Masalah Itu Bukan Saja-Saja Allah Beri

Setiap orang pasti ada masalah.

Orang yang bermasalah, pastinya dia akan memiliki masa-masa sukar dalam hidupnya.

Masa-masa ini harus kita hadapi dan kita cari penyelesaiannya dengan bersemangat, gigih, optimis, istiqamah, dan sabar.

Sikap-sikap seperti inilah yang seharusnya muncul dalam menyelesaikan setiap masalah demi masalah ketika masalah itu hadir dalam kehidupan.  

Masalah
Semua manusia menghadapi masalah dalam kehidupan

Allah tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya”. 

— Al Baqarah: 286

Di sinilah keimanan kita benar-benar diuji.

Bersabar dan bersyukur merupakan suatu jawapan yang harus dimiliki untuk tabah menghadapi setiap masalah yang kita hadapi.

Di sinilah kita akan mengetahui sejauh mana persediaan kita, kesanggupan diri kita, kesabaran kita serta rasa syukur kita terhadap masalah yang kita hadapi.

Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rabb  hendaknya kamu berharap.”

 —  Al Insyirah: 7-8

Setiap masalah dalam hidup ini haruslah dilalui dengan sikap matang dan penuh daya juang, sekalipun sukar dan kita tahu hidup ini tidaklah mudah, penuh onak berduri, yang kadangkala membuat kita terluka, perit dan sakit.

Tetapi, sesulit apapun situasi yang kita alami saat ini, daya juang kita tidak boleh padam.

Kita dapat melihat dan belajar dari banyak orang di sekeliling kita yang tabah menjalani hidupnya, tidak mudah berputus asa dan pantang menyerah.

Hidup ini tidak mudah, tapi kita tidak boleh menyerah.

 

Setiap Masalah Ada Penyelesaian

Yang perlu kita ketahui adalah, sesukar mana pun masalah dan keadaan yang kita alami, cuba lihat di nasib saudara kita disebelah sana, masih ada yang lebih susah jika dibandingkan dengan masalah yang sedang menimpa diri kita.

Jika mereka saja boleh, mengapa kita tidak.

Jadi tidak ada alasan tak boleh bagi kita sebelum kita mengusahakan yang  terbaik.

Be positive.

Jangan menjadikan setiap masalah yang hadir sebagai penghancur masa depan.

Tetapi  menjadikan masalah sebagai cabaran untuk mencungkil potensi yang tersembunyi dalam diri kita, iaitu potensi keimanan dan ketaqwaan.

Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang yang beriman.” 

— QS. Ali-Imran: 139

Setiap perjalanan kehidupan seseorang sesungguhnya sarat dengan hikmah yang dapat dijadikan pelajaran hidup. Begitu juga dengan setiap masalah demi masalah yang kita alami.

Kita pun harus belajar untuk tidak mudah menyerah dengan kekurangan.

Berdoa sudah seharusnya dilakukan setiap muslim, walau apa pun situasinya, dimana pun dan bila-bila pun.

Tidak perlu menunggu saat susah.

Sentiasa berbuat baik dan selalu mohon ampun kepada Allah, Insyaallah kita akan ditolong oleh-Nya. 

Ketika kegundahan, keserabutan dan masalah hidup itu hadir, ingatlah bahawa Allah itu tidak hanya sedang menguji kita.

Be Positive.

Keep smile :) 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

32 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Esok kiamat
Esok kiamat
3 tahun yang lalu

Masalah paling besar dalam hidup bila apa saja disuka tidak dapat dan kena tahan nafsu.nak kaya tak dapat nak kawin dgn taste yg nak tak dapat. Org lain dapat tak payah tahan nafsu. Bila sakit nk kena kluar duit cari duit dah tak kaya. Yg untung org yg nasib takdir mcm raja. Tak payah rasa susah hidup ni dan menahan nafsu semua dia dapat apa yg disuka. Masalah hidup dia apa ada ker. Penulis artikel ni sembang lah. Cubalah tuhan uji masalah bg hilang kote tu tengok boleh tak dia menahan nafsu dia macam tulah contohnya. Suruh tahan nafsu tapi tak dapat punya. Ni semua cerita dongeng bg org tak bernasib baik sabar jangan bunuh diri jer.

Aizul Danish
Aizul Danish
4 tahun yang lalu

Saya akan berusaha bersungguh 2 ,tq
BE POSITIFE

Fairul
Fairul
5 tahun yang lalu

Terima kasih, teruskan usaha dan berdoa pada Allah. Tq

Tai palat lepeh
Tai palat lepeh
5 tahun yang lalu

Talk cock Ko lom kenak gik blh la talk cock lanjiau

Ida
Ida
5 tahun yang lalu

Masalah saya susah percaya org setelah semua yg sy lalui

Vindo dwi putra
Vindo dwi putra
5 tahun yang lalu

Saya sebelum nya sudah ragu untuk melakukan operasi ,namun semua nya sudah terjadi waktu tidak bisa diputar kembali .kini rasa sesal itu membunuh semua nya termasuk semangat hidup saya ,tiap hari saya menyalah kan diri saya sendiri,dan ketenangan hidup saya pun hilang .mohon masukan nya

Nurazirah
Nurazirah
5 tahun yang lalu

Saya ada masalah di rumah, jdi maid di rumah tumpangan pakcik saya try nak buat sexual harrasment dkt kolej saya selalu dimarah oleh madam sbb tak reti muet saya ulang kaji bersungguh2 tpi result saya still teruk,perasaan saya berperang dengan frust menonggeng sejujurnya saya tak tahu nak lari ke mana.Tmbhn lgi saya tk brpa rpt dng keluarga kandung sendiri saya tak tahu nak buat mcm mana makin bertmbh usia saya semakin kuat dugaan tuhan beri.Dan saya perasan satu perkara semua org yg saya sayang semuanya akan hilang semua

Huhu
Huhu
Reply to  Nurazirah
5 tahun yang lalu

Tak payah belajar muet. Belajar masak, baca alquran duduk rumah. Baiki hubungan adik beradik sudah

Emy
Emy
5 tahun yang lalu

Perniagaan dan kerja saya selalu menjadi sulit… Sehinggakan isteri saya pun bising bising…sbgai seorang suami selain dri menjalankan tggunjwb terhadap keluarga,ada satu hal yg paling serabut…ialah bila isteri mula bersuara…hal ini berlarutan bertahun tahun…lamanya…saya buat kontrak ngn estate n agensi kerajaan… Maslah saya selalu kena tipu secara lgsung dn secara tidak lgsung…saya sudah patah hati namun pd masa yg sma sya tetap berusaha…utk maju…tp setiap kli saya mara kedepan… Setiap kali itulah kerugian menghampiri…
Adakah kerana amalan saya yg tidak sempurna? Atau saya berurusan dgn org yg salah? Ya Allah…
Sekiranya ada yg boleh bg pandangan… N tunjuk ajar tolonglah beri tunjuk ajar pada saya…assalamualaikum

Huhu
Huhu
Reply to  Emy
5 tahun yang lalu

Maksudnya rezeki di tempat lain, dgn org lain. Cubalah bisness lain pula. Jika isteri bantu kerja tu lebih baik.

man
man
5 tahun yang lalu

awesome

Aji kampang
Aji kampang
5 tahun yang lalu

I love