Bagaimana Saya Berubah Dari Seorang Introvert Kepada Extrovet?

Bagi yang tak mengenali, mungkin menyangka saya seorang yang sombong kerana kurang bersembang dengan orang.

Tetapi, sebenarnya tidak begitu teman-teman.

Itu adalah karekter diri saya sebagai seorang Introvert.

Di sini saya kongsikan ciri-ciri seorang Introvert. Mungkin anda juga mempunyai karakter yang sama.

  1. Tidak suka berbual kosong
  1. Tidak suka berada di tempat orang ramai
  1. Bukan anti-sosial tetapi selektif dalam memilih kawan
  1. Lebih suka keluar dengan orang yang rapat.
  1. Suka melihat dan merenung alam sekitar
  1. Pendengar yang baik
  1. Berhati-hati bila berbicara
  1. Lebih cenderung untuk menulis
  1. Perancang yang baik
  1. Sahabat yang setia

Disebabkan itu, saya cuba mengasah bakat saya dalam bidang penulisan. Mungkin inilah caranya untuk saya menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Bagi membuktikan yang saya benar-benar serius, saya sanggup membayar yuran yang mahal untuk mengikuti kursus penulisan dan membeli buku-buku rujukan di DBP.

Dan, saya juga telah menyumbangkan tulisan dalam 2 buah buku. Tahun ini, merancang untuk menerbitkan sendiri sebuah lagi buku.

Tapi, dalam sesetengah perkara memerlukan saya untuk mengubah karekter saya kepada Extrovert.

Kerana apabila kita ingin berdakwah, perlu berjumpa dengan orang, kena berucap di hadapan khalayak ramai.

Jadi, saya cabar juga diri saya untuk ke hadapan.

Saya beranikan diri untuk membuat pembentangan dan berkhutbah dalam bahasa arab di dalam kelas. Kebiasaannya pelajar melayu lebih suka senyap sahaja dalam kelas.

Meskipun, nahu tunggang langgang tapi mereka tidak mengutuk, malah memberikan semangat dan tepukan. Pensyarah pun memberikan pujian dan markah tambahan. Alhamdulillah.

Saya juga menawarkan diri untuk menyampaikan sebuah talk kepada komuniti melayu pencerahan mengenai ‘Kesesatan Syiah’.

Ya Allah, gugupnya hanya Tuhan yang tahu.

Sampai tersasul menyebut kerana terlalu cuak. Tapi, isteri banyak bantu dan memberikan tunjuk ajar kerana dia juara debat semasa di sekolah dulu.

Tak kiralah anda seorang Introvert ataupun Extrovert, pandai-pandailah sesuaikan diri dalam dakwah.

Tarbiyah bisa membentuk diri kita menjadi seorang yang fleksibel bagi mencapai objektif dakwah.


Artikel ini adalah dikirimkan oleh sahabat kita,  Muhammad Zabidi Bin Azhar@Nadzri, Universiti Al Al-Bayt Mafraq, Jordan.

Semoga perkongsian beliau memberi manfaat kepada kita semua. Beliau juga mempunyai laman blog iaitu  zabidiazhar.wordpress.com

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

5 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Bidy Zabidy
Bidy Zabidy
6 tahun yang lalu

pesanan yang baik..terima kasih

Dexx
Dexx
6 tahun yang lalu

Orang introvert lebih banyak bercakap dalam hati berbanding menggunakan lisan.. Betul ke?

Durratun
Durratun
6 tahun yang lalu

Ohh introvert sebenarnya dia tiada masalah apabila berada di hadapan orang ramai..sebab apa yg nk disampaikan adalah perkara bentuk ilmiah ..dan kegugupan memang menjadi masalah semua org termasuklah famous public speakers..tetapi yang menjadi masalah bagi introvert adalah kena bergaul dengan orang setelah melakukan pembentangan kertas kerja kerana introvert energy get drained off by doing a lot of socialization..dan dia hanya boleh bergaul dalam kelompok yang tertentu atau kawan kawan yang dia rapat.

risma
risma
6 tahun yang lalu

artikelnya keren kak
jalan-jalan k sini yah transparan.or.id

dedauncomel.com
dedauncomel.com
7 tahun yang lalu

Saya seorang introvert.. macamana saya nak cuba blend dalam suasara yang ramai orang memang saya tak selesa.. mungkin sebab kejadian yang selalu berlaku semasa saya kecil lagi.. :(