Berbahagialah Ketika Diuji Oleh Ujian Yang DiberiNya

ujian yang
Put A Rainbow In Your Life by oO-Rein-Oo | Tabahlah menghadapi ujian yang menimpa

Bismillahirrahmanirrahim,

…Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu, Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan…”

— An-Najm: 42-44

Wahai insan istimewa pilihan Allah yakni insan yang sedang diuji,

Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu.

Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.

Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu.

Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu.

Sangat menyayangimu.

Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, engkau pilihannya.

Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya.

Mungkin selama ini, kau lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya, mungkin selama ini kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padamu.

Limpahan nikmat yang kau perolehi jarang sekali kau syukuri. Bahkan kau tambahi dengan keluhan.

Maka, muhasabahlah.

 

Wahai calon penghuni syurga,

Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”

– Al-Mulk: 1-2

Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu.

Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kau terduduk, membuat kau menangis dan membuat kau lebih banyak ingat Dia.

Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang.

Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu.

 

PerancanganNya sungguh berseni dan sungguh sempurna.

Dia tahu kau merancang itu dan ini, Dia tahu kau mahu itu dan ini, namun yang terjadi adalah sebaliknya.

Kau perlu ingat dan pasakkan dalam jiwa, Dialah sebaik-baik perancang.

Wahai sekalian sahabatku yang sedang memperbaiki diri dan memperbaiki iman.

Hidup ini dilingkari seluruhnya dengan limpahan kasih sayang Allah.

  • Dia beri kau nikmat sepasang mata, kerana kau pilihanNya untuk ada nikmat itu. Pernahkah kau terfikir andai selepas ini Dia mengambil nikmat itu?
  • Dia beri kau nikmat sepasang kaki, kerana kau pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kau terfikir andai kakimu patah dan kau disahkan tidak boleh berjalan lagi?
  • Dia beri kau nikmat sihat, kerana kau pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kau terfikir betapa banyak manusia yang sakit dihospital amat menginginkan untuk kembali sihat?

Bahkan, Dia juga beri kau nikmat ada duit, kerja, makanan, rumah, pakaian, nikmat belajar dan bermacam-macam lagi.

Tapi sayangnya, kau selalu lupa untuk mengamalkan sifat Qanaah yakni merasa cukup dengan pemberianNya.

Maka, refleksilah diri kita selalu andai kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi dikemudian hari iaitu diakhirat sana.

 

Percayalah, Jalan yang Allah beri tidak akan mengecewakan kita

Yakinlah orang yang percaya akan janji-janji Allah.

Dia akan kirimkan khabar gembira tidak lama lagi kepadamu dari jalan yang kau tidak sangka-sangka.

Cepat atau lambat bukan soalnya, yang pasti Allah tidak akan memungkiri janji.

Allah tidak akan mensia-siakan orang yang melakukan kebaikan termasuk usahamu untuk bersabar dan redha dengan setiap dugaan dariNya.

Jika bukan didunia, mungkin ganjaranmu disyurga sana.

Percayalah dengan hebat bahawa Allah sesekali tidak akan mengecewakanmu kerana Dia Maha Adil dan Dia Maha Memberi.

Tidak dapat dinafikan ada ketika kau bertarung dengan perasaan sendiri, rasanya sakit sangat.

Apatah lagi pada masa itu orang sekelilingmu seakan tidak memahamimu.

Tidak mengapa duhai hati, sabarlah dan solatlah.

Allah sendiri berpesan dalam Al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”

— Al-Baqarah: 153

Tidakkah ayat dariNya itu menggugah jiwamu?

Belum cukup tergerakkah dirimu untuk mencuba tips yang Allah ajari?

 

Lihatlah kehidupan ini dengan teliti, Allah mahu kita belajar..

Pandanglah sesuatu yang terjadi itu dengan positif dan professional serta cubalah belajar dari setiap yang kau perhati.

Mungkin dari situ kau dapat ingat Dia.

Ingin saya membawa diri saya dan pembaca semua satu analogi.

Mudah-mudahan dengan izinNya ada sedikit kefahaman kita mengenai ujian dalam kehidupan ini:

Kita bayangkan sebuah rumah.

Dalam pembuatan rumah sahaja mengambil masa untuk siap.

Perlu ada duit (peruntukan kewangan) untuk membeli bahan-bahan seperti simen, paku, pasir, dan sebagainya.

Prosesnya juga banyak dan pelbagai, susun batu bata, mengecat, pasang mozek, dan sebagainya.

Kadangkala tukang buat rumah itu berhenti seketika, mungkin sebab panas, penat dan ingin berehat sebentar.

Dan mungkin ada ketika tukang itu tidak dapat bekerja kerana hari itu hujan lebat, dia minta cuti, dia sakit dan bermacam-macam lagi.

Lihat.

Untuk membuat rumah saja, mengambil masa dan ada proses-prosesnya  yang harus dilalui.

Tersalah sedikit, akan memberi kesanlah kepada rumah kita, kan.

Begitu juga kita dalam kehidupan ini.

Mungkin ujian yang hadir ini ialah sebagai turning point kita agar kembali kepadaNya.

Allah beri tempoh yang tertentu untuk kita lalui ujian ini.

Pelbagai cara yang kita usahakan dalam melalui ujian itu dan bermacam-macam jenis orang yang kita jumpa.

Mungkin ada masa kau terduduk seketika, mencari ketenangan dariNya, mungkin ada masa kau mengumpul segala kekuatan untuk kembali bangkit dari rasa keputus asaanmu.

Ada masa kau mampu bertahan, namun ada masa kau rebah, tidak tertahan dan airmatamu pun tumpah membasahi pipi.

Kau menangis semahumu, kau berdialog semahumu.

Dan Dia adalah saksi segala saksi atas segala yang kau lakukan termasuk yang terlintas dihatimu semasa mendepani ujiannya ini.

Dan sampai satu saat, semuanya berakhir, ujian ini Allah izinkan berlalu pergi.

 

Dan ada ujian yang lain menanti pula..

Beruntunglah orang yang mendapat ujian daripada Allah.

Amat beruntunglah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan dugaan dalam hidupnya samaada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan, dia semakin dekat dengan pencipta.

Dia semakin ingat Dia dan sekaligus berazam untuk kembali kepadaNya.

Amat rugilah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan ujian kepadanya, dia masih ditakuk yang sama.

Mengeluh tak berkesudahan.

Menyalahkan itu dan ini.

Ujian berbentuk kesenangan atau kesusahan itu adalah sunatullah dalam kehidupan.

Allah menguji setiap hambanya dengan cara yang berbeza, mengikut kadar kemampuan seseorang itu, dan pada masa yang tepat.

Mahu ataupun tidak mahu, kita kena menerima dan menghadapi dugaan yang medatang.

Siapa kita untuk mempersoalkan kenapa kita diuji andai selama ini kita selalu memungkiri perintahNya yang diperintahkan kepada kita?

Amat baiknya Allah, dengan ujian yang hadir itu membuat kita lebih matang dan kuat untuk mendepani hari-hari yang mendatang.

 

Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah, Dia uji kita bersebab.

Mungkin dengan ujian yang hadir itu, Allah nak angkat darjat kita.

Allah nak hapus dosa-dosa kita, dan Allah nak beri pahala pada kita.

Maka, senyum dan berbahagialah menjadi insan pilihan yang diujiNya.

Wahai manusia yang mendambakan kebahagiaan didunia dan di akhirat,

Andai dugaan itu menjengukmu, tidak dapat tidak, kita kena rapat dengan Allah.

Kekuatan itu milikNya, maka mohon kekuatan dariNya, mengadu segalanya dengan Dia.

Usahakan untuk perbaiki iman.

Solat jangan tinggal dan usahakan solat diawal waktu, lazimi juga diri dengan istighfar dan selawat, dan cuba buat ibadah yang kau tak pernah buat/ tak biasa buat seperti solat tahajud, qiamulail, solat dhuha, dan sebagainya.

Dari situ, insya-Allah kau akan terdidik sedikit demi sedikit untuk kuat, sabar dan redha dengan apapun yang terjadi dalam kehidupanmu.

Dari situ kau akan rasa, betapa nikmatnya bergantung harap sepenuhnya pada Allah.

Bersabarlah dalam ketaatan untuk beribadah kepadaNya. Moga kesudahan kita semua adalah kesudahan yang baik.

Saya rasa ada benarnya ayat ini:

Bukan beratnya ujian yang membuat kita lemah, tapi ringannya hubungan kita dengan Allah yang menyebabkan kita seakan tidak dapat menanggungnya.”

Artikel ini adalah perkongsian ke Inbox kami daripada Farahani Md Noor Facebook | Blog | @Farahani137 ] Pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Semoga perkongsian yang dikongsikan oleh beliau memberi makna dan manfaat kepada kita semua =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

66 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Dania
Dania
4 tahun yang lalu

Aku sudah tiada daya. Nasihatlah pjg mana. Tulislah byk pun. Semua x masuk. Seolah tuhan x menerima aku lg. Bertahun aku berdoa. Masih x diterima. Aku bkn hamba terpilih. Aku putus asa.

Yu Yang
Yu Yang
Reply to  Dania
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum sister. Hayatilah tiap² bait bicara Allah. Tetaplah kuat, sabar, dan redha dengan tiap apa yang diizinkan Allah terjadi. Berdoalah kepada Allah supaya diri tidak menjadi orang yang berputus asa. Kelak diri sendiri yang rugi bukan sahaja di akhirat bahkan di dunia lagi.

Lisa
Lisa
5 tahun yang lalu

Apakah maksud Allah akan kirimkan berita gembira dari jalan yang kita tidak sangka2. Contohnya.

Yu Yang
Yu Yang
Reply to  Lisa
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum sister. Bila kita redha dan sabar dengan ketetapan Allah, diri sikit boleh calm. Minda dan hati yang calm adalah baik untuk kesihatan keseluruhan tubuh kita. Bila kita calm, kita akan bersyukur dengan kebaikan atau nikmat yang kita ada dan perolehi. Walaupun ia kecil. Tetap kita nampak dan syukuri. Selain itu, kita juga akan semakin dekat dengan Tuhan untuk meminta kesabaran dan pertolongan. Perilaku ini semua boleh mengundang rahmat (bless of) Allah untuk kebahagiaan yang selama²nya di syurga kelak. Amiinn

Lisa
Lisa
Reply to  Yu Yang
3 tahun yang lalu

Terima kasih atas nasihatnya.

Sh Salmi
Sh Salmi
5 tahun yang lalu

Tulisan yg memotivasikan… mohon share ye

siow tem
siow tem
5 tahun yang lalu

terima kasih atas perkongsian sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita…

Ayunnie
Ayunnie
5 tahun yang lalu

Terima utk perkongsian ilmu y bermanfaat.. smoga hidup kita dirahmati Allah swt..?

Danny
Danny
5 tahun yang lalu

Hakikat kehidupan ni mmg akan diuji
Tak kira kita orang baik atau sebaliknye
Ikhlas lah dalam beribadah
Jgn bila kita diuji
Kita makin jauh dariNya
Kita hidup untuk akhirat dan bukan untuk dunia
Sabar lah menghadapi dugaan yang sementara ini

Indahh jaafar
Indahh jaafar
5 tahun yang lalu

Allahu…airmata jatuh saat baca prkongsian artikel ni Admin….Barakallahu fik…smoga sntiasa dlm rahmat dn lindungan Allah s.w.t…syukran

lynne
lynne
5 tahun yang lalu

Terima Kasih admin di atas perkongsian artikel ini.

Tyqha
Tyqha
5 tahun yang lalu

Ya Allah ya Tuhanku… saya benar-benar merasa menderita pada ketika ini, dari dahulu hingga sekarang keluarga saya hidup susah, kesenangan hidup hanya kami alami sekejap… mak dan ayah saya sangat saya sayangi tetapi saya merasa risau dan bersalah andai saya gagal mengubah nasib keluarga ini. Saya juga merasa dibenci oleh ramai orang… saya tiada kawan baik, saudara mara sepupu dan kawan-kawan tiada satupun yang mampu menolong saya dengan ikhlas ketika saya sedang susah, malah hati saya disakiti oleh mereka… saya berasa sangat lemah, dan tidak berdaya… impian saya pun sukar untuk saya kecapi… ya Allah… hanya padaMu aku bermohon ya Allah… saya berasa hanya Allah s.w.t yang dapat menolong saya…

Lisa
Lisa
5 tahun yang lalu

Salam. Sy tidak tahu sama ada sy sedang diuji atau ditimpa bala musibah oleh Allah, ianya sangat berat, membebankan. Ia seolah olah tiada jalan penyelesaian.sy sudah bangkrap Dan papa kedana olehnya, doakan sy agar Allah permudahkan urusan sy Dan meringgankan musibah ini.

Lisa
Lisa
Reply to  Lisa
5 tahun yang lalu

Musibah datang lagi untuk ratus kalinya. Sy sudah tidak tahan diperas ugut oleh hamba Allah yang bernama said anuar atau Alex, tolong suruh dia berhenti memeras ugut saya,Saya langsung tiada duit sudah untuk diberi kepadanya.musibah ini terlalu berat dan diluar kemampuan saya.Sy cuma mahu dia berhenti memeras ugut saya.

Ayunnie
Ayunnie
Reply to  Lisa
5 tahun yang lalu

Smoga Allah swt permudahkan urusan

Lisa
Lisa
Reply to  Ayunnie
5 tahun yang lalu

Aamiin, terima kasih.

Lisa
Lisa
Reply to  Lisa
5 tahun yang lalu

Gaji sy tinggal RM 200.kad Kredit sy RM 562.sy tidak mampu membayarnya pd minggu lepas. (3.7.2019) adakah ini bermakna apa yg berlaku pd sy adalah hukuman Allah sebab Allah kata ujian itu tidak membebankan.sy tidak tahu di mana LG mo Cari duit. Buntu sudah fikiran sy, sy sangat stress dan resah.

Lisa
Lisa
Reply to  Lisa
5 tahun yang lalu

Encik Syed Anuar Ibrahim itu peras ugut saya lagi. Dia peras ugut sy tentang saman. Katanya dia menumpang tidur di masjid Shah Alam. Orang Sabah. No telefon 01125356582. Ada sesiapa yg boleh tolong saya di sini.Tolong bg dia agar berhenti peras ugut saya

Lisa
Lisa
Reply to  Lisa
5 tahun yang lalu

Dia peras ugut saya lagi kalau tidak akan disaman.