Pertemuan Kita Semua Bukannya Kebetulan..

Pertemuan kita semua bukannya kebetulan.

Bertukarnya persekitaran yang diselubungi rasa kekok itu bukanlah untuk merenggangkan, bukan untuk diambil ringan, dan bukan juga untuk merasakan tiada jalan lain selain berputus asa.

Allah yang menetapkan segalanya. Dan Dia mahu menguji, apakah kita mahu bersabar?

Kadangkala manusia ini perlu diketuk sedikit, baru tersedar. Ada yang ketuk sekali tak sedar-sedar. Mungkin caranya tidak kena, dan caranya membuatkan dia terus pecah, atau yang mengetuk menyerah kalah.

Setiap manusia punya ujian masing-masing, kan?

Mungkin yang membuatkan kita rasa sukar untuk berubah adalah rasa tidak yakin terhadap diri.

Dan rasa tidak yakin ini hanya mampu diubat dengan satu cara sahaja, iaitu :-

Yakin kepada Allah. Yakin dengan keyakinan yang tidak ber’tapi’. Yakin bahawa Allah itu Maha Teliti, dan Dia tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. 

 

by Wannuraishah~

sumber : http://terataksafwah.tumblr.com/post/4184672865

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
camelia almaidah
8 tahun yang lalu

Alhamdulillah..dengan ujian yg menguras air mata ini mengembalikan aku kpd jalan yg lebih baik.benar sekali,mungkin jika kita tidak diberikan teguran ,kita akan tetap berada dijalan yg sesat.smoga kita slalu diberikan petunjuk dijalan lurus yg diridhai Allah..

Dinie Ezyane
10 tahun yang lalu

Tiada perkara yang berlaku secara kebetulan.

yuyuy ekyn
10 tahun yang lalu

sama ada kita sedar atau tak jep.wallahualam.