4 Cara Menghadapi Manusia Yang Iri Hati Dengan Kita

Iri Hati
Iri Hati | Envy by eXcer

Mempunyai kelebihan merupakan suatu kurniaan Allah yang patut di syukuri.

Namun itu, tidaklah menjamin membuatkan orang atau sahabat disekeliling kita menjadi suka akan kelebihan kita itu.

Kadangkala kelebihan yang dimiliki seseorang menjadi sasaran kedengkian dan iri hati orang di sekitar hidup kita.

Sifat buruk ini boleh terjadi pada setiap manusia dalam pelbagai perkara.

Antara lain, perasaan Iri hati kepada jiran setaman yang mempunyai kereta baru, iri hati kepada rakan sepejabat yang lebih berjaya, teman yang lebih bijak, bergaya, rupa yang cantik atau kacak.

Dan lain perkara lagi.

Pada artikel ini, Insyaallah saya ada beberapa tips yang boleh dilakukan dalam menghadapi manusia-manusia  yang iri hati kepada kita.

Diantaranya adalah:


1. Menjaga Sikap Dan Ucapan

Kita perlu bermuhasabah diri kita yang menyebabkan kenapa sahabat atau orang disekeliling kita merasa iri hati kepada kita.

Kadangkala kita tidak menyedari bahawa ucapan atau sikap yang kita tunjukkan membuat orang lain sakit hati, sedih atau marah.


2. Mengelakkan Diri

Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat atau orang yang iri hati dan terpancing emosinya, sebaiknya kita  menghindar diri  buat sementara waktu.

Jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.

Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita.


3. Berbincang Dari Hati ke Hati

Ajak orang tersebut bercakap dari hati ke hati.

Tanyakan apa yang membuatkan dia terasa hati, dan jangan lupa untuk memohon maaf apabila kita salah dalam sikap dan ucapan kita.

Kerana manusia tidak lepas daripada melakukan kesalahan.


4. Mengelakkan Iri Hati Dengan Berdoa

Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.

Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang yang merasa iri hati kepada kita dilembutkan hatinya dan dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat iri itu merupakan penyakit hati.

 

Semoga apa yang dikongsikan dalam artikel ini dapat membantu saudara-saudari pembaca blog ini menghadapi masalah sedemikian. Jika ada kekurangan, saya memohon maaf dan apa yang baik datang dari Allah, yang buruk dari saya sendiri.

Sebarang penambahan atau komen pada langkah-langkah diatas amat dialu-alukan =)

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

22 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
maimuna
3 tahun yang lalu

biasalah tu org dengki2 ni. Sakit hati bila tengok org lain lebih. Slalu yg jadi target ni prmpuan cantik. Cantik pun salah haha. Busuk hati betul ?

Neraca
3 tahun yang lalu

Baru 7 bln kije, 3 kali di audit dan semua akan tuju ke tempt saya. Segala kesalahan ditanggung saya org baru. Kesalahan kecil di perbesarkn senior. ? senyum ajalah yg menariknya mmg semua tempat dia pergi org ada yg kata mulut nya seperti longkang, berdoa pd Allah moga Allah cpt menyanyanginya… Supaya org lain aman sejahtera. Penyakit hati amat berbahaya lebih lg jika sehingga yg tua mengalaminya, mungkin hebat sangat saya ini sehingga di iri… ???

Lilis
Reply to  Neraca
11 bulan yang lalu

Alhamdulillah d kp saya pas banget deketan dgn rumah ibunda saya ada tetangga yg sangat dengki dan irri hati sangat zolim banget terhadap kluarga saya mulutnya itu Uda ngga bisa d jaga setiap kluarga saya lewat sllu kluar kata2 hina da mulutnya itu meluarkan luda untuk meludai kluarga saya… apa sih hukum ya untuk tetangga sprti diya saya berharap semoga Allah yg membalaskan ya nanti wasalam dr hamba Allah

dikhianati
3 tahun yang lalu

sy sedang alaminya ditempat kerja.. tidak tahu ap yg tidak puas hati kpada sy., skrg sy hnya berdiam diri, sy dimaki hamun sy di laman sosial (FB).. sy xburuk2 kn mereka kpda org lain.., sy difitnah., perlu atau tidak sy bersemuka kepada mereka?.

eyza
Reply to  dikhianati
3 tahun yang lalu

berhenti kerja

Umai
Reply to  dikhianati
1 tahun yang lalu

sama la, saya banyak diam kakadang2 tu tak tahan dgn sindiran

Sonny Yul Wibisono
4 tahun yang lalu

Saya kurang setuju kalau yg buruk datang dari diri kita sendiri. Kecuali sudah terbukti bahwa kita buruk. Jadi jangan menyalahkan diri sendiri. Yang salah ya salah. Itu bisa dari diri sendiri atau orang lain. Gitu loh!!!

aferry
Reply to  Sonny Yul Wibisono
3 tahun yang lalu

Kalau lah memang balasan itu datang sekejab setelah kejadian salah yg kita lakukan maka lunas sudah perbuatan kita Tapi ini kan tidak demikian mudahnya,
kadang ada dosa yg buat kita lupa sampai suatu hari datang balasannya,
Dan kita dapat perbaikinya dengan banyak istighfar, bertawakal, dan bertaqwa kepada Alloh SWT maka akan ditunjukkanNya jalan terbaik untuk kita tersenyum.

Juri irawan
4 tahun yang lalu

Asslamuallaikum.sy lelah rasanya menghadapi tetangga sy..pagi siang sore dan mlm hanya suara2 sumbang yg di perdengarkan,yg mana tujuan tetangga sy untuk bs merendahkan hidup sy..sy berharap gmna memiliki tetangga baik,sling memaklumi sesma…