BACAAN ZIKIR PAGI & PETANG RUMI (Panduan Lengkap)

Zikir Pagi Dan Petang

Ini adalah panduan bacaan zikir pagi dan petang.

Bacaan zikir ini disusun secara teratur dan lengkap bagi memudahkan para pembaca mengikutinya.

Apa yang penting:

Zikir ini adalah sahih dari Nabi SAW. Setiap sanad hadis dan sumber dicatatkan di bawah setiap zikir yang dinyatakan untuk pembaca membuat rujukan lanjut.

Semoga panduan ini membantu anda.

Pengenalan

zikir pagi

Bagi seorang muslim, tidak seharusnya masa kita berlalu dengan begitu sahaja.

Maka dikala pagi dan petang sentiasalah bertasbih, beristigfar, bertahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma’thur (berasal daripada Nabi SAW).

Jiwa yang tenang lagi tenteram pasti hadir apabila kita mengingati Allah.

Kelebihan Mengamalkan Zikir

Antara kelebihan-kelebihan zikir adalah:

  1. Dimulakan dengan “aku berlindung dengan Allah yang maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk” (menunjukkan setiap jiwa kita mesti menyerahkan diri kepadaNya sebelum melakukan aktiviti dan berusaha menghindarkan diri dari sesuatu yang boleh menyesatkan dari mengingati Allah.
  2. Memuji kebesaran Allah dengan bertasbih
  3. Mensyukuri dan mengakui segala nikmat pemberianNya.
  4. Menghindari diri dari Syirik (yang disedari atau tidak)
  5. Berlindung dari kejahatan makhluk dan memohon keampunan Allah.
  6. menghindari dan melindungi diri dari sifat sedih dan gelisah, lemah diri dan pemalas, pengecut dan bakhil, serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
  7. Memohon dilimpahkan kesihatan yang baik (termasuk tubuh badan, pendengaran dan penglihatan).
  8. Mohon dihindari daripada kekafiran dan kemiskinan (kefakiran) serta dari azab kubur.

Bacaan Zikir Waktu Pagi

Bilakah waktu membaca zikir di pagi hari?

Zikir di waktu pagi sangat digalakkan dibaca saat masuk waktu Subuh hingga matahari terbit.

Namun, ia juga boleh dibaca sampai matahari akan condong ke barat (menghampiri waktu Zuhur).

Tiada penetapan untuk mengikut aliran susunan, boleh dibaca sebahagian atau mengambil salah satu ayat.

1
Bacaan Zikir Pagi

A ‘uudzu billaahi minasy syaithoonir rajiim.

Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.’

Nota

Bangun di waktu pagi memiliki banyak kelebihan. Antaranya adalah:

  • Membuka pintu rezeki (HR. Muslim)
  • Didoakan malaikat (HR. Bukhari)
  • Mendapat berkat dari Allah (HR. Tirmidzi)
  • Dimudahkan masuk syurga (HR. Bukhari)
  • Mendapatkan perlindungan dari Allah (HR. Muslim)
  • Mendapatkan kebahagiaan (QS. Thaha ayat 130)

2
Bacaan Zikir Pagi

Allaahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum, laa ta’ khudzuhuu sinatuw wa laa nauum, lahuu maa fis-samaawaati wa maa fil-ardh, man dzalladzii yasyfa’u ‘indahuu illaa bi-idznih, ya’lamu maa baina aidii-him wa maa khalfahum, wa laa yuhiithuuna bisyai-im min ‘ilmihii illaa bimaa syaa’, wasi’a kursiyyuhus samaawaati wal-ardh, wa laa ya-uuduhuu hifzhuhu-maa, wa huwal ‘aliyyul ‘azhiim.

(Dibaca 1x)

“Allah, tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisiNya tanpa izinNya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha tinggi lagi Maha Besar.” (QS. Al-Baqarah: 255)

Nota

Rasulullah ﷺ bersabda, “Siapa yang me membacanya ketika petang, maka dia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang.” (HR. AI Hakim, 1: 562)


3
Bacaan Zikir Pagi

Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yūlad. Wa lam yakul lahū kufuwan aḥad

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.


4
Bacaan Zikir Pagi

Asbahnaa wa ash-bahal mulku lillaahi walhamdulillah, laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai-in qadiir. Rabbi as-aluka khaira maa fii haadzal yaumi wa khaira maa ba’dahu, wa a’uudzu bika min syarri maa fii haadzal yaumi wa syarri maa ba’dahu. Rabbi a’uudzu bika minal kasali wa suu-il kibari. Rabbi a’uudzu bika min ‘adzaabin fin naari wa ‘adzaabin fil qabri.

(Dibaca 1x)

Kami telah memasuki waktu pagi dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak ada Ilah (yang berhak disembah) kecuali Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Milik Allah kerajaan dan bagi-Nya pujian. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu. Wahai Rabbku, aku mohon kepada-Mu kebaikan di hari ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Rabbku, aku berlindung kepadaMu dari kemalasan dan kejelekan di hari tua. Wahai Rabbku, aku berlindung kepada-Mu dari siksaan di neraka dan siksaan di alam kubur.”

Nota

Zikir ini dibaca satu kali setiap pagi hari. Kita meminta agar Allah Ta’ala memberikan kebaikan dalam hari ini, digiatkan dalam berbuat amal kebaikan, dan terhindar dari keburukan. (HR. Muslim no. 2.723)


5

Allaahumma bika ash-bahnaa wa bika amsai-naa wa bika nahyaa wa bika namuutu wa ilaikan nusyuur.

(Dibaca 1x)

Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang. Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup, dan dengan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu kebangkitan (bagi semua makhluk).

Nota

Zikir ini dibaca sebanyak satu kali setiap pagi agar sepanjang hari kita mendapat pertolongan dari Allah Ta’ala.


6
Bacaan Zikir Pagi

Allaahumma anta rabbi la ilaaha illaa anta, khalaq-tanii wa anaa ‘abduka wa anaa ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatha’tu. A’uudzu bika min syarri maa shana’tu. Abuu-u laka bi ni’matika ‘alayya wa abuu-u bi dzam-bi. Fagh-firlii fa-innahu laa yaghfirudz dzunuuba illaa anta.

(Dibaca 1 x)

Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku pada-Mu (iaitu aku akan mentauhidkan-Mu) semampuku dan aku yakin akan janjiMu (berupa syurga untukku). Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”

Nota

Zikir ini dibaca sebanyak satu kali. Barang siapa yang mengucapkan zikir ini di siang hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu dia mati pada hari tersebut sebelum petang hari, maka dia termasuk penghuni syurga. Sedangkan bagi mereka yang mengucapkannya di malam hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu dia mati sebelum pagi, maka ia termasuk penghuni syurga. (HR. Bukhari no. 6.306)


7
Bacaan Zikir Pagi

Allaahumma innii ash-bahtu usy-hiduka wa usy-hidu hamalata ‘arsyika, wa malaa-ikataka wa jamii’a khalqika, annaka antallaahu laa ilaaha illaa anta wahdaka laa syariika lak, wa anna Muhammadan ‘abduka wa rasuuluk.

(Dibaca 4x)

Ya Allah, sesungguhnya aku di waktu pagi ini mempersaksikan Engkau, malaikat yang memikul ‘Arys-Mu, malaikat-malaikat dan seluruh makhluk-Mu, bahawa
sesungguhnya Engkau adalah Allah, tiada Ilah yang berhak disembah kecuali Engkau semata, tiada sekutu bagi-Mu dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Mu.”

Nota

Jika kita mengucapkan zikir ini ketika pagi dan petang hari sebanyak empat kali, maka Allah Ta’ala akan membebaskan kita dari siksa neraka. (HR. Abu Daud no. 5.069)


8

Allaahumma innii as-alukal ‘afwa wal ‘aafiyata fid dunyaa wal aakhirah. Allaahumma innii as-alukal afwa wal ‘aafiyata fii diinii wa dun-yaaya wa ahlii wa maalii. Allaahumas-tur ‘awraatii wa aamin raw aatii. Allaahummahfazh-nii mim bayni yadayya wa min khalfii wa ‘an yamiinii wa ‘an syimaalii wa min fawqii, wa a’ uudzu bi ‘azhamatika an ughtaala min tahtii.

(Dibaca 1x)

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam
agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari muka, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu, agar aku tidak disambar dari bawahku (oleh ular atau tenggelam dalam bumi dan lain-lain yang membuat aku jatuh).

Nota

Zikir ini diamalkan oleh Rasulullah ﷺ dan beliau tidak pernah lupa
membacanya setiap pagi dan petang hari. Makna doa adalah untuk perlindungan dan keselamatan pada agama, dunia, keluarga, dan harta dari berbagai macam gangguan yang datang dari berbagai arah. (HR. Abu Daud no. 5.074)


9
Bacaan Zikir Pagi

Allaahumma ‘aalimal ghaibi wasy syahaadati faathiras samaawaati wal ardh. Rabba kulli syai-in wa maliikah. Asyhadu allaa ilaaha illaa anta. A uudzu bika min syarri nafsii wa min syarrisy syaythaani wa syirkihi, wa an aqtarifa ‘alaa nafsii suu-an aw ajurrahu ilaa muslim.

(Dibaca 1x)

“Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang gaib dan yang nyata, wahai Rabb Pencipta langit dan bumi, Rabb segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersaksi bahawa
tidak ada llah yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, syaitan dan bala tentaranya (godaan untuk berbuat syirik
pada Allah), dan aku (berlindung kepada-Mu) dari berbuat kejelekan terhadap diriku atau menyeretnya kepada seorang muslim.”


10
Bacaan Zikir Pagi

Bismillaahil-ladzii la yadhurru ma’asmihi syai-un fil ardhi wa laa fis samaa-i wa huwas samii’ ul ‘aliim.

(Dibaca 3x)

“Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Nota

Sesiapa yang mengucapkan zikir ini sebanyak tiga kali di pagi hari dan tiga kali di petang hari, maka tidak akan ada bahaya yang tiba-tiba dapat memudaratkannya. (HR. Abu Daud no. 5.088)


11
Bacaan Zikir Pagi

Radhiitu billaahi rabbaa wa bil-islaami diinaa, wa bi- muhammadin shallallaahu ‘alaihi wa sallama nabiyya.

(Dibaca 3x)

Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad ﷺ sebagai nabi.”


12
Bacaan Zikir Pagi

Yaa Hayyu yaa Qayyum, bi-rahmatika as-taghiitsu wa ash-lih lii sya’ nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsii tharfata ‘ainin abadan.

(Dibaca 1x)

“Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri (tidak memerlukan segala sesuatu), dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekelip mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu).”

Nota

Fatimah adalah puteri kesayangan Rasulullah. Siapa yang menyayangi Fatimah, bererti dia menyayangi Rasululullah. Sebaliknya, siapa yang menyakiti Fatimah, maka ia telah menyakiti Rasulullah juga. Rasulullah meninggalkan banyak wasiat kepada Fatimah, salah satunya adalah zikir ini. Nabi ﷺ mengajarkan Fatimah supaya mengamalkannya di pagi dan petang sebanyak satu kali. (HR. Ibnu As-Sunni)


13
Bacaan Zikir Pagi

As-bahnaa ‘alaa fithratil islaami wa ‘alaa kalimatil ikhlaasi, wa ‘alaa diini nabiyyinaa Muhammadin sollallaahu ‘alaihi wa sallam, wa ‘alaa millati abiina Ibraahiima haniifam muslimaw wa maa kaana minal musyrikiin.

(Dibaca 1x di pagi hari saja).

“Di waktu pagi kami memegang agama Islam, kalimat ikhlas (kalimat syahadat), agama Nabi kami Muhammad ﷺ, dan agama bapa kami Ibrahim, yang berdiri di atas jalan yang lurus, muslim dan tidak tergolong orang-orang musyrik.” (HR. Ahmad, 3: 406)


14
Bacaan Zikir Pagi

Subhaanallaahi wa bi-hamdih.

(Dibaca 100x)

“Mahasuci Allah, aku memuji-Nya.”

Nota

Barang siapa yang mengucapkan kalimat ‘subhanallah wa bi hamdih’ di pagi dan petang hari sebanyak 100 kali, maka tidak ada yang datang pada hari kiamat yang lebih baik dari apa yang ia lakukan. Jadi, zikir ini sangat baik sekali dan disukai oleh Allah Ta’ala. (HR. Muslim no. 2.692)


15
Bacaan Zikir Pagi

Laa ilaaha illallaah wahdahu laa syariika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai-in qadiir.

(Dibaca 10x)

Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dia-lah yang berkuasa atas segala
sesuatu.

Nota

Jika kita membaca zikir di atas pada pagi hari sebanyak sepuluh kali, maka Allah Ta’ala akan mencatatkan bagi kita sebanyak 10 kebaikan, menghapuskan 10 kesalahan, serta mendapatkan kebaikan seperti memerdekakan 10 hamba. Allah Ta’ala juga akan melindungi kita dari gangguan syaitan hingga masuk petang hari. (HR. An-Nasai Al-Kubra 6: 10)


16
Bacaan Zikir Pagi

Subhaanallahi wa bi-hamdihi ‘adada khalqihi wa ri-dhaa nafsihi wa zinata ‘arsyihi wa midaada kalimaatih.

(Dibaca 3x di waktu pagi)

“Mahasuci Allah, aku memuji-Nya sebanyak makhluk-Nya, sejauh kerelaan-Nya, seberat timbangan Arsy-Nya, dan sebanyak tinta tulisan kalimat-Nya.”

Nota

Suatu hari, Rasulullah ﷺ menemui Juwairiyah yang tengah berzikir. Lalu Rasulullah mengatakan bahawa zikir di atas telah mengalahkan zikir yang dibaca oleh Juwairiyah dari selepas Subuh sampai waktu Dhuha. (HR. Muslim no. 2726)


17
Bacaan Zikir Pagi

Allaahumma innii as-aluka ‘ilman naafi’aa, wa rizqan thayyibaa, wa ‘amalan mutaqabbalaa.

— Dibaca 1x setelah salam dari solat Subuh

Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezeki yang halal dan amal yang diterima (di sisi-Mu dan mendapatkan ganjaran yang baik). ” (HR. Ibnu Majah no. 925)


18
Bacaan Zikir Pagi

Astaghfirullaah wa atuubu ilaih.

“Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.” (Dibaca 100x dalam sehari)

(HR. Bukhari no. 6.307)

Bacaan Zikir Waktu Petang

bacaan zikir waktu petang cover

Bilakah waktu zikir petang?

Zikir di waktu petang dimulai dari tenggelamnya matahari dan berakhir hingga waktu terakhir solat Isyak, iaitu pertengahan malam.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Ta’ala dalam firman-Nya,

Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh, dan bagi-Nya-lah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan di waktu kamu berada di waktu Zuhur.

(QS. Ruum: 17-18)
1
bacaan zikir waktu petang

A ‘uudzu billaahi minasy syaithoonir rajiim.

Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.’


2
bacaan zikir waktu petang

Allaahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum, laa ta’ khudzuhuu sinatuw wa laa nauum, lahuu maa fis-samaawaati wa maa fil-ardh, man dzalladzii yasyfa’u ‘indahuu illaa bi-idznih, ya’lamu maa baina aidii-him wa maa khalfahum, wa laa yuhiithuuna bisyai-im min ‘ilmihii illaa bimaa syaa’, wasi’a kursiyyuhus samaawaati wal-ardh, wa laa ya-uuduhuu hifzhuhu-maa, wa huwal ‘aliyyul ‘azhiim.

(Dibaca 1x)

“Allah, tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisiNya tanpa izinNya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha tinggi lagi Maha Besar.” (QS. Al-Baqarah: 255)

Nota

Rasulullah ﷺ bersabda, “Siapa yang me membacanya ketika petang, maka dia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang.” (HR. AI Hakim, 1: 562)


3
Bacaan Zikir Pagi

Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yūlad. Wa lam yakul lahū kufuwan aḥad

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.


4
bacaan zikir waktu petang

Allahumma bika amsaynaa wa bika ash-bahnaa wa bika nahyaa wa bika namuutu wa ilaikal mashiir.

(Dibaca 1 kali)

Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang, dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi. Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup, dan dengan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu tempat kembali (bagi semua makhluk) (HR. Tirmidzi)


5
bacaan zikir waktu petang

Allaahumma anta rabbi la ilaaha illaa anta, khalaq-tanii wa anaa ‘abduka wa anaa ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatha’tu. A’uudzu bika min syarri maa shana’tu. Abuu-u laka bi ni’matika ‘alayya wa abuu-u bi dzam-bi. Fagh-firlii fa-innahu laa yaghfirudz dzunuuba illaa anta.

(Dibaca 1 x)

Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku pada-Mu (iaitu aku akan mentauhidkan-Mu) semampuku dan aku yakin akan janjiMu (berupa syurga untukku). Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”

Nota

Zikir ini dibaca sebanyak satu kali. Barang siapa yang mengucapkan zikir ini di siang hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu dia mati pada hari tersebut sebelum petang hari, maka dia termasuk penghuni syurga. Sedangkan bagi mereka yang mengucapkannya di malam hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu dia mati sebelum pagi, maka ia termasuk penghuni syurga. (HR. Bukhari no. 6.306)


6

Allahumma inni amsaytu usy-hiduka wa usy-hidu hamalata ‘arsyika wa malaa-ikatak wa jami’a kholqik, annaka antallahu laa ilaha illa anta wahdaka laa syariika lak, wa anna Muhammadan ‘abduka wa rosuuluk.

(Dibaca 4 Kali)

Ya Allah, sesungguhnya aku di waktu petang ini mempersaksikan Engkau, malaikat yang memikul Arasys-Mu, malaikat-malaikat dan seluruh makhluk-Mu, bahawa sesungguhnya Engkau adalah Allah, tiada Ilah yang berhak disembah kecuali Engkau semata, tiada sekutu bagi-Mu dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Mu.”

Nota

Jika kita mengucapkan zikir ini di pagi dan petang hari sebanyak empat kali, maka Allah Ta’ala akan membebaskan kita dari siksaan api neraka. (HR. Abu Daud no. 5.069)


7

Allahumma innii as-alukal ‘afwa wal ‘aafiyah fid dunyaa wal aakhiroh. Allahumma innii as-alukal ‘afwa wal ‘aafiyah fii diinii wa dun-yaaya wa ahlii wa maalii. Allahumas-tur ‘awrootii wa aamin row’aatii. Allahummahfazh-nii mim bayni yadayya wa min kholfii wa ‘an yamiinii wa ‘an syimaalii wa min fawqii wa a’udzu bi ‘azhomatik an ugh-taala min tahtii.

(Dibaca 1 Kali)

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari muka, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu, agar aku tidak disambar dari bawahku (oleh ular atau tenggelam dalam bumi dan lain-lain yang membuat aku jatuh).


8
bacaan zikir waktu petang

Allahumma ‘aalimal ghoybi wasy-syahaadah faathiros samaawaati wal ardh. Robba kulli syai-in wa maliikah. Asyhadu alla ilaha illa anta. A’udzu bika min syarri nafsii wa min syarrisy-syaythooni wa syirkihi, wa an aqtarifa ‘alaa nafsii suu-an aw ajurrohu ilaa muslim.

(Dibaca 1 Kali)

Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, wahai Rabb Pencipta langit dan bumi, Rabb segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Ila yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, syaitan dan bala tentaranya (godaan untuk berbuat syirik pada Allah), dan aku (berlindung kepada-Mu) dari berbuat keburukan terhadap diriku atau menyeretnya kepada seorang muslim.

Nota

Doa ini diajarkan oleh Rasulullah pada sahabatnya, iaitu Abu Bakar Ash-Shiddiq, agar diamalkan dan dibaca pada pagi, petang, dan saat akan tidur. (HR. Tirmidzi no. 3.392)


9
bacaan zikir waktu petang

Bismillahilladzi laa yadhurru ma’asmihi syai-un fil ardhi wa laa fis samaa’ wa huwas samii’ul ‘aliim.

(Dibaca 3 Kali)

Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Nota

Dengan mengucapkan zikir ini sebanyak tiga kali di pagi hari dan petang hari, insya Allah kita akan terlindungi. (HR. Abu Daud no. 5.088)


10

Rodhiitu billaahi robbaa wa bil-islaami diinaa, wa bi-muhammadin shallallaahu ‘alaihi wa sallama nabiyyaa.

(Dibaca 3 Kali)

Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabi.” 


11

Yaa Hayyu yaa Qayyum, bi-rahmatika as-taghiitsu wa ash-lih lii sya’ nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsii tharfata ‘ainin abadan.

(Dibaca 1x)

Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri (tidak memerlukan segala sesuatu), dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekelip mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu).


12

Subhanallah wa bi-hamdih.

(Dibaca 100 Kali)

Maha suci Allah, aku memuji-Nya.

Nota

Barangsiapa yang mengucapkan kalimat ‘subhanallah wa bi hamdih’ di pagi dan petang hari sebanyak 100 x, maka tidak ada yang datang pada hari kiamat yang lebih baik dari yang ia lakukan kecuali orang yang mengucapkan semisal atau lebih dari itu.


13

Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qodiir.

(Dibaca 10 x)

Tidak ada ilah yang berhak disembah selain Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu.

Nota

Jika kita membaca zikir di atas pada pagi hari sebanyak sepuluh kali, maka Allah Ta’ala akan mencatatkan bagi kita sebanyak 10 kebaikan, menghapuskan 10 kesalahan, serta mendapatkan kebaikan seperti memerdekakan 10 hamba. Allah Ta’ala juga akan melindungi kita dari gangguan syaitan hingga masuk petang hari. (HR. An-Nasai Al-Kubra 6: 10)


14

A’Uudzu bikalimaatillahit-taammaati min syarri maa kholaq.

(Dibaca 3 kali pada waktu petang)

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya.

Nota

Binatang berbisa pada umumnya adalah haiwan nocturnal, iaitu aktif di waktu malam, seperti kala jengking, lipan, dan sebagainya. Sehingga binatang-binatang ini mulai banyak keluar di petang hari. Jika kita membaca doa ini di waktu petang, maka tidak ada racun atau binatang yang dapat memudaratkan kita di malam itu. (HR. Ahmad 2: 290)

Zikir Harian Imam Al Ghazali

zikir harian

Menurut Kitab Ihya’ Ulumuddin, sesiapa yang istiqamah mengamalkan wirid harian Imam Al-Ghazali ini, InsyaAllah diberkati hidupnya dan dikekalkan hidayah dan taufiq serta mati dalam imam

Lihat Panduan Ini

Al Mathurat Kubra & Sugra

al-mathurat

Apakah itu al-Mathurat?

Al-Ma’thurat berasal daripada perkataan Arab iaitu “ma’thur”

Al-Ma’thurat merupakan satu himpunan zikir dan wirid yang diambil daripada Rasulullah SAW, yang disusun oleh Imam Hassan Al Banna.

Al-Mathurat ini disediakan secara dua versi iaitu al-Mathurat Sughra (ringkas) & Kubra (lengkap). Anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.

Pada kebiasaannya, bacaan al-Mathurat dibaca 2 kali sehari, iaitu:

  • Pada sebelah pagi (kebiasannnya dibaca selepas Solat Subuh)
  • Sebelah petang (kebiasaannya dibaca selepas Solat Asar).

Anda boleh merujuk bacaan Al Mathurat pada pautan ini:

Perbezaan Zikir Dan Doa

doa selepas solat 1

Zikir ialah bacaan yang melibatkan tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah) dan tahlil (Laa ila haa illaallah) dan takbir (Allahu Akbar).

Bacaan-bacaan ini selalunya kita jadikan wirid selepas solat fardu lima waktu dan juga zikir dalam sunat Aidilfitri dan Aidiladha.

Zikir juga boleh dibaca pada bila-bila masa terluang, dalam waktu pagi dan petang, siang atau malam – sebagai tanda kita sentiasa mengingati Allah dan kebesaranNya. 

Doa pula ialah suatu penyataan hasrat hati individu muslim memohon pertolongan, ampun, perlindungan dan restu Allah SWT dalam hal-hal berkaitan kehidupannya di dunia dan Akhirat.

Semoga panduan zikir ini telah memberi kebaikan kepada anda semua.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

10 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Khairul
Khairul
11 bulan yang lalu

assalamualaikum , terima kasih atas segala informasi yang diberikan dari website ini, sangat2 membantu saya untuk kembali ke landasan yg benar, moga Allah sentiasa memberkati tuan sekeluarga dan sentiasa berada dalam rahmat Nya amin.

Anizz
Anizz
1 tahun yang lalu

Terima kasih atas artikel yg bermanfaat ini ..

Ellyna
Ellyna
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum Admin,

Zikir no. 5 ada bahagian tulisan Arabic yang tertinggal. Bahagian ruminya lengkap. Mohon saudara admin perbetulkan. Terima kasih atas usaha admin berkongsi ilmu yang bermanfaat.

Ashadi bin mat sidi
Ashadi bin mat sidi
2 tahun yang lalu

Asslmmkm saudara… Semoga Allah memberikan kmu pahala yang tidak mampu dibayangkan oleh semua manusia d muka bumi ini atas perjuangan saudara tentang islam , hukum , surah2 , wirid , zikir , tentang segala jenis amalan sunat dan lain2…. Terima kasih…
Dan lagi satu , saya mohon saudaraku ini menghalalkan segala ilmu islam yg terdapat pada “AkuIslam” yang manaaa ada diantaranya yang baru saya tahu akannya , saya mohon harap sadaraku admin tidak keberatan untuk menghalalkan ilmu Allah ini keatas saya dunia akhirat… Halalkan keatas saya ya saudaraku….

Wan Ruzli Muzaffar
Wan Ruzli Muzaffar
2 tahun yang lalu

Salam Admin, zikir no 8 waktu pagi ada tertinggal satu verse mengenai mohon perlindungan aurat. (bhgn tulisan Arabic)
Zikir yg sama untuk waktu petang adalah betul. Mohon diperbetulkan. Terima kasih.