lah allah

Hamba Allah
Hamba Allah
12 tahun yang lalu

Assalamualaikum..

Sy ingin meminta pandangan drpd kalian smua..sy sudah bertunang..namun sblm nie sy penah menyukai kwn sendiri..selama pengajian, sy terus2an mengagumi seorg lelaki ini..terpesona dgn sikapnya yg sentiasa tenang..kami terlalu rapat spt teman tp mesra. sehinggakn org ramai fkir kami bercinta walhal tidak pn. mmg sy akui sy mmg sukakn dia.dia treat sy spt kekasihnya tp tanpa menyatakn apa2. dia seumpama tidak suka kalu sy keluar bertemu mana2 kwn lelaki..tp dia menafikan bila di tanya dia menyukai sy.penah jua meluahkn rasa hati pdnya. tp pd ketika itu, dia menolak atas dasar ingin fokus pd stdy. so masa berlalu smpi la kami tamat pengajian namun kami semakin rapat. bile masing2 dh bekerja, sy dpt tau dia kecewa krn seorg gadis. sy tetap jd pendgr setia smua cerita dia. sy lah tmpt dia mengadu. sy bina keyakinan dia kembali tanpa dia sedari. pd ketika itu, sy telah menerima kehadiran tunang sy. lama kelamaan br la lelaki yg sy puja selama ini meluahkn rasa hati dia pd sy..malangnya ketika itu sy telahpn menerima lamaran tunang sy. apa yg sy ingin highlightkn di sini.. sy tau sy berdosa krn sy sudah punyai tunang tetapi hati sy masih memuja lelaki tu. sy sygkn tunang sy..tp begitu sukar sekali utk sy luahkn. lelaki itu menanti sy melepaskn dia krn dia menyatakn yg hati dia masih terikat dgn sy. sy bingung…apa yg mungkin sy katakn..sy keliru.. dia meminta sy memilih.. ya Allah.. adkh sy menyiksa dia? sy masih berhubungan dgnnya tanpa pengetahuan tunang sy.. mohon pandangan kalian..apa yg patut sy lakukan.. sy btl2 tkut kehilangan seorg kwn..tp sy akan sakit kiranya melihat org yg penah sy puja bersama org lain. teruknya rasa ini. help me…

Mushy
Mushy
Reply to  Hamba Allah
11 tahun yang lalu

Buat la istikharah… berdoa minta petunjuk Allah swt.

ummuumar
ummuumar
Reply to  Hamba Allah
11 tahun yang lalu

Salam. Izin kan sy utk memberi sedikit pandangan dan perkongsian. Semoga bermanfaat insyaAllah. Comment ni ditulis pd bln march dan skrg sy tk tahu mungkin akak sudah bernikah dgn tunang akak. Apa pun setiap ujian yg dtg pasti akan berakhir. Pasti dan pasti insyaAllah sbb hidup kat dunia ni sementara je. Kes mcm akak ni bkn perkara baru,da ramai sgt ada masalah mcm tu. semua bermula dr hati. Apa yg ada dlm hati? Iman. Kalau iman sempurna Syariat Allah akn kita pegang teguh. Jd akak kata akak takut kehilangan kwn. Pdhal kwn yg akak maksud kan tu adalah sesuatu yg salah disisi agama. Kwn yg tk perlu dipertahankan. Malah kwn yg tkde dlm redha Allah. Kita nk buat apa2 pun biarlah Allah redha. Hidup ini adalah pilihan. Antara syurga dan neraka pun kita kena pilih. Mana bole masuk dua2. So buatlah pilihan antara tunang dan kwn akak tu. dan bila da buat keputusan apa2 yg dtg lps tu pedulikan sbb tu ujian dan bisikan syaitan. Tp buatlah pilihan berdasarkan petunjuk dr Allah. Dosa itu apa yg kita rasa gelisah dan tk nk org tahu kita buat. So jika rasa mcm tu tinggalkanlah. InsyaAllah Allah pasti bantu. Dan jika nafsu msh berdegil Ambil lah lilin,nyalakan ia dan letakkan satu drpd 10 jari saudari di api lilin itu. Hitunglah berapa saat anda mampu bertahan akn kepanasan api lilin yg menbakar dan menghanguskan satu drpd 9 jari saudari. Jika saudari melepasi proses pertama ini,letakkan lah pula jari kedua hingga ke jari yg ke 10. Rasakanlah sendiri panasnya api. 

Sesungguhnya kepanasan api lilin itu hanyalah secebis drpd kepanasan api neraka manusia yg menzalimi manusia yg lain.

Apa2 akak yg balas,just email me. Moga Allah kasih :)

cik eimah
cik eimah
12 tahun yang lalu

like sgt2…mohon nak share kat blog sy ea..

mimito
mimito
12 tahun yang lalu

=)
i like dis entri!
cinta jangan dicari…cinta akan datang sendiri bila tiba masa dari-Nya, cinta dicari annti hilang..biarlah cinta sejati Dia tentukan, kerana kita milik Dia =)