Bagaimana Menghapuskan Fikiran Negatif Yang Bermain Di Minda?

fikiran negatif
Fikiran Negatif | Sleeping Lion by ~orestART

Singkirkan Fikiran Negatif!

Memelihara fikiran negatif dapat diibaratkan membangunkan singa tidur.

Fikiran-fikiran negatif itu nantinya akan membentuk peribadi-peribadi skeptis, pesimis dan kalah sebelum bersaing.

Daya saing seseorang menjadi sangat rendah.

Kredibilitinya dipertanyakan dan tidak terlihat mampu dipercayai.

Bila keadaannya sudah seperti ini maka memelihara fikiran-fikiran negatif sama sekali tidak akan menguntungkan.

Maka abaikan dan hapuskan bila fikiran negatif mula bersarang di hati.

Bayang-bayang gagal, takut membina sesebuah hubungan suami isteri, trauma masa lalu dan fikiran negatif lain sebaiknya segera dihilangkan.

Fikiran-fikiran negatif itu harus digantikan dengan semangat optimis dan selalu menaruh harap kepada Allah yang kita bergantung harap.

Jangan Berkeluh Kesah Tentang Perkara Yang Tidak Dimiliki

Merupakan sebuah kebahagiaan luar biasa bila kita lebih sibuk mensyukuri apa yang telah kita miliki dan tidak mahu mencaci apa yang tidak kita miliki.

Hidup ini adalah rentetan syukur yang tidak berkesudahan, bukan caci maki kufur nikmat yang tidak akan habis dikenang.

Apa yang berada di tangan lebih bererti daripada apa yang ada di pandangan.

Angan-angan yang membayang hanya akan menyisakan harapan tidak berkesudahan, sedangkan rasa syukur terhadap apa yang dimiliki dapat menampung jiwa untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Selalu melihat pada kesyukuran hati dan tidak mendongak ke atas terhadap apa yang tidak kita miliki.

Ini adalah masalah sejauh mana kita bersyukur, dan sejauh mana usaha kita menghindari kekufuran.

Selalu sahaja ada nikmat yang tidak ada pada kita, dan selalu sahaja ada kekurangan yang kita miliki.

Sebeberapa melimpah nikmat dunia ini tidak akan dapat kita miliki semuanya.

Mencuba berhenti berangan dan lebih yakin dengan apa yang ada di tangan sangat disarankan bagi hati hamba yang lemah seperti kita.

Jangan Mendengar Gosip

Sudah pasti gosip berkawan baik dengan fikiran negatif.

Memang kecederungan telinga kita  adalah mendengar apa yang membuat kita seronok, apa yang membuatkan kita gembira  dan apa yang membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak.

Namun kadang kala rasa ingin tahu itu hanya akan memberikan penyesalan.

Apatah lagi bahan percakapan yang dibincangkan adalah kita.

Oleh itu alangkah lebih baik kalau kita tidak mendengar semua yang diperbincangkan orang tentang kita.

Manusia yang memberi komen itu adalah hal biasa, yang tidak biasa adalah kita yang selalu memberi respons terhadap apa sahaja komen mereka.

Kadangkala telinga lebih baik ditutup dan mendengar yang baik-baik sahaja.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Sya
Sya
4 tahun yang lalu

Sy ingin tau bagaimana utk mangatasinya.. kerana ia selalu trjadi terutama tika solat tidak semena2 lintasan ingatan spt ‘Allah x terima pun doa aku’.. atau tgah bercakap perkara yg baik pun ada juga terselit coth sy sedang bercakap dgn guru yg bernama Ahmad.. tp dlm otak ni dok permainan pula nama guru tu Ahmad Albab.. sy tak tau nk buang macm na fikiran tu… mohon sangat2 siapa yg ada pgalaman dan kaedah.. kerna memng benar fikiran2 ini amat2 merosakkan hidup sy…sy benar3 nak berubah dan buangkan ia..tp makin menjadi2 pula..Ya Allah tolong lah HambaMu ini..??

Syah
Syah
Reply to  Sya
3 tahun yang lalu

Cara nak atasi, awak tekan dekat youtube. Awak search type “apa bedanya bisikan syaitan dengan bisikan malaikat” di ceramah oleh ustaz dari Indonesia. Insha allah bermakna

Nurfarzana
Nurfarzana
4 tahun yang lalu

Apakah cara Rasulullah menghindari sifat negatif

luthfisetyawanan
luthfisetyawanan
10 tahun yang lalu

Pikiran negatif akan merusak semua dan bahkan bisa mendatangkan suatu penyakit.hidup harus seallu berpikiran positif walaupun apa yang kita dapat tidak sesuai keinginan kita

curious
curious
10 tahun yang lalu

thanks atas informasinya ,,,adakah kalau sentiasa berfikiran negatif or asyik fikir sesuatu daya ingatan kita akan terjejas?