Mari Memulakan Hari Tanpa Perasaan Tidak Tenang

Perasaan Tidak Tenang
Perasaan Tidak Tenang | Stress by ~CMCricket

Kicauan burung mengajarkan kita cara memulai hari, dengan kicauan merdunya tanda mereka memulai hari dengan syukur dan memuji kebesaran Allah swt.

Antara kita dan burung, bukan siapa yang lebih hebat untuk terbang, ini juga bukan urusan tentang siapa yang lebih pintar, dan juga bukan siapa yang lebih sempurna.

Tetapi, siapa yang lebih bersyukur atas nikmat yang diberikan Sang Pencipta kepada dua makhluk ini.

 “Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” 

– QS. Annur: 41

Bersyukur dan bersyukur, memulai hari dengan memuji kebesaran Allah, insya Allah hari-hari kita akan dipenuhi kebahagiaan dan ketenangan. Jauh dari yang namanya perasaan tidak tenang.

Perasaan tidak tenang itu hadir tatkala kita sudah lupa cara berterima kasih atas apa yang kita terima saat ini.

Kita lupa bahawa ada yang Maha di atas segalanya, sehingga dengan mudah terbawa oleh suasana dan timbul rasa putus asa di dalam hidup

Kita selalu melihat kebahagiaan itu berada dengan orang lain. Secara tidak sedar bahawa kebahagiaan juga berhak kita miliki tapi belum dirasakan oleh kita.

Bagaimana Memulakan Hari Tanpa Perasaan Tidak tenang?

Mari amalkan petua ini untuk memulakan hari kita.

1. Hindari Perasaan Tidak Tenang Dengan Solat subuh

Cara kita memulai hari dengan bersyukur, menyembah dan meminta kepada pemilik alam semesta, yang menggerakkan seluruh hati manusia. Sehingga kemudaratan tidak akan menimpa kita kecuali dengan izinNya.

Kejayaan tidak akan kita perolehi kecuali dengan izinNya, apatah lagi ketenangan hati kita. Kerana kita harus ingat, hati kita Allah yang pegang.

Apa-apa pun kemahuan kita, haruslah kita memohon kepada pemilik Alam ini dan disamping usaha serta tawakal. InsyaAllah tidak akan sia-sia. Selamat mencuba.

 


 2. Hindari Perasaan Tidak Tenang Dengan Zikir subuh

Mensyukuri waktu subuh kita, kerana pada subuh ini masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati sisa-sia hidup kita.

Maksud Hadis Nabi SAW: “Siapa yang membaca sesudah solat Subuh dan Maghrib sebelum bangun dari duduknya :

“LAA ILAHA ILLALLAHU WAHDAHU LAA SYARIKA LAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYI WAYUMITU BIYADIHIL KHAIR WAHUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIER (10 kali)

(Tiada Tuhan kecuali Allah yang Esa, tiada bersekutu, bagi-Nya semua kerajaan dan milik. Dan bagi-Nya semua pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan. Di tangannya segala kebajikan dan Dia atas segala sesuatu Maha Kuasa)

 


3. Hindari Perasaan Tidak Tenang Dengan Membaca Al-Quran

Lantunan Kalamullah akan membuat ketenangan tersendiri bagi batin kita, selain lipatan pahala dari huruf demi huruf yang kita baca.

Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” (Surah al-Israa’: 82)

Sebenarnya ubat paling mujarab ialah membaca al-Quran, iaitu amalan yang semakin ditinggalkan kecuali apabila tiba Ramadan.

Selain mendapat pahala, membaca al-Quran adalah mukjizat agung dalam membaik pulih kegelisahan jiwa dan mengatasi kemurungan hidup.

 Antara bacaan ayat al-Quran yang dijadikan sebagai penyembuh jiwa ialah surah Yasin.

Syeikh Mohd Alawi Al-Malik mengatakan, surah Yasin banyak kelebihannya kerana menurut Rasulullah, surah Yasin adalah hati al-Quran.

 


4. Hindari Perasaan Tidak Tenang Dengan Menjauhi maksiat

 Bagaimana caranya hati kita menjadi tenteram, sementara hati kecil kita terus mencari keseronokan sementara (maksiat) yang kita lakukan?

Segera tinggalkan, seburuk–buruknya hati pasti akan merasa tak nyaman jika kita melakukan kesalahan.

Kerana, secara fitrahnya hati adalah suci.

Dan ini tentang bagaimana amanah kita untuk menjaga hati agar tetap suci.

Apakah akan tetap terjaga dalam kesuciannya, ataukah merelakannya untuk ditutupi oleh kebenaran palsu dan keindahan yang sementara?

 


5. Hindari Perasaan Tidak Tenang Dengan Bersyukur Dan Catatan Diari

Dan Allah akan memberi balasan dan menambah nikmat-Nya kepada orang-orang yang bersyukur.

~ Quran: Surah Ali Imran: 144.

Tahukah anda tentang kepentingan mencatat diari?

Cuba membiasakan diri mencatat, setiap hari, semua hal baik yang terjadi pada kita pada hari ini. Sudahkah kita mensyukuri apa yang kita dapatkan?

Apa yang kita rasakan?

Apa yang kita peroleh? Sudahkah?

 


6. Hindari Perasaan Tidak Tenang Dengan Selalu Ceria dan Senyum

Setelah lima perkara di atas dipenuhi, maka keceriaan dan kebahagiaan akan sendirinya hadir menemani hari-hari kita.

Maka dengan lima perkara di atas kita akan selalu bersedia menghadapi panas dinginnya hari ini dan liku-liku kehidupan.

Dengan kata lain perasaan tidak tenang akan berlalu dengan sendirinya dan akan meninggalkan kita dari keserabutan yang tak menentu.

Selamat mencuba. Insyaallah tips-tips ini selalunya berjaya.

Seandainya belum terbukti mengusir perasaan tidak tenang dalam hari-hari kita, maka check kembali niat kita.

Selamat mencuba =)

 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

11 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Zainuddin
Zainuddin
5 tahun yang lalu

terima kasih

mufida
mufida
9 tahun yang lalu

subhanallah, pertama kali saya buka web ini, ketika saya sedang sangat bersedih tatkala ditinggalkan oleh orang yang saya sayangi demi wanita lain, membaca berbagai artikel di sini membuat hati saya terketuk untuk berhenti menyalahkan diri, dia, dan keadaan, membuat hati saya sentiasa berusaha introspeksi diri di jalan Allah, berusaha menerima takdir Allah ini sebgai jalan terbaik bagi saya, dan berhenti menjadi pendendam, mulai menjadi seseorang yang pemaaf, meskipun saya sendiri tidak terlalu mengerti bahasa melayu, tapi web ini sungguh menginspirasi saya, semoga web ini sukses selalu yaa, bismillah…
syukran katsiiran

Siti Fatimah
Siti Fatimah
Reply to  mufida
8 tahun yang lalu

Assalam Mufida.. apa khbar anda sekarang…setahun sudah kisah awak berlalu. Saya jugak sekarang dalam usaha menenang kan diri.

Zairi.MY
Zairi.MY
11 tahun yang lalu

Terima kasih di atas perkongisan ini :)

Sufiah
Sufiah
11 tahun yang lalu

another addition- get enough sleep…barulah kita bangun pagi dengan senyuman! :)

mila
mila
11 tahun yang lalu

ya saya setuju dgn statement di atas, selama beberapa bulan saya berada dalam kemurungan akibat masalah yg berat dan sukar utk saya terima. saya hanya berdoa berdoa dan berdoa supaya Allah membantu saya menyelesaikannya. saya memohon Allah memberi kan ketenangan pada saya kerna sy tidak boleh lagi menaggung kesedihan tersebut, Mungkin keberkatan ramadhan juga, di mana saya sentiasa byk memohon supaya apa yg saya hajati termakbul. saya percaya setiap ujian dari Allah mesti ada benda baik nak berlaku.Alhamdulliah dgn rahmat Allah swt saya dpt satu berita gembira lain yg sediikit sbyk mengubati hati lara saya. walau bukan 100 peratus.mungkun dalam 70 peratus. Saya tetap bersyukur. sya harap Allah membantu sy untuk heal lagi 30 peratus itu..Amin.

mila
mila
Reply to  Muhamad Naim
11 tahun yang lalu

ya terima kasih :)