Bagaimana Membuat Orang Lain Menghormati Kita?

menghormati
Bagaimana Membuat Orang Lain Menghormati Kita? | Racism by ~Alephunky (devianart)

Cuba perhatikan kejadian dibawah:

1. Hanafi mempunyai seorang rakan karib yang selalu meminjam barang-barang kepunyaannya dan tidak pernah mengembalikannya. Hanafi tidak berani meminta kembali barang-barang itu. “Jika saya berterus – terang, dia tentu akan tersinggung, sedangkan dia adalah kawan baik saya.” keluhnya

2. Di pejabat Johan mempunyai seorang teman yang pandai memujuk. Dia selalu meminta Johan membuat kerjanya. Johan tidak pernah menolak dan selalu memenuhi pujukan kawannya itu. Walaupun dia sedar kebaikannya telah dipergunakan oleh kawannya untuk kerja sambil lewa di pejabat.

Bila ditanyakan kenapakah dia tidak berterus terang, Johan menjawab: “Saatnya belum tiba. Saya tidak berani”

Daripada contoh diatas dapat kita simpulkan bahawa kebanyakkan orang dikalangan kita terpaksa mengorbankan kewibawaan atau harga dirinya demi kesenangan orang lain.

Mereka tidak pandai untuk mengatakan “tidak” dan oleh kerana itu mereka terus menderita dan memendam rasa.

 

Orang Lain Tidak Menghormati Kita?

Tidak semua orang dapat berubah.

Jangan memberikan peluang kepada sesiapa pun sebelum orang itu memberikan alasan yang wajar.

Jika kita telah memberikan peluang kepada mereka, maka mereka akan berfikir bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah betul.

Ini boleh menyebabkan “penyelewengan” yang berlanjutan.

Pada tahap ini, kita kita telah dianggap sebagai orang yang lemah dan tidak lagi dihormati.

Mereka tidak menghormati kita.

Jangan meminta maaf ketika meminta sesuatu yang wajar.

Contohnya, tiga jam selepas memaksa anaknya mengemas bilik, seorang ibu berkata: “Mak mintak maaf sebab suruh along kemaskan bilik.”

Jangan! mereka harus menghormati kita sebagai ibu dan bila kita menyuruh membuat perkara betul,

Jangan pindahkan tanggungjawab kita kepada orang lain.

Contohnya:

“Tadi bos kata suruh kau perlu…,” atau “Adik, ayah suruh adik ke kedai beli beras..”.

Pernyataan seperti ini akan membuatkan kewibawaan kita akan hilang dan sekaligus menjadi seorang pembawa maklumat yang tidak dihargai.

Kita hendaklah berusaha memasukkan unsur-unsur yang mantap dalam berkomunikasi.

Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan supaya orang lain menghormati diri kita:

1. BERTERUS TERANG

Nyatakan perasaan dan harapan kita secara jelas.

Orang yang pasif kerapkali beranggapan bahawa orang lain pasti ingin tahu apa yang diharapkannya, walaupun dia tidak memberitahunya.

Perkara ini akan menimbulkan banyak masalah sebenarnya.


2. FIKIRKAN SEGALANYA DALAM-DALAM

Berfikir dengan sedalam-dalamnya sebelum bertindak dalam sesuatu masalah.

Dengan memikirkan terlebih dahulu segala-galanya secara matang, kita boleh menyelesaikan setiap masalah dengan lebih sempurna dan masuk akal.


3. HADAPI SETIAP PERSOALAN & MASALAH DENGAN SEGERA

Jika kita cuba menghindarinya, kita akan menjadikan setiap masalah bertambah serius, sehingga semakin sukar untuk diselesaikan.

Tetapi jika kita berani menghadapinya  sejak dari awal lagi, segala masalah akan dapat diatasi


4. KLASIFIKASIKAN MASALAH SECARA CERMAT

Sering kali kita membuat sesuatu masalah itu seolah-olah masalah besar.

Menghadapinya secara berlebihan, sehingga terjebak dalam kobaran emosi.

Hadapilah setiap masalah dengan teliti, kita akan mampu untuk menguasai diri.

Seterusnya dapat menyelesaikan masalah secara positif.


5. PISAHKAN KEMARAHAN DENGAN KETEGASAN

Jika ketegasan kita dipenuhi sifat amarah, perkara ini adalah bukan menyelesaikan masalah.

Malah boleh menyebabkan tugas atau kewajipan kita akan terbengkalai.

Jika kita gagal bersifat tegas dalam keadaan yang tenang, kemungkinan besar reaksi kita adalah terlalu agresif.

Dari sudut lain, jika kita marah, maka orang lain akan menunjukkan kecenderungan bersifat defensif (menolak).

Akibatnya, masalah yang ada itu akan menjadi sukar untuk diselesaikan.

Oleh itu, kita jangan terjerat oleh perasaan emosional yang berlebihan daripada orang lain terhadap apa yang kita katakan, agar kita tidak mudah untuk naik angin.

Ketegasan dalam ketegangan amat berkesan mempengaruhi persepsi seseorang terhadap kita.


6. MANFAATKAN KAWASAN KEKUASAAN KITA

Pasukan bola sepak sering menang di gelanggang sendiri.

Begitu jugalah dengan ketegasan.

Memang sukar untuk menghadapi seorang rakan bila  sedang berada di rumah atau pejabatnya.

Oleh kerana itu, berusahalah untuk tegas di kawasan kekuasaan kita sekiranya keadaan memungkinkan.

Ia memberikan suatu keuntungan yang tidak ketara tetapi mantap.


7. JANGAN BERPURA-PURA MENGGERTAK

Budak kecik sekali pun tahu jika kita hanya berpura-pura menggertaknya.

Untuk menegakkan kepercayaan orang terhadap kita, nyatakan hujah-hujah yang masuk akal serta akibat-akibat yang akan terjadi jika semua itu tidak dilakukan.

Nyatakan pernyataan kita itu dengan serius dan bersungguh-sungguh.

Orang lain akan menghormati kita jika mereka yakin kita serius.

Kita juga akan lebih disukai jika sanggup berkorban, namun dalam hal ini tiada maknanya jika kita dipergunakan.

***

Hormat dan menghormati adalah penting dalam kehidupan kita.

Anda pernah mengalami situasi ini dan ada cara lain untuk ditambah sebagai penyelesaian masalah ini?

Mari kongsikan bersama kami pada ruangan komen dibawah

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

19 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Faris
3 tahun yang lalu

saya ni selalu disuruh buat kerja kwn and kalo tak buat dia akan gertak saya dengan kwn ramai dia tuh.jadi saya penyikap bersabar,kalo marah cover je!tpi kalo smpai saya dh naik angin saya lepsknlah!!!tpi bagaimana nak selseaikan masalah nih!!????

Nurulakmal
3 tahun yang lalu

Assalammualaikum, sebanarnya sy ni seorg yg sgt lmbut sy tak pandai nak cakap “tak” bukan sbb apa sbb sy ni terlampau baik smpaikan org buat saya ni macam takda hati pun sy masih pura pura senyum. Sy penat nak pendam. Sy still student and bnda tu sllu buat sy moody dlm kls sbb lynn budak seorang bdk prmpuan dkt sy. Dia kalau boleh nak marah je sy depan org hmm sbb dia seorang yg kasar jd sy tkut nak lawan tp dlm pada masa yg sama sy sakit . Lagi lagi dkt dorm dia sbilil dgn sy. Sy nak try mnjauhi dia sbb dpt bg effect kt sy tp sy tk mmpu. Tolong sy :)

Amnii
Reply to  Nurulakmal
3 tahun yang lalu

Waalaikummussalam, of course siapa tk malu klau kena marah depan org ramai perkara paling org rasa kita adalah seorang yg lemah atau dlm bahasa skrang seorang yg ‘noob’ ,especially bila kita tk mampu nk gaduh atau lawan dengan dia, saya hanya boleh kata solat dan mengaji semoga dipermudahkan segalanya insyallah amin,hanya buat saja apa yg awak suka dlm dunia nii tanpa bercakap dengan diaa, org pun ada ckp tk semua org suka kite jadi hanya senyum dan tk ambik peduli, klau dia marah awak just ckp dlm hati ingat je perkataan nii ‘SABAR,SABAR,SABAR YA ALLAH JAUHKAN LAH DIA DARIKU YA ALLAH’ selagi dia bukak mulut dia hanya ingat ayat ni je okayy SEMOGA SEMUA KATAii SAYA BERFAEDAH KEPADA AWAK DAN SAYA DOAKAN AWAK AKAN DAPAT LEBIH RAMAI KAWAN YG LAGI BAIK DARI ORG YG AWAK JUMPA SKRANG AMIN…

Maira
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum , saya nak tahu macam mane nak jadi tegas dalam tenang dan cara nak bezakan antara tegas dalam tenang dan tegas dalam marah .

azri
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Ouh kadang sy nk tau gak pendapat , kenapa eh sy selalu dipermainkan dengan rakan sebaya kadang ii family ade jugak senang cite dipermainkan sume org la , lagi ii time lepak ngan member ke kat kedau atau mne tempat la sy selalu dipergunakan atau dipermainkan em , jdi sy nk tau bagaimana nk atasinya dan kenapa berlaku sedemikian mcm tu ?

huhu
4 tahun yang lalu

assalamualaikum, ada tak cara untuk menangani orang pandai memujuk dan memutar belit kata2?
sebab bila dah tolong seseorang tu. lama kelamaan benda nie memakan diri saya semula. sampai lah saya nie dianggap khadam oleh kawan2. saya tak nak perkara seperti ini membawa masalah kepada saya pada masa akan dtg. saya tak mahu gunakan kekerasan utk menyelesaikan masalah, adakah wajar saya menganggap mereka2 ini sbg kawan? bila saya bertegas kata “ tidak” semakin aggressif pulak sikap mereka nie terhadap sy. Tapi demi persahabatan, saya ketepikan juga perasaan sy. jadi apa yg patut sy buat selain perkara di atas?

Cat
6 tahun yang lalu

saya pulak disuruh buat kerja macam-macam oleh rakan sekerja dan orang lain. saya ni tegas dan pemarah orangnye. dan berani untuk berkata tidak. tapi impaknye teruk lah selepas mengatakan tidak. ok. sambung balik… sesekali tu boleh lah saya tolong dia buat kerja dan tanya dia ada tak apa-apa yang boleh dibantu. tapi dah bahi peha nak betis. tak henti menyuruh saya tolong benda yang remeh temeh dan menganggap saya macam kerana dan setiausaha dia. Ada sesetengah kerja tu saya tak berani tegur bila dia suruh saya buat sebab saya confuse kalau itu adalah tugas saya.