Poligami: Bagaimana Jika Tidak Rela Dimadukan & Berkongsi Kasih?

poligami

Bagaimanakah jika suami menyatakan hasrat ingin poligami?

Adakah anda akan menerima keputusan ini dengan redha dan terbuka?

Atau anda tidak rela dimadukan dan berkongsi kasih dengan wanita lain?

Artikel ini akan menjawab persoalan berkaitan hukum poligami bagi suami mengikut situasi tertentu.

Artikel ini adalah dipetik daripada buku Fikah Perkahwinan, tulisan Ustaz Muhamad Fathi Yusof. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada para isteri yang menghadapi masalah sebegini.

Soalan

Saya seorang wanita yang sudah berusia 40 tahun. Anak-anak saya sudah besar panjang.
Ada yang sudah masuk Universiti. Masalahnya ustaz, suami saya tiba-tiba memberitahu saya yang dia hendak berkahwin lagi.
Saya rasa macam dunia sudah hendak kiamat. Saya tidak rela dimadukan dan tidak rela berkongsi kasih. Saya tahu poligami itu harus dalam Islam.
Apa yang terbaik perlu saya lakukan?

Jawapan

Jika ditanya mana-mana isteri, kebanyakkan mereka biasanya akan menyatakan keberatan untuk membenarkan suami mereka berkahwin lain.

Masing-masing tidak berkongsi kasih, atau melihat suaminya sendiri berada disamping wanita lain.

Perasaan cemburu sebegini adalah normal dan semulajadi.

Bahkan ada kisah-kisah yang menggambarkan isteri Rasulullah SAW mempunyai perasaan cemburu antara satu dengan yang lain.

Namun soalnya, bagaimanakah para isteri menghadapi perasaan begini sesuai dengan petunjuk Allah dan bertepatan dengan akhlak Islam?

Dalam situasi para isteri berdepan dengan cabaran poligami ini, mereka perlulah kembali meneguhkan iman dengan meyakini sesungguhnya hukum yang ditetapkan oleh Allah Yang Maha Adil dan Maha Bijaksana itu mempunyai hikmah yang tersendiri.

Pada masa yang sama, para isteri juga perlu menekuni peraturan-peraturan syarie berkaitan dengan poligami agar dapat menyuarakan pandangan mereka dengan bernas tentang hasrat suami untuk berkahwin dengan wanita lain.

Saya mencadangkan agar puan berbincang dengan suami bagi menemui jalan sepakat atau sekurang-kurangnya dapat saling memahami antara satu sama lain.

Perbincangan berkenaan boleh berasaskan isu-isu berikut:

Berasaskan realiti, apakah hukum poligami bagi suami puan sama ada sunat, makruh, harus atau haram?

 

Hukum Poligami: Sunat, Makruh & Haram

Benar, seperti yang puan sebutkan, poligami pada asalnya adalah sesuatu yang diharuskan dalam Islam.

Suami dibenarkan memiliki empat orang isteri.

Kebenaran ini disebut secara nyata dalam al-Quran:

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Surah al-Nisa ayat 3

Hukum asal ini tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.

Namun, hukum ini berbeza-beza bagi setiap individu dan boleh berubah mengikut situasi.

Contohnya, bagi suami yang mampu berlaku adil, dan memerlukan wanita yang dapat memenuhi keperluan semulajadi, serta bagi mengelakkan maksiat, sedangkan isterinya tidak mampu memenuhinya, maka hukumnya adalah sunat.

Begitu juga bagi suami yang mampu bersikap adil dan inginkan anak sedangkan isteri yang ada sakit atau mandul.

Sebaliknya, jika seorang suami itu berhasrat untuk berpoligami semata-mata ingin berseronok dan dia sendiri ragu-ragu sama ada boleh berlaku adil atau tidak kepada isteri-isterinya, maka hukumnya berubah menjadi makruh.

Bahkan hukum poligami boleh berubah menjadi haram dalam keadaan tertentu, seperti jika seorang suami yakin tidak yakin boleh bersikap adil terutamanya jika  dalam keadaan sebelum poligami pun dia sudah mengabaikan tanggungjawab asasinya sebagai suami.

Persoalan Yang Kedua Adalah Tentang Kemampuan Suami Berlaku Adil Kepada Isteri-Isteri.

Islam tidak memaksa keseimbangan atau keadilan dari segi perasaan kerana perasaan adalah sesuatu yang tidak zahir, tidak boleh diukur dan tidak mampu dikawal.

Keadilan yang dimaksudkan ialah keadilan dari sudut nafkah, tempat tinggal, tempat tidur dan pergaulan yang baik.

Jika suami tidak mampu berlaku adil, dan poligaminya termasuk dalam kategori makruh atau haram, maka isteri berhak untuk bersuara bagi memintanya membatalkan hasrat berkenaan.

Isteri perlu bersuara bagi mengelakkan berlakunya kezaliman dan kemungkaran.

Allah berfirman:

Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Surah al-nisa ayat 3

Undang-undang pentadbiran keluarga Islam di Malaysia memberikan ruang kepada Isteri untuk memberikan pandangannya melalui kaedah-kaedah berbeza mengikut negeri.

Namun begitu, lebih baik perkara ini diselesaikan melalui rundingan sama ada melalui suami dan isteri, atau boleh juga melibatkan ahli keluarga yang dihormati, yang dapat menjadi pendamai antara dua pihak.

Sebaliknya, jika suami yakin boleh berlaku adil dan sememangnya dia mampu serta termasuk dalam kategori harus atau sunat melakukan poligami, maka puan perlulah bersedia menerima hasrat berkenaan.

Penutup: Setiap ketentuan Allah pasti ada hikmah yang tersendiri.

Sesuatu yang kita rasakan mendatangkan keburukan, kadangkala mendatangkan kebaikan disisi Allah.

InsyaaAllah, ketabahan para isteri menerima hasrat suami ini akan dikira sebagai satu pengorbanan besar yang pastinya mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Bahkan inilah sebenarnya peluang para isteri untuk bermuhasabah dan meningkatkan lagi kecintaan kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

11 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nurul
Nurul
2 tahun yang lalu

Jika seorang lelaki tahu bahawa dirinya tidak mampu berlaku adil dan dia juga tidak mampu dari segi kewangan, Apakah hukum poligami dalam keadaan seperti berikut, adakah Ianya sunat, makruh atau haram ?
Sekiranya haram Apakah status pernikahan mereka ? Masih sah atau tidak sah

Nurul
Nurul
2 tahun yang lalu

Adakah dalam quran membenarkan seorang suami menyakitkan hati isterinya. Adakah berdosa sekiranya seorang isteri meluahkan perasaan dia atas kekecewaan yang diberi oleh suaminya. Sebab apa saya tanya soalan ini, apabila seorang isteri meluahkan perasaan kekecewaan dia pada suami nya, suami tersebut kata “Kamu tidak patut cakap begini pada seorang suami dan itu adalah doa dan kamu tidak akan cium bau syurga”. Sedangkan dia yang menyakitkan hati isterinya dan isteri tersebut tidak boleh meluahkan perasaan dia. Apakah wanita tidak perlu ada perasaan. Dan Apakah suami itu betul?

Nurul
Nurul
2 tahun yang lalu

Kalau seorang lelaki berkahwin kali kedua tanpa kerelaan isteri pertama bukan perkara itu menyakitkan isterinya. Adakah dalam Islam membenarkah seorang suami menyakitkan isterinya Dengan perbuatan seperti ini.

Nurul
Nurul
2 tahun yang lalu

Assalammualaikum. Saya ada 3 soalan

1. Seorang suami yang warganegara lain, dia berkahwin Dengan seorang wanita Malaysia yang berstatus cerai dan mempunyai 4 orang anak. Soalan disini, sebelum berkahwin suami bersetuju untuk menjaga anak anak tirinya tetapi selepas kahwin tidak suka pada mereka Dengan alasan tidak serasi Dengan Cara hidup dia. Dan meminta isteri untuk menjauhkan anak anaknya. Apakah isteri disini wajib taat pada suami atau menjaga Hak dirinya sebagai seorang Ibu. Dengan situasi ini Kalau seorang isteri enggan untuk turut permintaan suami Adakah itu dosa?

2. Cerita disambung begini. Lelaki itu juga tidak Mahu untuk memperkenalkan isteri nya kepada ahli keluarganya Dengan alasan ahli keluarga dia tak akan Terima isteri nya. Dan dia juga tak nak orang lain memandang rendah terhadap isterinya, kerana wanita itu telah bercerai dan mempunyai anak. Bagi lelaki itu Katanya tidak ada masalah cuma tak nak orang lain pandang rendah pada isterinya. Dan lelaki tersebut juga bergelar dirinya masih bujang hanya pada ahli keluarga dia sahaja. Antara ahli keluarga isteri memang tahu mereka adalah suami isteri. Apakah hukum hubungan antara suami isteri tersebut. Dan Apakah perlu isteri tersebut buat Dengan keadaan seperti ini.

3. Sambung dari cerita atas. Dengan bergelar dirinya masih bujang, lelaki tersebut telah berkahwin Dengan wanita lain di Negara dia. Yang dia kahwin itu adalah wanita saudara dia. Dan perkahwinan tersebut tanpa pengetahuan isterinya pertamanya. Dan apabila isteri dia dapat tahu tentang perkahwinan keduanya, suami jawap dia kahwin atas situasi yang terdesak. Kerana ada masalah dalam keluarganya dan wanita tersebut telah hilang tempat tinggal. Dan lelaki ini Ingin mempertahankan wanita tersebut Dengan membenarkan tinggal bersamanya. Dan dia mengatakan bahawa berdosa sekiranya tinggal berduaan tanpa ikatan yang sah, jadi dia tak ada pilihan lain dan Bernikah Dengan wanita itu. Dengan ini suami juga berkata dia juga boleh berkahwin sehingga 4, dan tidak perlu meminta izin atau memberitahu kepada isteri pertamanya. Sebab tiada didalam quran seperti itu. Apabila isteri pertama ingin bersuara, suaminya meminta isteri pertama dia untuk merahsiakan hubungan dia dan isteri pertama dia dari isteri keduanya. Apabila isteri pertama meminta melepaskan dia, suami kata dia sayang dengan isterinya dan dia tidak akan melepaskan isterinya walau apa pun terjadi. Soalannya, Patut ke isteri pertama wajib taat pada suaminya dalam keadaan begini dan merahsiakan hubungan dia Dengan suaminya dari isteri kedua. Dan bukankah itu Satu Dosa kerana memperbodohkan seorang wanita. Dan adakah nikah yang kedua suaminya sah atas alasan yang dibagi. Dan dalam kes ini Dengan terangnya tahu yang suami tidak akan berlaku Adil pada isterinya. Apakah tindakan yang perlu di ambil oleh isteri pertama.

Fazenne
Fazenne
2 tahun yang lalu

Suami mampu & cukup syarat utk berpoligami. Adakah termasuk yg dibenarkan syara’ isteri yg meminta cerai kerana hatinya x mampu menerima dimadukan? Atau ia termasuk kategori tidak mencium bau syurga?

Fazenne
Fazenne
2 tahun yang lalu

Suami mampu & cukup syarat utk berpoligami. Adakah termasuk yg dibenarkan syara’ isteri yg meminta cerai kerana hatinya x mampu menerima dimadukan? Atau ia termasuk kategori tidak mencium bau syurga?

Fazenne
Fazenne
2 tahun yang lalu

Suami mampu & cukup syarat utk berpoligami. Adakah termasuk yg dibenarkan syara’ isteri yg meminta cerai kerana hatinya x mampu menerima dimadukan? Atau ia termasuk kategori tidak mencium bau syurga?

Fazenne
Fazenne
2 tahun yang lalu

Suami mampu & cukup syarat utk berpoligami. Adakah termasuk yg dibenarkan syara’ isteri yg meminta cerai kerana hatinya x mampu menerima dimadukan? Atau ia termasuk kategori tidak mencium bau syurga?

Fazenne
Fazenne
2 tahun yang lalu

Suami mampu & cukup syarat utk berpoligami. Adakah termasuk yg dibenarkan syara’ isteri yg meminta cerai kerana hatinya x mampu menerima dimadukan? Atau ia termasuk kategori tidak mencium bau syurga?

Aslilah
Aslilah
4 tahun yang lalu

Apakah anggaran nafkah bagi seoran isteri dan 3 org anak.bil utiliti siapa patut bayar…ansuran rumah….dan adakah belanja barang dapor dikira nafkah isteri