Sila ambil masa untuk baca artikel ini, anda mungkin dapat menyelamatkan satu nyawa
Kebanyakan penyerang akan menggunakan beberapa taktik untuk melarikan diri menggunakan kekasaran.
Tak ramai yang tahu bagaimana untuk melindungi diri mereka lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi sebegini.
Semua orang wajib baca artikel ini khususnya buat semua gadis di dunia ini.
.
Apakah Tabiat Yang Mengundang Perogol?
Satu kajian telah dijalankan ke atas sekumpulan perogol di dalam penjara tentang perkara yang mereka aim (baca : lihat) pada mangsa yang berpotensi untuk dirogol.
Beberapa fakta menarik untuk dikongsi bersama:
1) Stail Rambut
Perkara pertama yang perogol akan tengok pada mangsa adalah stail rambut.
Mereka lebih memilih untuk mencari perempuan yang berambut tocang, bersanggul dan berβbraidβ atau lain-lain stail rambut yang mudah untuk dicapai dengan tangan.
Mereka lebih mengejar perempuan yang berambut panjang. Perempuan berambut pendek selalunya tidak menjadi target perogol
Muslimah (Perempuan Islam) diwajibkan memakai tudung.
Nah, ini lah hikmahnya Allah suruh pakai tudung. Tak percaya?
Sila rujuk Al quran di rak anda itu, cuba selak Surah An- Nur.
Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,
βHendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada merekaβ [TMQ An-Nur (24):31].
βDan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.β [TMQ An-Nur (24):31].
2) Pakaian
Perkara kedua yang lelaki perhatikan adalah pakaian.
Perogol akan mencari perempuan yang memakai pakaian yang mudah untuk ditanggal.
Β Kebanyakan daripada mereka membawa bersama gunting untuk memudahkan kerja mencarik pakaian.
Sebab tu kita kena pakai baju yang labuh dan longgar bukannya ketat lagi nipis.
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda RasulullahΒ kepada Asmaβ binti Abu Bakar,
βWahai Asmaβ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.β [HR Abu Dawud]
3) Leka
Perogol juga mencari perempuan yang sedang leka menggunakan telefon bimbit..
…khusyuk mencari barang dalam purse atau lain-lain aktiviti yang dilakukan semasa berjalan disebabkan oleh kelekaan (off guard) dan senang untuk dikalahkan.
4) Β Tempat Kebiasaan Perogol
Tempat pertama terjadinya kejadian penculikan / serangan ke atas wanita ialah tempat parking kedai runcit.
TempatΒ kedua ialah tempat parking pejabat/garaj.
Tempat ketiga ialah tandas awam.
Lazimkanlah diri anda wahai wanita dengan Ayatul Kursi, semoga dalam lindungan Allah selalu dari mula langkah pertama kita keluar dari rumah hingga pulang kembali.
5) Masa Yang Diperlukan
Seperkara lagi tentang lelaki-lelaki ini, mereka menanti untuk menculik perempuan dan cepat-cepat pindahkan dia ke tempat yang selamat daripada ditangkap.
Jikalau anda terus bertindak melawan dalam apa bentuk cara sekalipun, mereka akan terus berputus asa dan dalam beberapa minit perogol ini akan sedar terlalu banyak masa diambil dan tidak berbaloi untuk terus mengejar anda.
6) Senjata
Perogol-perogol ini menyatakan mereka tidak akan memilih perempuan yang di tangan mereka mempunyai payung atau lain-lain alat yang serupa dengannya dan boleh digunakan dalam suatu jarak tertentu.
Anak kunci tidak berkesan kerana anda perlu berada sangat dekat dengan penyerang untuk menggunakan kunci sebagai senjata.
Β Maka, mereka hanya akan menganggap usaha anda tidak akan berjaya.
.
Beberapa perkara harus dilakukan jika mengesyaki seseorang sedang berniat jahat:
.
1) Cetuskan Perbualan
Jika seseorang mengekori anda dari belakang di jalan atau di elevator atau tangga, pandang mereka berhadapan dan tanya soalan seperti, βPukul berapa sekarang?β
Atau cetuskan perbualan singkat βPanaskan hari ini?β, βNampaknya hujan sangat lebatβ.
Sekarang anda dapat lihat dan cam muka mereka andai mereka ditangkap, anda akan terlepas daripada menjadi target.
2) Bersikap Aggresif
Sekiranya seseorang sedang datang ke arah anda, halakan tangan anda di hadapan dan tengking βBerhenti! atau Pergiβ .
Kebanyakan perogol-perogol tersebut menyatakan mereka akan terus tinggalkan perempuan yang menengking atau menunjukkan yang mereka tidak takut untuk melawan.
Sekali lagi diingatkan, mereka mencari target yang mudah
3) Mengeluarkan Ancaman
Jika anda membawa bersama Penyembur Lada Hitam (Pengajar tersebut sangat mencadangkan penggunaan Pepper Spray dan sentiasa dia sentiasa membawanya bersama ke mana sahaja dia berada).
Jerit saya ada βPemedih Mata!β dan pegang ke arah mereka akan berfikir dua kali untuk terus menyerang.
4) Melawan Kembali
Jika seseorang merangkul anda dan anda tidak mampu untuk menyerang mereka, anda masih mampu melawan.
Jika anda dirangkul dari belakang pada bahagian pinggang, cubit penyerang sama ada pada bahagian bawah lengan antara siku dan ketiak atau pada cubit bahagian peha atas β KUAT-KUAT (benamkan kuku anda!).
Seorang perempuan dalam kelas ini pernah mencubit bahagian bawah seorang lelaki yang cuba merogolnya sewaktu berdating (date rape) dia terlalu marah sehinggakan perempuan tersebut telah mengoyakkan kulit dan otot lengan lelaki itu sehingga perlu dijahit.
Cuba picit diri sendiri di tempat tersebut sekuat yang mungkin, mesti anda tak tertahan kesakitannya.
5) Serang Bahagian Sulit
Selepas pukulan pertama, serang bahagian antara kelangkang mereka (alif nun waw).
Saya tahu daripada beberapa episod malang, jika anda serang tempat tersebut ianya tersangat menyakitkan, senak.
Anda mungkin fikir lelaki tersebut akan marah dan dia akan lebih mencederakan anda.
Tetapi perogol-perogol tersebut memberitahu mereka hanya mahukan perempuan yang tidak akan mengakibatkannya pelbagai masalah.
Maka, mulakan sesuatu masalah, dan dia akan pergi dari situ.
6) Bengkokkan Sendi Jari
Apabila lelaki meletakkan tangannya ke atas anda, capai dua jarinya dan bengkokkan ke belakang sejauh yang mungkin dengan sekuat-kuat tekanan dan tolak ke arah mereka secepat mungkin.
Pengajar tersebut telah cuba pada saya tanpa menggunakan apa-apa tekanan sehinggakan saya akhirnya melutut dan jejari saya βmeletupβ kuat.
7) Ikut Gerak Hati
Semestinya, perkara yang selalu kita dengar kita akan gunakan. Selalu perhatikan keliling anda, kalau boleh bawa seseorang bersama dan jika anda merasakan sesuatu yang ganjil jangan buat-buat tak tahu, ikutlah gerak hati.
Kadang-kadang anda mungkin rasa macam orang bodoh, tapi anda akan rasa lebih teruk jika lelaki tersebut adalah masalah sebenarnya.
Perempuan memang perlu berjalan dengan muhrimnya. Tidak boleh bermusafir seorang diri!
.
Akhir sekali, tolong ingat perkara-perkara ini juga
Saya tahu anda memang dah biasa dengan perkara-perkara ni, tapi anda pasti akan ingat dan akan kata βhmm saya kena ambil peringatanβ.
Selepas anda selesai membaca artikel ini tolong sebarkan pada orang-orang yang tersayang.
Tak ada salahnya kita berhati-hati dalam dunia fana yang serba gila ini.
.
1) Tip Tae Kwon Do : Siku adalah poin terkuat pada badan kita. Jika anda rapat dengan penyerang pada bahagian siku, gunakannya!
.
2) Saya belajar daripada seorang pemandu pelancong di New Orleans:Β Jika ada perompak yang minta dompet anda, JANGAN HULUR PADANYA!
Buang ke tepi atau jauh dari anda..
berkemungkinan dia lebih berminat dengan dompet daripada anda.
LARI MACAM LIPAS KUDUNG KE ARAH YANG BERTENTANGAN.
.
3) Jika anda dicampak ke dalam bonet kereta, tendang lampu belakang kereta dan keluarkan tangan anda dan lambai bersungguh-sungguh. Pemandu tak akan nampak anda, tapi orang lain akan perasan.
Cara ini pernah banyak menyelematkan nyawa
.
4) Perempuan (spesis saya) selalunya selepas membeli belah atau makan atau bekerja suka masuk ke dalam kereta dan duduk sahaja. Cek resit bayaran, baca buku nota atau buat list dsb.
JANGAN LAKUKAN PERKARA INI!
Pemangsa akan memerhatikan anda dan ini adalah peluang yang sangat sempurna untuk dia masuk ke tempat penumpang dan tuju pistol pada kepala anda.
Kemudian beri arahan ke mana harus pergi. SELEPAS TUTUP PINTU KERETA, KUNCIKANNYA DAN PERGI.
.
5) Beberapa peringatan tentang masuk ke dalam kereta di lot parking atau garaj.
a. Peka / berhati-hati : Tinjau di sekeliling kereta anda kerana mungkin ada orang sedang bersembunyi di tempat penumpang, tengok ke dalam kereta, lantai di tempat penumpang dan di kerusi belakang. (LAKUKAN PERKARA INI SEBELUM MENAIKI TEKSI)
b. Jika anda letak kereta bersebelahan van besar, masuk ke dalam kereta melalui pintu penumpang. Kebanyakan pembunuh bersiri menyerang mangsa semasa mangsa sedang cuba masuk keΒ dalam kereta.
c. Tengok tempat duduk kereta yang bersebelahan kereta anda.
Jika ada lelaki sedang duduk bersendirian di tempat duduk berhampiran kereta anda, lebih baik anda patah balik ke dalam kedai, atau tempat kerja dan bawa bersama pak guard / polis untuk melindungi anda.
LEBIH BAIK SESAL DULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA. (dan lebih baik paranoid daripada mati)
.
6) GUNAKAN elevator daripada menggunakan tangga.
Tangga adalah tempat-tempat menakutkan untuk bersendirian dan tempat yang sempurna utk melakukan jenayah.
.
7) Larikan Diri
Jika penyerang memiliki pistol / senjata dan anda tidak dapat melawan mereka, PILIH UNTUK LARI.
Penyerang hanya akan serang anda (yang sedang berlari) 4 kali dalam 100 serangan. Tempat-tempat yang terkena selalunya bukan organ utama.
.
8) Perempuan~ selalu mudah berasa simpati.
HENTIKANNYAAAA! Anda mungkin akan dirogol atau dibunuh.
Ted Bundy, seorang pembunuh bersiri adalahseorang yang kacak, berpendidikan dan selaluΒ berlakon meminta simpati.
Dia berjalan menggunakan tongkat atau berjalan terhencot-hencot dan selalu meminta βtolongβ untuk memimpinnya ke kereta atau menggunakan keretanya.
Kemudian dia culik mangsa tersebut.
.
Penutup: Sila Sebarkan
Saya sangat berharap anda akan kongsi artikel ini kepada semua wanita yang anda kenali.
Ianya mungkin akan menyelamatkannya nyawa.
Lilin tidak akan terpadam jika dinyalakan apinya pada lilin yang lain. Saya pada mulanya mahu berkongsi pada kawan perempuan sahaja, tapi wahai lelaki budiman
Jika anda sayangkan ibu, isteri, kakak, adik dan anakΒ perempuan anda, anda mungkin mahu yang lain turut membaca artikel ini.
******
Artikel ini adalah perkongsian daripada Β Nurul Husna Mohamad Tawfiq (http://resamkehidupan.blogspot.com/)Β ke inbox emel akuislam. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca =)
Tinggalkan Komen Anda..
Ilmu yg bermanfaat
Terima kasih diatas perkongsian ini kerana amat berguna untuk saya dan wanita diluar sana .
Sama-sama
trima ksih.. sgt2 b’manfaat .:D . mohon share .
Sangat bermanfaat.