3 kaedah Membayar & Menguruskan Pinjaman Berunsur Faedah (Riba’)

pinjaman berunsurkan
memilih pinjaman berunsurkan riba? Jangan, ianya membebankan..

Betapa mudahnya kehidupan kita masa kini.

Kurang mampu untuk membeli rumah atau kereta, institusi perbankan dan kewangan sedia memberikan pinjaman.

Sedar tak sedar, 15 tahun selepas pinjaman dibuat, kita masih setia membuat bayaran ansuran bulan demi bulan sedangkan bila dikira semula, jumlah hutang asal sepatutnya sudahpun terlangsai.

Mungkin saat itu, timbul rasa menyesal kerana terpaksa membuat bayaran tambahan yang merupakan bunga atau faedah atau premium atau apa-apa sahaja frasa yang digunakan institusi perbankan dan kewangan kini kerana telah terikat dengan kontrak pinjaman.

Mungkin saat itu, baru anda rasa terbeban dan tertindas dengan jumlah yang kadangkala tinggi mencecah langit.

 

Hutang dalam Islam

Dalam Islam, hutang yang dibenarkan hanyalah pinjaman Al Qard atau turut dikenali dengan nama Al Qardhul Hasan atau pinjaman kebajikan, kepada orang yang sangat memerlukan bantuan tanpa melibatkan bayaran lebih semasa bayaran balik hutang tersebut.

Pinjaman ini baik kerana membantu menyelesaikan masalah kewangan orang lain, bukan untuk mendapatkan keuntungan.

Sebaliknya pula bagi bayaran tambahan yang dikenakan ke atas pinjaman yang dinamakan sebagai riba’ Ad-Duyun jenis Al-Qard, iaitu manfaat tambahan yang disyaratkan oleh pemberi pinjam kepada yang meminjam ke atas pemberian jumlah pinjaman asal.

Faedah atau manfaat ini adalah suatu bentuk riba’ dan hukum riba’ itu haram.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 275 jelas menyatakan “Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’.”

Hadis Rasulullah SAW juga ada menyebut, “Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia adalah riba.”

Ramai yang tahu dengan hukum riba’ sebagai haram namun keliru dengan pengaplikasian hukum ini.

Dalam konteks pinjaman berunsur riba’, mereka menyangka hukum ini hanya sabit pada pemberi pinjam yang mengenakan faedah, sedangkan hakikatnya bagi pihak yang meminjam juga haram hukumnya.

Hal ini kerana yang meminjam dikira bersubahat dan terlibat secara langsung dengan riba’.

Menurut Riwayat Muslim, Rasulullah SAW ada bersabda, “Si pemberi (riba’) dan si pengambil riba’ adalah sama.”

 

Bagaimana pula jika pihak yang meminjam rela membayar bunga kepada pinjaman tersebut?

Jika pihak yang meminjam dengan sukarela menawarkan pembayaran semula dengan nilai tambah, hukum haram turut sabit, kerana hukuman riba’ tergolong dalam kategori hak Allah SWT dan Islam tidak menerima campur tangan redha manusia dengan hukum yang berkaitan dengan hak Allah SWT.

Rasional di sebalik penetapan ini ialah pinjaman sepatutnya menjadi suatu proses yang dibuat secara sukarela atas dasar membantu mereka yang mempunyai keperluan kewangan mendesak.

Jika dikenakan faedah atas pinjaman dalam keadaan terdesak itu, bukankah ianya suatu penindasan yang bersifat sebagai mengeksploitasi kesusahan pihak yang meminjam?

Kita lihat daripada aspek sosial pula, bukankah bantu membantu dalam masyarakat itu sepatutnya bersifat ikhlas hati tanpa mengharapkan balasan?

Jika kita mengamalkan pinjaman berunsur faedah ini, secara tidak langsung kita turut menyokong amalan mengharapkan dan mengenakan balasan apabila membantu orang lain, yang seterusnya bakal menghasilkan masyarakat yang hilang sifat tolong-menolong mereka.

Banyak lagi rasional di sebalik pengharaman riba’ bukan sahaja dalam urusan pinjaman tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan.

pinjaman berunsur

Bagi yang ingin melakukan pinjaman, cuba semampu boleh untuk tidak meletakkan diri anda dalam posisi ditindas, ditekan dan dieksploitasi.

Maknanya, elakkan meminjam daripada pihak yang mengenakan faedah ke atas anda jika anda mempunyai pilihan lain.

 

Bagaimana pula jika kita dalam keadaan yang begitu terdesak dan terpaksa mendapatkan pinjaman wang berdasarkan riba’ kerana tiada pilihan lain?

Sekiranya kita amat memerlukan wang itu untuk perkara yang dibenarkan Syara’ dan kita telah berusaha sehabis daya untuk mendapatkan pinjaman tanpa riba mengikut hukum Syara’ tetapi gagal, maka adalah harus untuk mengambil pinjaman yang berdasarkan riba.

Contohnya, sekiranya seseorang pelajar itu tidak mampu menyambung pelajaran tanpa mengambil pinjaman berunsur faedah dan dia telah berusaha untuk mendapatkan pinjaman tanpa faedah, dia dikira dalam keadaan darurat yang membolehkannya mengambil pinjaman berdasarkan riba’ berkenaan.

Jadi persoalan yang timbul bagi yang telah dan sedang mengambil pinjaman riba ini ialah perlukah faedah yang dikenakan hasil daripada pinjaman ini dilangsaikan memandangkan jelas hukumnya haram?

Jika perkara ini yang menjadi kerisauan anda, bertenanglah kerana Islam itu agama yang syumul, lengkap dan mudah. “Sesungguhnya Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (Al-Baqarah: 286).

 

Terdapat tiga pilihan kaedah menguruskan pinjaman berunsur riba’ bagi pihak yang meminjam, seperti berikut:

Kaedah 1: Batalkan terus pinjaman berunsur riba’ jika mampu.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan (jangan menuntut lagi) saki baki riba’ (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah : 278).

Jelas riba’ itu haram, dan kita dilarang untuk meneruskan pinjaman riba’.

Oleh itu, jika kita mampu dan boleh membatalkan pinjaman sebegini, maka kita wajib membatalkan terus pinjaman berunsurkan faedah tersebut.

 

Kaedah 2: Selesaikan jumlah bayaran pinjaman asal dan batalkan faedah jika mampu.

Jika tiada cara untuk kita membatalkan pinjaman sebegini, kita perlu membayar pinjaman itu semula cukup sekadar jumlah asal pinjaman tanpa membayar faedah yang dikenakan.

Kaedah ini terpakai hanya jika kita mampu menghapuskan liabiliti pembayaran faedah tersebut tanpa sebarang kesan negatif melalui perbincangan dengan pemberi pinjam.

Pinjaman asal itu wajib dibayar namun faedah dikenakan ke atasnya merupakan riba’ yang haram dan perlu dielakkan jika mampu.

 

Kaedah 3: Teruskan pembayaran pinjaman dan faedah jika tidak mampu, batalkan.

Jika tidak mampu untuk mengelakkan diri daripada pinjaman serta pembayaran faedah berkenaan, maka bayarlah pinjaman pada kadar asal termasuk dengan faedah itu sekali.

Syaratnya ialah kita perlu telah mencuba sehabis daya terlebih dahulu untuk mengelakkan diri daripada membuat  pinjaman berunsur riba’.

Setelah itu, bertaubat dan menyesallah atas apa yang kita lakukan.

“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Asy-syuura: 25)

 

Akhir kata, elakkan daripada meminjam atau berhutang.

Walaupun begitu tidak dapat dinafikan keperluan dunia masa kini kadangkala menekan kita untuk melakukan pinjaman, maka pilihlah pinjaman tanpa unsur riba’.

Jika telah atau terpaksa mengambil pinjaman dengan unsur riba’, ketahuilah syarat dan kaedah pembayarannya.

“Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Az-Zumar : 53).

Pada setiap apa yang diharamkan dalam Islam pasti ada kebaikannya dan mencegahkan kita dari sesuatu yang buruk.

Artikel ini dikirimkan oleh  Dg Roziekah Binti Ussin. Penulis seorang mahasiswa Fakulti Undang-Undang UKM. Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

26 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
Azie
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustazah, sekiranya saya masih ada loan kereta dan interest dalam 30% dari hrga kereta… Adakah di katakan riba? Dan sekarang ni saya dalam perancangan ingin membuat rumah dan kami xda duit simpanan dan kos membina rumah dalam 100k…kami xda pilihan selain pinjam dengan bank… Adaka ini di katakan riba? Mohon pencerahan ustazah…terima kasih

Susanti
2 tahun yang lalu

Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan medium ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi pinjaman pinjaman yang sebenarnya mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan kini saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan . Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah menipu jumlah $ 5,500 USD, saya menjadi begitu terdesak untuk mendapatkan pinjaman dari pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami membincangkan perkara itu dan kesimpulan kami menceritakan kisah seorang wanita bernama Puan Rebecca Williams yang merupakan Pengasas / CEO Firma Pinjaman Rebecca Williams. Saya memohon jumlah pinjaman ($ 35,000) dengan kadar faedah yang rendah, ia mudah diluluskan tanpa tekanan dan persediaan dibuat untuk pemindahan dana pinjaman saya ke akaun bank saya dalam masa kurang dari dua (2) hari dan pinjaman itu disimpan ke dalam akaun bank saya. Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah $ 35,000. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan peminjam pinjaman sebenar saya kepada saya yang dapat memberikan keinginan hati saya.

Efendi Queen Lisa
2 tahun yang lalu

saudara-saudara
Saya di sini untuk bersaksi tentang kebaikan Allah dalam hidup saya dan bagaimana saya diselamatkan dari tekanan finansial karena bisnis saya sedang menurun dan keluarga saya dalam keadaan asulit sehingga kami bahkan tidak dapat membayar uang sekolah untuk anak-anak, karena kepahitan mengambil alih hatiku
Suami saya juga menggagalkan karena kami menjalankan bisnis keluarga di (Surabaya, Jawa Timur) dimana kami jadi bingung suami saya mencoba untuk mendapatkana pinjaman dari bank dia menolak pinjaman jadi dia online mencari pinjaman karenaa dia ditipu oleh sone imposters online yang menjanjikan kepadanya pinjaman dan mengatakan harus membayar biaya untuk mendapatkan pinjaman sehingga husbank saya meminjam uang dari teman-temannya untuk membayar biaya maka mereka meminta biaya lagi dengan beberapa alasan dia harus pergi dan meminjam dari saudaranya di (Bekasi) untuk memastikan dia mendapatkan pinjaman setidaknya untuk membi/aayai kebutuhan keluarga dan setelah dia membuat biaya, dia diminta untuk membayar lagi dengan alasan tertentu, hal ini membuat keluarga kelaparan meningkat sehingga kami harus mengumpulkan makanan dari tetangga dekat kami. dan selama berbulan-bulan kami menderita dan bisnis ditutup untuk sementara waktu
Jadi satu sore yang setia sekitar pukul 14:00 tetangga dekat ini menelepon saya dan mengatakan bahwa dia akan mendapatkan pinjaman dari perusahaan pinjaman secara online sehingga jika dia mendapatkan pinjaman, dia akan mengenalkan saya ke per

Lending loanfirm
3 tahun yang lalu

Halo,
Kami mendapat e-mel anda, saya ingin anda tahu bahawa anda dialu-alukan untuk syarikat ini, dan saya juga ingin anda tahu bahawa kami boleh memberi pinjaman kepada anda apa-apa amaun yang anda perlukan sebagai pinjaman, yang perlu anda lakukan adalah untuk anda mengisi permohonan pinjaman bentuk dan dapatkan kembali kepada saya kerana ini adalah langkah pertama mendapatkan pinjaman dari firma ini. Sebelum kita boleh meneruskan urus niaga pinjaman anda, sila ambil perhatian, firma ini ada di sini untuk membantu, dan bukan untuk merobek orang dari masa sukar mereka, bank akan berubah, dan saya juga ingin memberitahu anda bahawa saya memberitahu anda ini, kerana kami bersedia membantu. Saya mahu anda membantu diri anda juga, kerana kami tidak dapat membantu anda atau menjalankan perniagaan dengan anda, jika anda tidak mempercayai firma itu. Anda menasihatkan bahawa sebaik sahaja anda bersetuju dengan firma ini untuk mengisi borang, dan kembali kepada kami.
Terima kasih.

becky
3 tahun yang lalu

Berita Baik kepada semua orang, di sini untuk berkongsi kesaksian mengenai bagaimana saya mendapat pinjaman saya. Baik saya mendapat pinjaman saya minggu lepas dari sebuah syarikat yang terkenal dan setia dan sanggup membantu mana-mana badan. Pada mulanya saya tidak pernah mempercayai syarikat itu dan saya katakan saya harus mengikuti mereka melihat bagaimana ia akan berfungsi, saya terus mengikuti mereka langkah demi langkah setiap perkara menjadi menarik dan baik jadi saya meminta pinjaman dan mereka memberikannya itu seperti mimpi tetapi saya menjadi yakin dan terkejut pada masa yang sama apabila saya mendapat publisiti bank saya. hubungi mereka melalui EMAIL: dragonfinancialboostloans @ gmail. com atau whatsapp + 27621430892 jika anda mahu pinjaman juga ..