Jika Hati Kamu Lembut, Menangislah..

Menangis
Menangis

Sahabat..

Apa salahnya menangis, jika memang dengan menangis itu membuatkan  manusia menjadi sedar.

Sedar akan kelemahan-kelemahan diri, disaat tiada lagi yang sanggup menolong dari kesusahan selain Allah Swt. Kesedaran yang membawa kepada manfaat dunia dan akhirat.

Bukankah hati manusia tidak pernah stabil?

Selalu berbolak – balik menurut keadaan yang dilalui.

Menangis

Apabila seseorang menghadapi kebahagiaan, maka hatinya akan gembira. Dan saat dilanda musibah, banyak orang yang berputus asa lalu berpaling dari kebenaran.

Sebahagian orang menganggap menangis itu adalah sesuatu yang hina, ia merupakan tanda lemahnya seseorang.

Bangsa Yahudi selalu marah apabila anaknya menangis kerana dikatakan tidak akan mampu melawan musuh-musuhnya.

Orang Jepun akan memarahi anaknya jika mereka menangis kerana dianggap tidak tabah menghadapi hidup. Menangis adalah sesuatu yang hanya dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai prinsip hidup.

Bagi seorang muslim yang mukmin, menangis merupakan sebuah kelembutan hati dan petanda kepekaan jiwanya terhadap peristiwa yang menimpa dirinya mahupun umatnya.

Rasulullah SAW menitiskan air matanya ketika anaknya Ibrahim, meninggal.

Abu Bakar selalu digelarkan oleh anaknya Aisyah  sebagai Rajulun Bakiy (Orang yang selalu menangis).Beliau sentiasa menangis, dadanya bergolak semasa solat dibelakang Rasulullah SAW kerana mendengar ayat-ayat Allah.

Abdullah bin Umar pada suatu ketika melewati sebuah rumah yang didalamnya ada seseorang sedang membaca Al Qur’an.

Ketika sampai pada ayat: “Hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam” (QS. Al Muthaffifin: 6).

Pada saat itu beliau diam, berdiri tegak dan merasakan dirinya seakan-akan sedang menghadap Tuhan, kemudian beliau menangis.

Lihatlah betapa Rasulullah SAW dan para sahabatnya benar-benar memahami dan merasakan getaran-getaran keimanan dalam jiwa mereka.

Lembutnya hati mengantarkan mereka kepada darjat hamba Allah yang peka.

Bukankah diantara tujuh golongan manusia yang akan mendapatkan naungan pada hari dimana tiada naungan kecuali naungan Allah, adalah orang yang berdoa kepada Rabbnya dalam kesendirian sambil menitiskan air mata?

Tentunya begitu sukar menitiskan air mata sewaktu berdoa jika hati seseorang itu tidak lembut.

Yang biasa dilakukan manusia dalam kesendirian adalah maksiat. Bahkan banyak  manusia yang bermaksiat apabila bersedirian didalam bilik.

Seorang mukmin sejati akan menangis dalam kesendirian dikala berdoa kepada Tuhannya. Sedar betapa beratnya tugas hidup yang harus dipikulnya di dunia ini.

Di zaman ketika manusia lalai dalam gemerlap dunia, seorang mukmin akan sentiasa menjaga diri dan hatinya. Menjaga kelembutan dan kepekaan jiwanya.

Dia akan mudah menitiskan air mata demi melihat kehancuran umatnya. Kesedihannya begitu mendalam.

Kita tidak akan melihat seorang mukmin bersenang-senang dan bersuka ria ketika jirannya mengalami kesedihan, ditimpa berbagai ujian, cubaan, dan fitnah.

Mukmin yang sebenar akan dengan bersedia membantu meringankan segala beban saudaranya. Ketika seorang mukmin tidak mampu menolong dengan tenaga ataupun harta, dia akan berdoa memohon kepada Tuhan semesta alam.

Menangis merupakan sebuah bentuk pengakuan terhadap kebenaran.

“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata: “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian Muhammad)”. (QS. Al Maidah: 83).

Ja’far bin Abdul Muthalib membacakan surat Maryam ayat ke-16 hingga 22 kepada seorang raja Nasrani yang bijak. Mendengar ayat-ayat Allah dibacakan, bercucuranlah air mata raja Habsyah itu.

Dia mengakui benarnya kisah Maryam dalam ayat tersebut, dia telah mengenal kebenaran itu dan hatinya yang lembut menyebabkan matanya sembab kemudian menangis.

Raja yang rindu akan kebenaran benar-benar merasakannya.

Orang yang keras hatinya, akan sulit menangis apabila dibacakan ayat-ayat Allah. Bahkan ketika datang teguran dari Allah sekalipun, dia akan tertawa atau malah berpaling dari kebenaran.

Sehebat manapun bentuk penghormatan seorang tokoh munafik Abdullah bin Ubay bin Salul kepada Rasulullah Saw, sedikit pun tidak berpengaruh pada hatinya.

Dia tidak peduli ketika Allah Swt mengecam keadaan mereka di akhirat nanti, “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan neraka yang paling bawah. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapatkan seorang penolongpun bagi mereka”. (QS. An Nisa’: 145)

Barangkali di antara kita yang belum pernah menangis, maka menangislah disaat membaca Al Qur’an.

Menangislah ketika berdoa di sepertiga malam terakhir. Menangislah kerana melihat keadaan umat yang hancur.

Atau tangisilah dirimu kerana tidak dapat menangis ketika mendengar ayat-ayat Allah.

Semoga dapat melembutkan hati kita. Ingatlah hari ketika manusia banyak menangis dan sedikit tertawa kerana dosa-dosa yang dibuatnya selama di dunia. “Maka mereka sedikit tertawa dan banyak menangis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan”. (QS At Taubah: 82).

Jadi apa salahnya menangis, sahabat hati?

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

9 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Sya
Sya
4 tahun yang lalu

Hati menangis siapa tahu… seringkali menagis tp hanya hingus yg melebihi air mata.. terasa pekat dan meleket2 airmata bila keluar.. ntahla kenapa mugkin kilang airmata dah kering agaknya….wallahualam.. mgkin jg kerana terlalu byak dosa..???

Farah
Farah
5 tahun yang lalu

Kenapa susah nak tunjuk marah, sedangkan hati memberontak sedang marah situasi yang membuatkn sseorg marah, tpi tak mampu untuk marah. Kenapa? Adakah ia tiada perasaan?? Dan bila diingt situasi itu, menangis adalah cara utk diluah apa yg dirsa… Aku tak tahu aku jenis yg mcam mna..

asyari
asyari
5 tahun yang lalu

alhamdulillah Allah sudah memberiku ilmu yang sangat mulia hari ini. Menangis karena banyak dosa

Abang A (AA)
Abang A (AA)
7 tahun yang lalu

Menangislah… In Sha Allah hatimu akan lembut, lembut hati

Unknown
Unknown
8 tahun yang lalu

SubhanaAllah , semoga kita mndpt ptunjuk hdayah Ilahi dn mndpt rhmat d dnia agr jiwa lbih cnderung pada hari pmbalasan .. Amin ~ ????

mardiana
mardiana
12 tahun yang lalu

allahu akbar berikanlah hidayah dan petunjukmu kepada hambamu….aamiiiiin

nana
nana
12 tahun yang lalu

SubahanAllah

huhu~
huhu~
13 tahun yang lalu

.mata ini terlalu murah dengan air mata~

anonymax
anonymax
13 tahun yang lalu

sungguh, hati ini bahkan suudah terlalu keras, bagaimana dicuba pun tetap tidak mahu menangis :(