Bukan Senang Nak Memaafkan Orang Dengan Ikhlas!

memaafkan orang
Memaafkan orang dengan iklas bukan senang | I’ll be fine by BlackJack0919

Bukan senang nak maafkan orang, perkataan MAAF itu sendiri pun sukar untuk kita ungkapkan apetah lagi untuk memaafkan.

Tapi, adakah anda tahu dengan memaafkan seseorang anda akan dapat sesuatu yang agak sukar untuk anda perolehi di dunia realiti sekarang.

Apakah ia?

— KETENANGAN.

Di dalam kehidupan seharian, kita terlupa satu perkara.

Bahawa kita sering melakukan dosa dan tiap kali kita melakukan dosa, yang memaafkan dan mengampunkan kita itu — ALLAH.

Pencipta kita.

Jadi, bagaimana kita boleh terfikir untuk tidak memaafkan manusia yang melakukan dosa kepada kita sedangkan Allah pun mengampunkan dosa-dosa kita terhadapNya?

Kadang-kadang bila seseorang minta maaf kepada kita, kita senang mengungkapkan ‘okay, saya maafkan awak’.

Lebih-lebih lagi zaman teknologi canggih macam sekarang ini, hanya perlu meminta maaf dan memaafkan melalui mesej, whatsapp, bbm, wechat dan lain-lain.

 

Nampak Senang Bukan?

Tapi, adakah perkataan ‘saya maafkan awak’ itu lahir dari hati yang tulus ikhlas?

Adakah ia benar-benar terbit dari hati kecil kita yang realitinya terluka dek kerana perbuatan insan yang meminta maaf itu?

Senang cerita macam ini lah, kalau kita buat salah dekat orang, kita mesti nak orang itu memaafkan kita kan?

Takut-takut kalau tak sempat minta maaf, letih jugak nak cari orang itu di padang mahsyar nanti untuk minta maaf.

Tapi, kalau kita nk orang maafkan kita, kita mesti ikhlas dalam meminta maaf.

Percaya lah cakap saya, kalau kita minta maaf pun tak ikhlas dari hati, nescaya orang yang memaafkan itu pun akan jadi tak ikhlas dalam memaafkan.

Kepada yang memaafkan, anda kena ingat, bila anda memaafkan orang yang berbuat salah kepada anda, anda akan rasa tenang.

Tenang setenang-tenangnya.

Berdendam takkan dapat bawa kita kepada ketenangan hidup, sebab kalau kita berdendam dan tak mahu maafkan orang yang berbuat salah kepada kita, kita akan hidup dengan penuh rasa benci dan marah.

Bila dalam diri penuh rasa benci dan marah, semua benda-benda baik akan sukar kita perolehi dalam kehidupan.

Sebab itu lah kalau kita perhatikan, orang yang tidak ikhlas memaafkan ini dia akan rasa tak puas hati dan masih ada rasa benci terhadap si pelaku salah.

Maafkan lah orang yang berbuat salah kepada anda walau seteruk mana anda disakiti. Memaafkan itu sifat terpuji.

INGAT, HANYA ORANG YANG KUAT SAHAJA YANG AKAN MEMAAFKAN ORANG YANG BUAT SALAH KEPADANYA.

Walaupun hakikatnya memang susah nak maafkan orang, tapi kalau kita maafkan, kita tak rugi apa-apa pun.

Tak guna duit kita walau sesen pun.

 

Biasakan Diri Untuk Memaafkan Orang

Sebelum tidur, cuba biasakan diri untuk meminta maaf kepada orang sekeliling dan memaafkan orang yang telah menyakiti kita.

In shaa Allah, ketenangan lah yang akan kita dapat.

Kadang-kadang, kita perlu memaafkan orang, bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri.

Memaafkan tak akan membuatkan kita hina walau sedikit pun, meminta maaf takkan menjatuhkan harga diri kita walau sedikit pun, kerna kita tahu akan hakikat bahawa manusia akan sentiasa melakukan kesilapan dalam hidup.

Belajarlah untuk memaafkan untuk kita memperoleh ketenangan. Sesungguhnya, pemaaf itu sifat orang beriman. :)

Artikel telah dihantar ke Inbox kami oleh Noorihan Noorudin ( blog ). Semoga memberi manfaat yang besar kepada pembaca semua.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

25 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Indah Nurani
Indah Nurani
2 tahun yang lalu

Saya dah maafkan orang yang paling saya sayang tapi dia dah maafkan saya ..Saya nak tahu macam mana nak tahu dia layan kita macam dulu balik ke tidak .

Nur Humairah
Nur Humairah
4 tahun yang lalu

Salam nk tnya..kita sudah btul2 minta maaf di atas penipuan tentang hal keputusan peperiksaan tapi keesokkan sy sudah beritahu hal yg sbnr dan sy btul2 minta maaf tpi dia btul2 marah smpai menghina sy sngt2..adakah tanggugjawab sy yg btul2 ikhlas minta maaf sudah selesai disebabkan dia tidak memaafkan sy ataupun tidak??dan adakah kesalahan sy ni terlalu besar untk susah dimaafkn??

Nik Noraini
Nik Noraini
4 tahun yang lalu

Hidup adalah ujian untuk semua….memaafkan mudah, melupakan sukar….inilah ujian-NYA…istiqamah belajar melupakan…i-Allah.

riki
riki
4 tahun yang lalu

ketika saya memaafkan kesalahan seseorang, saya berharap dengan saya maafkan dia akan membuat dia menjadi lebih baik dan sayapun insha Allah menjadi lebih baik. dan lebih bersabar.
adapun bila satu saat , dia melakukan hal serupa (terulang lagi) membuat kesalahan… saya tetap memaafkannya, tetapi dalam dirisaya.. bersikap lebih hati hati terhadap dia, menghindari kemungkinan dia lagi2 melakukan hal serupa.

ini semisal terkait urusan utang ber utang yang kadangkala da orang yang gemar sekali berutang, berjanji akan membayar .. namun ketika waktunya membayar, seribu alasan dibuat dan kadangkala marah kepada sipenagih.

untuk yang seperti ini.. saya kasih maaf.. tetapi mohon maaf saya tak akan kasih lagi dia berutang. bukan karena dendam saya, namun agar dia dapat berlaku lebih baik dalam hidupnya.

Za.k
Za.k
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum … Bagaimana saya nak memaafkan diri saya & mencari keredhaan Allah swt supaya hati saya tenang & redha. Terimakasih

Nurul.H
Nurul.H
5 tahun yang lalu

Assalamualaikum, saya Nurul.. Saya sebenarnya ada sikit masalah dengan housemate saya.. saya marah pada salah sorang hosemate saya kerana dia buat saya cemburu.. teman lelaki saya duduk berdekatan dengan rumah dia, jadi dia cakap yang dia akn ajak teman lelaki saya untuk keluar bersama tanpa mengajak saya.. saya tahu itu gurauan, dan saya hanya pendam sahaja.. tapi keesokan harnya , perangai dia buat saya makin geram dan saya termarah dan menaikkan suara saya pada dia.. saya tahu salah saya, tapi saya ego untuk menegur dia .. saya perlukan masa.. tapi dia perli saya di status, palau saya, ajak housemate yang lain palau saya jugak, saya tak faham.. selama ni bila dia badmood, marah saya .. saya masih tegur dia .. baik lagi dengan dia .. tapi bila saya dia buat macam tu.. saya jadi tak ikhlas nak maafkan dia dan minta maaf pada dia .. tolong saya .. apa yang perlu saya buat.. saya perlukan jawapan segera

nurulnini
nurulnini
Reply to  Nurul.H
5 tahun yang lalu

wslm nurul….ikhlaskan ati..pandng dari sudut positif,maybe nurul je ase di pulau,hakikatnya xpn…tegur n berbaik dgn dyorg mcm biase,anggap mcm xda pe2 jd…dlm ms y sm nurul bole mintk mf kat kwn2…cuma satu je nurul,jgn d sebbkn lelaki kite kaum hawa nie nk bermusuh…andai laki tu ikhlas berkwn xkn ad sikit pn ase utk dy sakitkn hati nurul…maybe nurul bole slowtalk dgn housemate supaya x bergurau berlebihan…tp bg sis jgn gado sesama hawa sbb lelaki…kite perempuan…ad harge diri,air muke n maruah..xkn nurul nk lelaki tu ketawa sbb kebodohan kite bergaduh sesama hawa kndi sebbkn dy…thinkz positif..byk lagi y nurul kn tempuh lps nie…

Hidayah
Hidayah
5 tahun yang lalu

Dulu saya tak kisah apa pun orang buat saya tetap diam dan baik … tetap jugak tolong dan tidak penah ada niat untuk dapat kan apa … dan maafkan walaupun orang buat saya sampai terduduk … tapi lepas saya bersalin hati saya jadi marah dan dendam sampai sekarang pun saya tak mampu nak buang …

Razman
Razman
5 tahun yang lalu

Assalamualaikum sye ni ponah mrah seseorang ni tapi bila sye dah mintk maaf kat die die mrah sye balik dah banyk kali dah sye pujuk die maaf kan sye tpi die ni keras ati tak nak maaf kan sye2 maaf kan die dari iklas ati sye ni sye bukan nak mintak die bayr pun kat sye cume sye nak maaf kan sye tu je die cakp ati die terluke dan masih lagi marah kan kat sye lagi sye tahu sye buat slah kat die tpi die nk keras kan ati juga tak bleh nk maaf kn sye klau die maaf kan sye alhamdulillah kerje sye jdi senang nj die tak maaf ka sye2 jadi susah ati nk pikar kn masalh je sampai sekrng juga die tak nak maaf kan sye lagi sye dh cube banyk kali

Nurul hafiza
Nurul hafiza
Reply to  Razman
5 tahun yang lalu

Waalaikumusalam.. Saya berada dalam situasi nie..
Saya sedar banyak salah.. Dan saya pun kerap buat salah yang sama sampai dia jadi marah, tak maafkan saya… Walaupun pujuk macam mane sekali pun..

Hu
Hu
6 tahun yang lalu

Sungguh sukar nak maaf org yg kita pernah syg …cuba untuk maafkan tp bila satu2 msa geram xmau maafkan

leyaaraa
leyaaraa
7 tahun yang lalu

saya nak tanya klau saya dh mintak maaf kat org tu ttpi saya still tak tenang dan selalu ingat dia mcm mana? adakah dia tidak memaafkan saya atau pun apa?

nurulnini
nurulnini
Reply to  leyaaraa
5 tahun yang lalu

hidup mmg utk d uji…Setiap ujian yg dtg jgn lari dr Allah trs cr Allah…Maafkn dgn seikhlas hati selapng hati,Supaya rse kecewa rse sakit ati x kn tmibul…Forgiveness n foget:)