11 Cara Berkesan Untuk Menjaga Hati Ibu Bapa

Menjaga Hati Ibu Bapa
Menjaga Hati Ibu Bapa | When we were young by BlackJack0919

Marilah kita lihat kepada diri kita, sudah seberapa besar cinta yang kita tunjukkan kepada ibu bapa?

Sudah seberapa berat pengorbanan yang kita berikan kepada mereka?

Kerana banyak antara kita yang masih tidak pandai untuk menjaga hati ibu bapa kita.

Kerana kesibukan, kerana kepayahan dan kerana hidup yang semakin lama semakin mengikis rasa sayang kita kepada mereka.

Kita mesti mengetahui cara untuk menjaga hati ibu bapa kita dan mempraktikkannya daripada awal.

Sifat ini akan menjadi kebiasaan dan dibawa sehingga bila-bila nanti.

Pada kali ini marilah kita membicarakan bagaimana cara untuk menjaga hati bapa kita secara berkesan, seterusnya mewujukan keluarga yang bahagia dan harmoni.

 

1. Sentiasa Hormat Dalam Apa Jua Emosi

Bersikap hormat dalam keadaan apa jua emosi sekali pun. Mungkin kita pernah marah, pernah kecewa, tetapi perasaan itu sebaik-baiknya tidak mengurangkan rasa hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita.

Tetap tenang dan tidak bijak menjaga emosi dengan baik.


2. Jangan membantah apabila ada pendapat yang berbeza.

Pendapat perlu disampaikan dengan cara yang halus dan sopan, bukan dengan keras. Beza generasi, beza usia, beza pengalaman membuatkan ruang perbezaan semakin luas.

Jangan bersikap kasar dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan. Tetaplah menjaga etika dengan mereka.


3. Jangan Meninggi Suara

Bagaimana sekalipun perasaan kita pada masa itu, jangan berteriak, membentak, bersuara dan bernada keras dalam berbicara dengan ibu bapa.

Ya, memang sangat susah mengendalikan emosi ketika marah, tetapi cubalah lakukan dengan baik. Insyaallah, semuanya dapat diatasi dengan baik.


4. Menjaga Hati Ibu Bapa Dengan Selalu Meminta Izin

Meminta izin dan mencium tangan ibu bapa sebelum pergi atau selepas pulang. Kita menerapkan hal ini berdasarkan apa yang ibu bapa kita ajarkan sewaktu kita masih kecil dahulu.

Kita pasti dapat merasakan kesan positif hasil tabiat ini.


5. Jangan Pernah Memarahi

Jangan sesekali memarahi ibu bapa walaupun ada yang kita rasakan tidak betul pada mereka. Teguran mesti disampaikan secara sopan. Mengapa perkara ini disampaikan berulang kali?

Kerana ia sangat penting untuk kita jaga. Jangan sesekali membentak mereka meskipun mereka di pihak yang salah.


6. Jangan Berleter Kepada Ibu Bapa

Jangan mengajari, menasihati atau memberi ceramah kepada ibu bapa. Apabila mahu memberi pandangan atau ibu bapa meminta pendapat kita, perlulah memberikan dengan sopan dan berhikmah.

Mungkin banyak perbezaan pandangan, pendapat, pengetahuan dalam banyak perkara yang tidak mungkin pernah sama. Tetapi mereka berhak bagi mendapatkana cinta dan sayang dari kita.


7. Jangan Menyampuk Perbicaraan

Jangan sekali-kali menyampuk perbicaraan ibu bapa. Ini etika asas yang mesti difahami secara betul. Jika etika ini kita terus lakukan hingga dewasa, ini akan menjadi nilai yang baik.

Kita tahu bila sepatutnya bercakap dan bila kita perlu memerhatikan dengan baik.

Kebolehan mendengar dan memerhati dengan baik jarang dimiliki oleh kebanyakkan orang. Sebahagian besar hanya pandai dalam hal percakapan, tetapi cukup runsing apabila perlu mendengar dengan baik percakapan orang lain.


8. Menjaga Hati Ibu Bapa dengan mendahulukan mereka

Tatacara lain adalah sikap sehari-hari iaitu mengutamakan atau mendahulukan ibu bapa dalam segala aktiviti seperti memberikan tempat duduk, memulakan makan minum dan sebagainya.

Akhlak ini jarang kita dapati pada jiwa anak muda hari ini.


9. Jangan Sesekali menyentuh kepala Ibu Bapa

Jangan sesekali menyentuh kepala ibu bapa apabila sedang berhadapan atau berkomunikasi kecuali untuk tindakan tertentu seperti memotong rambut.


10. Menjaga Hati Ibu Bapa Bila Berhadapan dengan mereka

Apabila berhadapan dan berbicara dengan ibu bapa mesti bersikap sopan, tidak bercekak pinggang, tidak melutut, tidak bersuara keras dan membentak.


11. Membantu Tanpa Diminta

Apabila melihat ibu bapa dalam kesusahan seperti mengangkat beban berat dan mengerjakan pekerjaan berat lain, tanpa diminta kita sepatutnya segera membantu.

Apa yang tercatit diatas adalah 11 langkah mudah dan berkesan untuk menjaga hati ibu bapa kita.

Ia hendaklah dipraktikal dan rasailah perubahan hubungan kita dengan ibu bapa, mudah-mudahan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita dengan ibu bapa.

Tinggalkan Komen Anda..

41 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
tiara isha
23 July, 2021 6:22 PM

Saya dah bertahun tahun lamanya berpisah dengan mama dan adik adik kandung saya kerana ada perselisihan faham antara kita semua…saya sudah pun meminta maaf banyak kali tapi masih saja tidak ada kesannya jadi bagaimana caranya mendapatkan semula perhatian daripada mereka…kalau tentang pertemuan itu tidak mungkin terjadi kerana mereka tidak mahu bertemu…bagaimana ???

najihah
27 May, 2021 8:01 PM

saya nak kawin tapi ibu saya tak berminat dengan pasangan saya sebab dia anggota uniform. macam mana nak buat ibu saya terima dia. tak semua anggota uniform ni sama macm yang dia kenal

adalah tu
Reply to  najihah
19 July, 2021 1:36 AM

ko rapatkan pasanganmu sma mamamu

Jali83jh
22 February, 2021 11:57 PM

Saya anak ke 7 dalam 12 orang adik beradik dan saya telah membuat kesilapan yang amat sangat besar terhadap kedua ibu bapa saya kerana pernah memaki mereka tanpa sedar disebabkan kesilapan lepas mereka,,tambah2 lagi ada adik beradik lain sering meracuni pemikiran mereka terhadap saya. Apa perlu saya lakukan untuk memujuk hati agar dapat terima saya semula dan mengambil kepercayaan kedua ibu bapa saya terhadap saya …berbagai cara sudah saya lakukan tapi tak berkesan…bagaimana nak pulihkan semula hubungan kami???

qalisa
Reply to  Jali83jh
2 June, 2021 9:58 AM

awak mungkin perlu berbincang dengan mereka dengan cara meluangkan masa bersama.

Mardewati
17 January, 2021 12:39 PM

Cara ini memang terbaik umtuk Ibu Bapa….

adalah tu
Reply to  Mardewati
19 July, 2021 1:37 AM

apa itu umtuk

Nurul Alliya syuhada
2 January, 2021 9:13 PM

Saya anak kedua dari 4 adik beradik.saya anak derhaka kerana telah melukakan hati ibu saya.saya tidak menghargai mereka.saya sudah meminta maaf kepadanya tetapi katanya sukar untuk dia memaafkan saya apa patut saya buat untuk dia memaafkan saya??
Saya harap kamu semua dapat doakan saya supaya ibu saya memaafkan saya
Saya mohon doa dari anda semua☺☺

Pica
Reply to  Nurul Alliya syuhada
8 January, 2021 8:06 PM

Insyaallah awak akan di maafkan 🤗

Mardewati
Reply to  Nurul Alliya syuhada
17 January, 2021 12:40 PM

Insyaallah…amin.

Syafiqah
Reply to  Nurul Alliya syuhada
23 February, 2021 10:58 PM

Sama lah dengan saya..😭😭