Doa Itu Jambatan Penghubung. Mendekatkan Yang Jauh

doa
Doa itu wireless. Coverage Dia masuk satu universe!

Doa mendekatkan yang jauh, doa mampu mengubah dunia dengan izinNya.

“Kau tak penat berdoa.”

“Tak. Memang aku tak akan pernah penat doa.”

Walaupun Allah tak makbulkan sekarang kita perlu yakin Allah akan makbulkannya kelak.

Jika Allah tak makbulkan doa kita tu, ada hikmah.

Dan kita pernah cari hikmah tu?

Atau kita duduk menyalahkan takdir.

Atau kita mula putus asa dan hati mula bersangka-sangka pada ilahi.

Wahai jiwa,

Ketahuilah saat kita meminta sebuah kekuatan untuk melalui dunia yang penuh keseronokan ini, Dia kirim kan satu bentuk ujian.

Dan kita mula berhenti berdoa dan berharap padaNya?

Ketahuilah hati,

Ujian itu adalah jawapan pada doa-doa yang kita pohon padaNya, tanya pada diri pernah fikir tak hikmah ujian yang ditimpakan pada kita?

Hakikat yang perlu kita terima, kita berjaya lalui ujian tu walaupun saat tu bibir menutur kata “aku tak mampu”.

Ya, kita mampukan, itu bermakna Allah dah jawab doa kita.

Dia bukan sahaja bagi kekuatan, Dia bagi pakej, kesabaran, ketabahan serta keyakinan. Keyakinan padaNya.

Doa adalah satu senjata pada orang yang percaya pada Allah.

Doa itu kekuatan disaat kita tak mampu nak buat apa-apa dah.

Saya tak mampu nak jamin atau beri sebarang harapan.

Tapi satu je. Jangan lupa Doa.

Harapan tu Allah yang jaga apabila ia simpul dalam doa.

Selamat dari kecewa.

Dan mengecewakan.Doa dalam hati pun cukup.

Allah dengar walau ia sekadar lintasan hati.

Ingat tiada yang mustahil bila Allah kata kun fayakun.

Doa,

Itu jambatan pada hati-hati yang merindui,

Doa

Itu satu bentuk bantuan saat kau tak mampu berada disisi,

Saat kau tak mampu meleraikan masalahnya.

Terlalu mudah,

Namun mungkin kita terlalu angkuh,

Saat Dia tak memakbulkan doamu,

Ingatlah, sematlah dihati,

Bahawa Allah rindu mendengar rintihmu,

Pergilah,

Mohonlah,

Dia sedang menantimu.

Tak cakap orang, sebab “kita” tu termasuk dengan diri saya sendiri.

Ketahuilah bahawa yang menulis ini  juga rapuh, juga terlupa bahawa DIA sedang menguji, DIA sedang menanti.

Jom rujuk surat cinta:

[2:186]

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Artikel ini perkongsian ke inbox emel kami daripada Norliyana Zulkifli (cahayakehalusankelembutan.blogspot.com) Semoga memberi manfaat kepada semua. Jazakallah =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

10 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
hamba allah
hamba allah
3 tahun yang lalu

ku mohon pada mu ya allah, tlong jauhkan penyakit covid dri malysia? lindungi org2 di malaysia? adakah ini ujian yg berat utk kami utk lalui? uji betapa kuat semangat org2 malaysia, yg di uji umat islam, melayu?? kami bnyak lupakan pada allah, jauh dari quran? kejar harta mewah dunia bkan milik kita? ini satu hukum pengajaran bgi kami, agar lebih sedar kesilapan hamba mu ni? mohon jauhkan kami dri.penyakit covid ni, mohon pada mu ya allah majmur negara malaysia? hamba mu dah sedar apa yg trjadi selamanya ni?sngat mrah pada kita semua lupa pada tuhan, lupa jnji2 kita pada allah sblom??

hamba allah
hamba allah
3 tahun yang lalu

allah akan lindungi negara malaysia, allah sedang merancang utk kita, buat rakyat malaysia tidak pernah bosan merungut covid yg landa ahli kluarga? tpi pmimpin malaysia kerja keras jaga rakyatnya dri covid setiap ari, tapi tetap jangkiti yg lebih bnyak? allah melihat apa yg kita buat lakukan kebaikan utk rakyatnya? dgn izin allah doa kita semua, allah mmberi kesempatan peluang utk kita isyallah, negara kita malaysia hilang dri covid dgn perlahan lahan hilang? allah beri ujian kesabaran umatnya yg tidak merungut tidak give up atasi virus ni?ya allah berikan dugaan lagi utk kmi, agar kami lebih dekati mengenal mu doa selalu sebut nama mu agar tidak lupa pada mu setiap ari mohon supaya hilang covid dri kami..kmi ckup merana siksa kehilangan org tua kami? whai rakyat malaysia. mari doa minta ampun dari allah dosa kita lakukan sebelum ni?

aygqu sweet
aygqu sweet
8 tahun yang lalu

DOA ITU SENJATA PADA SEGALA KEJAHATAN.Berdoalah sekali pn di flm hati.maaf admin sy nk kongsi ilmiah n kalau salah sila perbetulkn sb sy pn masih dlm proses belajar.mengenal Indahnya Islam.4 prkara doa cepat dimakbulkn oleh Allah SWT yg kita lakukan secara spontan.bicara melalui hati berfikir bercakap n pergerakn tubuh badan kita.wallahualam…

pengobatan hernia
pengobatan hernia
10 tahun yang lalu

Banyak orang yang memanjatkan doa namun ketika doanya lama terkabul biasanya manusia menyalahkan Allah,padahal Allah lah yang lebih tau doa yg dipanjatkan pantas untuk diterima atau tidak

torik
torik
10 tahun yang lalu

Doa merupakan permohonan hamba kepada Tuhannya, dengan berdoa kita akan yakin bahwa segala sesuatunya Allah yang menentukan,

Hero Borneo
Hero Borneo
10 tahun yang lalu

doa adalah medium dan perantara yang terbaik untuk selalu berhubung dengan Allah SWT

reyli
reyli
10 tahun yang lalu

mohon share perkonsiannya yg brmaanfat buat semua ya..

Sajadah Muslim
Sajadah Muslim
10 tahun yang lalu

Segala Puji bagi Allah, kami memuji, meminta pertolongan dan ampun kepada-Nya. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri dan keburukan perbuatan kami. Barangsiapa yang bisa diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada orang yang bisa memberi hidayah kepadanya. Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. “Ya Allah ! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu, agar tidak menyekutukan kepada-Mu, sedang aku mengetahuinya dan minta ampun terhadap apa yang tidak aku ketahuinya”. (HR. Ahmad dan Imam yang lain).

Qalbi
Qalbi
10 tahun yang lalu

Menarik..
Antaranya sebab para Nabi-nabi dan Rasul mudah dimakbulkan doa mereka, adalah kerana kepercayaan yang tinggi terhadap Allah SWT. Mereka yakin bahawa tiada yang dapat membantu mereka melainkan pertolongan dari Allah. Semoga kita semua termasuk golongan yg dapat yakin 100% terhadap pertolongan yang kita pinta kepadaNya.

Amirul Bin Ramli
Amirul Bin Ramli
10 tahun yang lalu

Doa. senjata orang mukmin.Semoga kita dikurniakan kesedaran untuk berdoa di kala susah dan senang. Berusaha sebaik-baiknya dalam satu perkara, berdoa, dan bertawakal.