Jangan Gedik Bertaaruf Secara Membabi Buta Di Dunia Maya

“Ukhti, ana tertarik untuk bertaaruf sama anti.” 

Itulah kalimat yang sering digunakan oleh banyak lelaki.

Banyaknya jaringan sosial di dunia maya seperti facebook, yahoo messenger, dan lain-lain, menjadikan lelaki dan wanita  mudah berinteraksi tanpa batas.

Begitu lembut dan halusnya jebakan dunia maya, tanpa disedari mudah menggelincirkan diri manusia ke jurang kebinasaan.

Dalam kes bertaaruf ini,  lelaki  dengan sewenang-wenangnya mentafsirkan erti bertaaruf

bertaaruf
bertaaruf

Melihat seorang perempuan yang dinilai bagus kualiti agamanya, lelaki tersebut langsung berani mengungkapkan kata ‘taaruf’, tanpa perantara. 

Jangan memaknakan perkataan “taaruf” secara sempit, pelajarilah dahulu serangkaian tata cara taaruf atau kaedah-kaedah yang dibenarkan oleh Islam.

Jika memakai kata ta’aruf untuk bebas berinteraksi dengan lawan jenis, Oleh itu apa bezanya yang telah orang yang mendapat hidayah dengan yang masih jahiliyah?

Islam telah memberi konsep yang jelas dalam tatacara ta’aruf.

“Assalamualaikum ukhti,” Sapa sang lelaki

“‘Wa’alikumsalam akhi,” Balas si perempuan

“Subhanallah ukhti, ana kagum dengan keperibadian anti, seperti Sumayyah, seperti Khaulah binti azwar, bla.. bla.. bla.. bla…” puji lelaki tersebut.

Apakah berakhir sampai di sini sahaja?

Oh no…. Rupanya yang ditemui ini juga perempuan gedik, maka berlanjutlah perbualan tersebut, si lelaki bertanya apakah si wanita tersebut  sudah mempunyai calon.

lantas si perempuan tadi menjawab.  “Alangkah beruntungnya wanita yang mendapatkan lelaki seperti anta kelak.”

Si lelaki itu juga tidak mahu kalah, memuji kembali perempuan tersebut.Subhanallah, sangat beruntung lelaki yang mendapat bidadari dunia seperti anti.”

Bertaaruf Yang Membabi Buta

Banyaknya jaringan sosial di dunia maya menjadikan lelaki dan wanita  mudah berinteraksi tanpa batas.

Lelaki dengan takruf membabi buta, perempuan pula terpedaya…. 

Oh  mengerikan, lebai – lebai  di dunia maya, syaitan tak mahu mensia-nsiakan kesempatan ini.

Lalu tertancaplah rasa, bermekaran di dada dua sejoli tersebut, yang belum ada ikatan pernikahan. 

Dengan bangganya lelaki tersebut menaburkan janji-janji manis, akan mengajak wanita tersebut hidup di planet marikh, mengunjungi benua-benua di dunia. Hingga hanyut kedua-duanya dalam janji-janji lebai.

Subhanallah, bukan begitu ta’aruf yang Rasulullah ajarkan.

Wahai lelaki, jangan permainkan bertaaruf.  

Muslimah  itu mutiara, tidak sembarang orang boleh menyentuhnya, tidak sembarang orang boleh memandangnya.

Jika mempunyai keinginan untuk menikahinya, carilah cara yang baik yang dibenarkan Islam.

Carilah  informasi tentang perempuan tersebut melalui pihak ketiga yang boleh dipercayai.

Jika maksud ta’aruf kamu untuk melengkapkan  separuh agama mu, silakan.

Tetapi prosesnya jangan terkeluar dari jalan Islam.

Sedarilah, orang-orang yang kamu kenal di dunia maya tidak semua memberikan informasi yang sebenarnya. Waspadalah..

Berhiaslah dengan akhlak Islam, jangan tergedik-gedik kepada lelaki atau perempuan yang bukan mahram..

Biarkan apa yang ada di dirimu menjadi simpanan manis buat suamimu atau isteri kelak.

Bertaaruf yang sebenar haruslah berdasarkan cara Islam, bukan dengan cara berkasih-kasih sebelum  akad nikah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

9 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Mazeri
Mazeri
5 tahun yang lalu

Assalamualaikum W.b.t nak tanya ttg pdpt.knp proses kawin ni semakin lama semakin sulit?knp tidak di permudahkan.zaman serba moden ni kes kes rogol semakin meningkat di sebab kan kesulitan dlm proses perkahwinan..dan soalan sya di sinu mcm mne bentuk taaruf yg betul utk memudahkan proses perkahwinan bagi mengelakkan perkara2 yg keji?

Cari Jodoh Malaysia
Cari Jodoh Malaysia
7 tahun yang lalu

Boleh nak bertaaruf melalui internet. Tapi mesti ada pihak ketiga. Caranya? Lihat contoh seperti baitul muslim buat. Mereka bertaruf sambil diperhatikan oleh staf baitul muslim. Semuanya secara online.

husna88
husna88
12 tahun yang lalu

salam. Alhamdulillah. artikel yang menarik. Boleh tak kiranya saudara beri panduan atau guideline kpd mereka yang bertaaruf dalam internet? apakah perkara yang sepatutnya dilakukan jika berkenalan secara internet. Sebab bertaaruf tidak salah. cuma perlu ada batas-batas yng perlu dihighlightkan. Mohon pencerahan~

Moga Allah memberkati. Terima kasih.

Nurul
Nurul
Reply to  Muhamad Naim
8 tahun yang lalu

Assalamualaikum.
Apa pendapat saudara tentang laman web yang menggunakan internet sbagai medium berta’aruf. Cth spt baitul muslim.
Terima kasih

adeq
adeq
12 tahun yang lalu

salam, best. ramai je kot. yang ditarbiah x terlepas juga. haha. orang begini? KITA TOLAK !

abrar
abrar
12 tahun yang lalu

ada ke orang buat camtu?
pelik. dan geli.
-_-

matadore terhebat
matadore terhebat
12 tahun yang lalu

entah,mana boleh taaruf dalam intenet. apodaaa

Niesacute388
Niesacute388
12 tahun yang lalu

Ramai yang terselingkuh dalam mengerti erti ta’aruf yang sebenarnya.