Kehilangan Itu Bukan Melemahkan, Tapi Menjadikan Kita Lebih Baik!

Lebih baik
Menjadi lebih baik | Twelve Reasons To Move Onby Alexandru1988

23/01/2014 : 3 Tahun 1 Bulan

Seorang hamba Allah pernah cakap dekat saya “Beruntunglah orang yang diberikan hidayah oleh Allah, sebab bukan semua orang dapat..”

Ya, saya bersyukur. bersyukur sebab saya adalah antara hamba Allah yang dapat hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Dulu saya tak patuh perintah Allah, banyak sangat langgar perintah Allah. Walaupun mak dan abah selalu pesan dekat diri saya supaya patuh dengan perintah Allah, tapi saya degil.

Dan..

Takdir Allah telah tertulis bahawa saya akan kehilangan seorang sahabat yang sangat saya sayang pada 3 tahun lepas.

 

Pertemuan Yang Mencairkan Hati

Kisahnya bermula di waktu saya leka dengan kehidupan dunia..

Allah pertemukan saya dengan seorang hamba Allah, iaitu seorang Adam.

Bila terpandangkan wajah beliau, sejuk rasa hati saya.

Kami jadi rapat & saya selesa berkawan dengan beliau kerana sikapnya yang selalu menasihati saya tentang hal agama. Kadang-kadang saya tertanya dalam diri, dalam banyak-banyak wanita, kenapa mesti saya?

Maksud saya, kenapa beliau memilih saya sebagai kawan rapat?

Beliau seorang yang berilmu, mempunyai ilmu agama yang tinggi sedangkan saya ketika itu tidak menutup aurat dengan sempurna, tidak tinggi ilmu agama & memang ketara saya dengan beliau sangat berbeza.

.

Perhubungan Mula Renggang

Tapi..

Takdir Allah mengatasi segalanya, satu peristiwa terjadi (tak perlu saya beritahu apa) dan kami jadi renggang.

Saya bagaikan hilang arah selepas saya kehilangan beliau di sisi.

Macam-macam perasaan dalam hati saya ini.

Sedih, sebak, rindu. Saya selalu cakap saya redha dengan semua ini tapi kadang-kadang saya rasa saya tak redha pun sebenarnya, saya cuma PASRAH.

Lebih kurang 2 bulan selepas kehilangan dia, tiba-tiba ada satu aura dan semangat yang muncul dalam diri saya.

Ya, semangat untuk mengubah diri saya menjadi lebih baik. Bila saya ingat nasihat-nasihat beliau, saya akan jadi bersemangat.

Saya cakap dengan diri saya sendiri:

walaupun tanpa dia di sisi, aku kena teruskan hidup. aku tidak mahu kembali kepada aku yang dulu. Kalau aku kembali kepada diri aku yang dulu, maknanya aku telah tewas. Allah akan murka terhadap aku dan hamba Allah yang membantu aku berubah itu pun pasti sedih..“.

.

Cuba Positif Dengan Kejadian Yang Berlaku

Saya cuba fikir positif, mungkin Allah pertemukan saya dengan beliau hanya untuk bantu saya berubah.

Saya kena bersyukur walaupun sedetik cuma.

Selepas daripada insiden itu, saya mula berhijab.

Walaupun tak sempurna sepenuhnya, tapi saya belajar sikit sikit untuk berubah.

Saya rajin ke kedai buku dan cari buku-buku agama, saya dengar ceramah orang yang berilmu seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, Kak Dina (Wardina), Kak Ija (Heliza), Kak Nana (Diana Amir) dan ramai lagi, saya pergi kuliah di masjid, saya kawan dengan orang yang baik-baik.

Saya mula labuhkan tudung menutupi dada dan saya mula pakai stokin.

Saya belajar erti redha dengan ketentuan Allah.

Kalau rasa rindu menerjah, saya hanya membiarkan pena menulis rasa hati saya waktu itu di dalam buku.

Biarlah perasaan itu terbuku di hati.

Saya selalu ingatkan diri saya tentang mati.

Andai kata nyawa saya dicabut ketika saya sedang nyenyak tidur sebelum sempat bertaubat, apa akan jadi dengan nasib saya di akhirat kelak?

Saya taknak masuk neraka jahannam. NAUZUBILLAH.

.

Dan Alhamdulillah.. setelah 3 tahun 1 bulan. Inilah saya..

Inilah saya sekarang, yang sedang menaip entri ini.

Syukur kepada Allah, saya masih mencuba untuk menjadi muslimah yang sejati.

Bila kita cuba untuk berubah jadi lebih baik, Allah akan permudahkan..

Allah akan hantar orang-orang yang baik kepada kita untuk memudahkan proses perubahan kita itu.

Saya tidak pernah berhenti bersyukur sebab Allah beri saya hidayah.

Ada orang dapat hidayah untuk berubah setelah dapat mimpi, kemalangan dan lain-lain.

Tapi saya berbeza. Allah pertemukan saya dengan seseorang dan saya kehilangan dia.

 

Kehilangan Itu Bukan Melemahkan, Malah Menguatkan!

Saya belajar sesuatu, bila kita hilang seseorang, ia bukan mengajar kita erti lemah atau kecewa.

Tapi ia mengajar kita kuat.

Kuat untuk menghadapi kehilangan itu. Andai kita lemah dan terlalu melayankan sangat perasaan kehilangan itu, kita akan jatuh tersungkur.

Tapi andai kita belajar dari kesilapan yang lalu dan muhasabah diri sendiri, in shaa Allah.. Allah bantu kita merawat luka di hati.

Kawan-kawan saya ramai yang ‘heartbroken’ lepas itu mengadu dekat saya yang ‘heartbroken’ penyakit yang tiada ubat dalam dunia ini.

Saya nak kongsi dengan anda apa sahabat saya cakap dekat saya dulu waktu saya tengah sakit hati, sakit jiwa. “Siapa cakap sakit hati tiada ubat?

Ada.. KEMBALI KEPADA ALLAH.

Allah yang ciptakan rasa sakit hati dan kecewa itu, dan Dia juga lah yang akan bantu kita selesaikan semua permasalahan itu, in shaa Allah”.

Jadinya, siapa kata ‘heartbroken’  tiada ubat? :)

.

Saya Redha Dengan “KEHILANGAN” Ini.

Saya anggap ia satu ujian daripada Allah untuk saya. Saya redha.

Saya mendapat berita bahawa sahabat saya itu akan bernikah pada bulan Februari nanti.

Alhamdulillah. Untukmu sahabatku, di mana jua awak berada.. doa saya sentiasa mengiringi awak. saya doakan awak bahagia di dunia & juga di akhirat. In shaa Allah sampai ke syurga.

Terima kasih untuk segalanya, jasa baik awak membantu saya berubah, saya tidak akan dapat membalasnya kerana terlalu besar nilainya tetapi hanya Allah yang mampu dan layak membalasnya.

Barakallahu Fik. :)

.

Ambil Masa Duduk Bersendirian & Muhasabah

Kadang-kadang dalam hidup ini, kita kena ambil sedikit masa untuk duduk bersendirian dan muhasabah diri sendiri.

Selama kita hidup, apa yang kita buat?

Ada tak kita sedekah, berbakti kepada kedua ibu bapa, patuh kepada perintah Allah?

Ada tak kita maafkan orang & minta maaf dekat orang sebelum kita tidur?

.

Muhasabah Diri Itu Perlu Untuk Menjadikan Kita Insan Yang Lebih Baik.

lebih baik

Alhamdulillah, saya rasa sangat bahagia dengan kehidupan sekarang.

Saya ada Allah yang sentiasa di sisi saya.

Saya tidak keseorangan. “Andainya manusia tahu akan kemanisan iman, pastinya kemanisan dunia akan terhapus”.

Kita selalu cakap kita nak suami isteri yang soleh solehah.

Tapi, pernah tak kita cuba untuk mengubah diri jadi soleh dan solehah?

Yakinlah akan janji Allah, orang yang baik untuk orang yang baik & begitulah sebaliknya.

Kalau kita nak orang yang baik, kita sendiri perlu mengubah diri kita jadi lebih baik.

Kalau tak, macam mana Allah nak bagi kita orang yang baik?

Lagi satu, berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia.

Sebab kalau kita berubah kerana manusia, ianya adalah bersifat sementara.

Tetapi kalau kita berubah kerana Allah, in shaa Allah ia kekal selamanya.

Kepada sahabat-sahabat saya yang sedang berjuang ke jalan Allah, saya doakan kita semua berjaya dan dapat bertemu berpimpin tangan ke Jannah Allah..

Dan buat sahabat-sahabat saya yang masih tercari-cari erti hidup berlandaskan syariat Allah ini, saya doakan semoga anda semua memperoleh hidayah & rahmat dari Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sesungguhnya hidayah Allah itu terbentang luas, raih lah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita.

Kepada kaum muslimah, jom kita hijabkan diri, hijabkan hati!

Tahu tak wanita yang memakai hijab sangat cantik? SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH.

HIDAYAH ALLAH KITA KENA CARI, IA TAK DATANG BERGOLEK. REMEMBER.

Daripada Rasulullah S.A.W:

Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada kita.”

Sama-samalah kita renungkan…

Akhir sekali, saya minta maaf andai entri saya ini mengguris hati sesiapa.

Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri saya sendiri. Wassalam.

YA ALLAH, ISTIQAMAHKANLAH PERASAAN INI.

 

Artikel telah dihantar ke Inbox kami oleh Noorihan Noorudin ( blog ). Semoga memberi manfaat yang besar kepada pembaca semua.

Sebarang komen adalah sangat dialu-alukan

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

61 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Wawa
Wawa
5 tahun yang lalu

Assalamualaikum wr. wb
Makasi ini adalah sangn bermanfaat bagi saya dan semua orang. saat sy membaca blog ini hati terasa senang, bahagia, sejuk.

Nurul
Nurul
5 tahun yang lalu

Terima kasih sbb share sesuatu yg berguna,utk kuatkan semangat yg kian hilang ini…tolong doakan saya boleh jadi tabah mcm awak wahai penulis?

Hanim
Hanim
5 tahun yang lalu

Walaupun dia ada dengan saya ..tp kmi jauh. Semakin hari semakin jauh. Rindu sedih sayuuu smua ada. Kdg rasa xkuat nak hadap rasa ni. Apa yg perlu saya buat.. Ermmm

hamba Allah
hamba Allah
7 tahun yang lalu

terdetik nak berkongsi …setahun yg lalu saya pernah kenal dgn seorg adam.Saya sy terinspirasi dgn dia yg mmng bijak pandai serta patuh agama.saya dh jadikan dia mcm idola saya sebab saya tau background dia. kami x pernah jumpa sbb nak mengelakkan fitnah..kami cuma berhubung dgn laman sosial saja wlwpun sbenarnya kami x la tinggal berjauhan sgt. saya bnyk mintak tips agama n pelajaran dgn dia n dia pun selalu bagi nasihat dan kata” motivasi pda saya.saya akui dia mmng baik dan sbb dia syg lebih bersemangat dlm pelajaran.Tapi nmpaknya jodoh berkawan kami mungkin setakat 365 hari saja????. sedih sebenarnya sbb sy mmng susah nak berkawan dgn lelaki. dgn classmate sy pun sy susah nak bckp lagi melihat muka diorang. apa” saya nk berterima kasihla dgn dia sbb dia skrg sy jdi lebih yakin yg dia dihantar sekejap utk saya berubah..bukan setakat utk belajar tpi dlm agama juga. saya bersyukur sbb dpt kenal org mcm dia. saya doakan dia berjaya dunia dan akhirat aminn.

pakar merawat sihir
pakar merawat sihir
8 tahun yang lalu

Kehilangan bg sy mmg sgt perit.lbih2 lg dy cinta pandang pertamaqu.pertemuan yg dirancang tetapi akrab wlwpn prkenaln singkat.brpisah krn masing2 mngejar cita2 tp hati masih ku2h tuk saling setia.spanjang perkenalan singkt ne..byk suka duka silih brganti kami laluinya brsama wlwpn jau dmata tp dekat dihati.mmg selalu sj menyakitkn hati sy dgn kata2 bahangnya.ermmm..kalau dy dh masa tu depn mata dh qu campak ke
laut cina selatan.biar dy tahu lautan tu dlm ke tak wlwpn dy handal berenang? Phirana yg dtg cium sayang pi2 dy? adakah? Adakah? fikiaqlah sendiri…adaqu kesah? lantak lah u nk jd hape pn…malas lh nk layan org kepala hangin ne.henta esok hangin pa plk dy bw? Huhu…

SakitDiperlakukanOlehSiKeji
SakitDiperlakukanOlehSiKeji
8 tahun yang lalu

Assalamualaikum…memang tak kuat hati nak blah apetah lagi melibatkan periuk nasi. Aku takut berdepan dgn kecewa sebab itu aku masih berada ditakuk lama,walaupun bisikan hati ke arah jalan yang diredhai itu ada n kerap bertandang dijiwa,namun kaki masih tak mampu mengorak langkah . Aku punya tanggungjawab yg berat, berstatus ibu tunggal , adakalanya rasa terhina sebagai seorang wanita bila diperkotak katikkan…hati berasa marah sgt ,tapi tak mampu keluar dari jalan yg pasti mengundang aku ke neraka,.aku syg anak2 aku ,tapi apakan daya ..moga ada kekuatan itu YA ALLAH

suzie
suzie
8 tahun yang lalu

6thun dh brlalu.Allah temukn aqu dgn seorang jejaka misteri.prkenalan kami di temani org tengah(adik angkat).spnjang prkenalan kami sy byak berubah ke alam indahnya dunia Islam.maaf sy sbenarnya mualaf.dy hadir dlm hdup ne brjaya merubah diriku mnjadi seorang mukmin sejati yg dulunya jahil agama.hubungan kami(sahabat) putus ditengah jln(jarak jauh).dh brp kali col xdpt.smuanya putus…putus prtalian putus hubungan n yg lain2 lg lh..segala yg de sangkut paut pd putus2 ne lh.pedih sedih sakit smua rasa dlm satu.cam secukup rase dh.2thun brlalu…aqu dpt bwspp dgn kwn karibnya.xsangka dy dh jd sama sptri sikap kwnny i2.biadap bla brkata2.sungguh aqu takut bukn marah sbb aqu takut suatu hari nt Allah ambil sgala yg DIA dh beri pdnya.seolah2 dy dh hilang peganggan agama.nauzubullah.sehingga ke hari ini hati msih tringtkn msg i2.tuk awak…sy thu sy pn byk buat dosa tp sy masih takut pd Allah.brhentilah dr melukai diri sendiri.xada faedahnya.brtmbah dosa je.tinggalkn kwn2 yg bolh mmbawa pd neraka jahannam.Ingatlah Allah sentiasa menerima doa hamba2y yg benar brtaubat.Subahanaullah.Alhamdulillah stp apa di dlm hati sy n apa yg sy lakukan semua niat keranaNYA.baru
hati sy tenang.semoga kiita sama2 jadi org yg berguna di dunia dn di akhirat.Amin…

puteri balqis
puteri balqis
8 tahun yang lalu

Wahai sahabat…bla aqu imbas kembali kenangan kita.hubungan kita sprti aur dgn tebing.bagaikn air dicincang takkn putus.akhirnya aqu akur dgn ketentuanNYA.aqu paksa hati ne trima sgalanya.sju2rnya aqu sayangkn dia lebih dr seorang sahabat.ttg perasaan ne mybe dia xtahu n hanya sy seorang je melebihi perasaan i2.Alhamdulillah solt sunat pn dh brp kali qu dirikan.tetp bayangan dia sahaja yg muncul.dlm mimpi pendpt kwn2 n rmai yg seiras dgnnya.hati smakin rapuh bla diri ne sedaya upaya berusaha sehingga lh masa tue sukar tuk brnafas skali qu dh xingat2 pape(hilang ingatn)aqu hnya mmpu brdoa n mgharap agar Allah dpt terima aqu n amal ibadahqu slama hdup diduniaNYA yg indah ini n mohon agar DIA jagakan org2 yg aqu cinta n sayang.maaf aqu xbolh nk truskn coretan ne ;(

puteri aisah
puteri aisah
8 tahun yang lalu

Mmg sakit bla sahabat xpernah mengharga n buat2 bodo n buta.lbih sakit bla ditinggalkn tnpa kabar brita.ssungguhnya sy ikhlas terima dy sbagai seorang sahabat yg sy hormati n sanjungi.hubungan kami sblum ne jgj byk menbuatkn kami sama2 berubah ke arah kebaikkan.sy mmg xthu pa punca smuanya berubah hnya sekelip mata je dy brlalu prgi tanpa pesan.masa tu sy mmg btul2 xkuat tuk hadapinya.Alhamdulillah Allah prndengar setia sy.sy ikhlaskn pmergiannya krn bg nya i2 trbaik tuk hdupnya dgn sahabat baru yg lain.dlm masa yg sama sy yakin janji Allah.bla masa Allah kirimkn pd kita org2 yg baik kita kena hargai n bla kita brpaling..i2 lh antara org2 yg rugi.wallahualam…

Yayaa
Yayaa
8 tahun yang lalu

Entry yang bagus :) Keep it up :)