Memahami Ibrah Dari Sebuah Ujian

ibrah
Ibrah | broken by Dignacker

Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” 

— Hadis Riwayat Muslim

Kehidupan, kita tidak akan dapat lari daripada hidup penuh dengan ujian lebih-lebih kita sekarang berada di zaman fitnah yang sangat dahsyat.

Teringat diri akan satu pesanan dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi :

Allah memberi peringatan kepada hambaNya dengan ujian kecil seperti membaling batu-batu kecil.

Biar rasa sakit sikit untuk menguji samada hambaNya mengingatinya dan berusaha memperbaiki dirinya.

Tapi jika si hamba masih alpa dalam mengingatiNya, Allah turunkan musibah umpama membaling batu blok, sebagai panggilan untuk menguji tahap keimanan kita.

Walau mungkin bukan ayat itu yang dituturkan namun lebih kurang begitulah pesanannya.

Hakikatnya, kita tidak boleh lari dari kenyataan bahawa hidup ini adalah untuk menguji kita.

Untuk itu jugalah dunia itu dicipta. Untuk menguji.

Siapalah kita untuk menolak ujian yang diberikan.

Siapalah kita untuk membenci setiap ujian yang diberikan.

Tidakkah kita sedar kita hanya hambaNya, yang hidupnya kita ini pun juga atas belas ehsanNya.

Sedangkan telah termaktub bagi mereka yang mengaku Islam untuk mematuhi rukunNya yang meyakini bahawa setiap ketetapan adalah dari Allah dan atas kehendak Allah.

Apakah Sebenarnya Maksud Ibrah itu?

Ibrah itu pengajaran

Ibrah itu pengajaran dan pembelajaran, a lesson.

Sesuatu yang dapat kita kutip sepanjang selusur kehidupan kita ini.

‘Lesson learnt’ itu mungkin dalam bentuk sejarah kehidupan peribadi, mungkin juga dari sejarah kehidupan orang lain.

Dan yang paling utama — ‘ibrah’ kehidupan para Nabi, Sirah-sirah peperangan serta Ulama-ulama

Ambilah ibrah ibrah (pelajaran darinya) wahai bagi orang-orang yang celik mata hatinya (berfikir)”

 — Al Hasyr 59; 2

Diri ini harus perlu terus mengingati, bahawa Allah menguji bukan untuk menghukum.

Allah menguji adalah untuk menegur.

Untuk memanggil kita kembali pada jalanNya.

Mungkin ada kesalahan yang kita lakukan yang tidak kita sedari.

Mungkin ada kelalaian dalam keikhlasan hati yang kita tidak ketahui.

Jadi Allah menegur. Itulah sebabnya bijak pandai menyatakan Allah menguji kerana sayang.

Jadi yakinilah bahawa diri ini bertuah kerana Allah menyayangimu.

Bagi mereka yang mampu mendepaninya dengan tabah dan sabar, akhirnya ujian demi ujian yang datang pada seseorang walau pun ujian yang hebat dan berat, mereka tetap berjaya mengharunginya.

Perkara ini bukanlah mudah!

Sesiapa yang tidak pernah melaluinya tidak akan mampu merasainya.

Dengan cuba untuk melihat segala yang berlaku pada dirinya dengan sisi pandang yang paling memberikan sinar, sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk terus memotivasikan diri.

Bila mereka berjaya menghadapinya, antara satu hikmahnya adalah mereka mampu menjadi seorang yang berjiwa besar dan lebih matang seterusnya lebih berani untuk terus meneruskan kehidupan.

Meskipun itu bukan alasan untuk hanya berserah tanpa usaha, namun menyedari hakikat ini mampu buat diri lebih tenang untuk mengatur jalan tuju ini dengan hati yang lebih lapang.

Kerana…

Jika diri ini disayang Allah.

Apa lagi yang perlu dikhuatiri selain untuk menyayangiNya kembali…

Maka ingat, Ibrah & pengajaran Allah di mana-mana. kita cuma perlu celik hati untuk sedar.. =)

Artikel ini adalah perkongsian daripada saudari Ros Mawarni ( AntologiHidup.blogspot.com ). Semoga memberi pengajaran dan makna yang besar kepada kita semua menerusi artikel yang dikongsikan.

Kami juga suka untuk mendengar komen dan ulasan daripada anda semua =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
ARIFIN BIN MOHD ZAIN
ARIFIN BIN MOHD ZAIN
4 bulan yang lalu

alhamdulillah , terima kasih banyak. sangat bermanfaat. halalkan ilmu yang dikongsikan untuk dikongsikan kepada org lain pula.

S.h.m.othman
S.h.m.othman
3 tahun yang lalu

As salaam..mohon share ye. Tlg halalkan. Jazzakumullahu khairan katheeran.

marlia
marlia
9 tahun yang lalu

Teruskan jalan dakwah ni…

marlia
marlia
9 tahun yang lalu

Subhannallah

rahmayani
rahmayani
9 tahun yang lalu

postingannya bagus :)