Pernahkah anda mendengar soalan ini…
Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak?
Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut:
“Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat”.
Sedangkan kita boleh je kalau nak terus menyebut ayat ini sambil berdoa:
“Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak”.
Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda:
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”
Tinggalkan Komen Anda..
Kalau isteri pertama meninggal dunia lalu suami menikah lagi. Di Syurga kelak adakah isteri pertama boleh bertemu dengan suaminya?
Kalau isteri tu ahli syurga tapi nak tinggi suami dia yang bukan ahli syurga ? Dan sebaliknya ? Boleh ker ?
Assalamualaikum..isteri sy meninggal akibat barah payudara yg dh merebak ke bahagian hati di perut..dikatakan..syahid akhirat mudah mudahan syurga utk arwah..persoalannye betul kah jika sy berkahwin lain..sy tidak akan jumpa lagi dgn isteri pertama sy di syurga (mudah mudahan dpt masuk syurga)kelak
Itu semua dibawah pengetahuan Allah SWT.
Semoga Allah mempertemukan kita dengan orang-orang yang kita sayang.
Si suami telah bercerai dengan isterinya yang ketiga.. Ni jenis kahwin cerai kahwin cerai.. Sekarang dia kahwin kali yang ke 4.Apakah dia akan bersama juga dengan isterinya yang ke 3 diakhirat kelak.. Sekiranya isteri yang ke 3 tidak berkahwin selepas diceraikan suaminya
adakah stiap kali dosa yg dilakukn oleh istri didunia akan ditanggong oleh arwah suami di alam barzah..sila terangkan dgn terperinci
Kalau di dunia tak nak kahwin tapi nak kahwin di akhirat. Boleh dak??
assalamualaikum. bagaimanakah dengan si isteri yang kematian suami…kemudian beliau berkahwin tetapi bercerai..adakah si isteri itu dapat bersama dengan suami pertama beliau? tq
Assalamualaikum. Jika isterinya meninggal sebelum suaminya, siapakah akan menjadi isterinya jika si suami berkahwin lagi?
Wallahuaklam.
Di syurga semua isteri di dunia adalah isteri di syurga cthnya isteri2 nabi. Sbb tu nabi x bg isteri kawin lain kalau nk kekal. Menjadi isteri di syurga
Wallahuaklam
Assalamuaikum, kalau suami isteri bernikah tapi tak ada niat untuk bersama di akhirat bagaimana?
Wallahuaklam. Semuanya atas ketentuan Allah.
Saya tiada jawapan mengenai perkara ini.
adakah berdosa sekiranya seorang isteri merindui dan terkenang akan suami yang sudah meninggal sedangkan si isteri sudah berkawin lagi
Tidak. Kerana itu adalah fitrah manusia merindui mereka yang telah pergi.
Cuma tidak perlu menyebut di hadapan suami yang baru mengenai perkara tersebut untuk menjaga hatinya daripada cemburu.
Sdh tentu ia sesuatu yg perlu di elakkan serta jgn dizahirkan spt menziarahi kubur dsbgnya, sbb fitrah wanita mmg bersuami seorang dlm satu masa dan fitrah suami mmg xkn redha isterinya utk dikongsi, sbb tu ada hadis wanita itu milik suaminya yg terakhir ( di syurga nanti) , bgtu juga sebahagian pendapat mngatakn dia boleh memilih yg mna dia mahu ( di syurga) itu bukti wanita hnya utk seorang suami, saya tak fikir wanita yg masih punya cinta/ rindu kpd arwah suaminya akn bernikah lg , buktinya kisah Ummu darda, dan Nailah, …. kecuali jika keadaan yg mna lelaki yg dtg slps arwah suaminya ternyata lbh baik perilaku serta agama ….. mungkin akn berkhwin lg…..jd kes isteri rindu dgn arwah suami wlupun sdh bernikah lain ni mesti kes suami baru kurang baik berbanding suami lama/ arwah suami… wallahua’lam