SELAWAT TAFRIJIYAH Rumi

Ini adalah bacaan ringkas Selawat Tafrijiyah rumi (transliterasi).

Panduan ini disediakan secara tersusun untuk membantu anda mengamalkan dan menghafal selawat ini dengan mudah.

Jika ini adalah panduan yang anda perlu, mari kita mulakan..

Lafaz Selawat Tafrijiyah

Berbagai-bagai jenis selawat telah dinukilkan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat.

Ia telah menjadi amalan para solihin, alim ulama serta orang-orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah dan RasulNya.

Antaranya adalah Selawat Tafrijiyah.

Selawat “Tafrijiyah” yang juga disebut Selawat Nariyah ertinya terbuka sehingga menjadi lapang.

Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.

Lafaz selawat ini adalah seperti berikut:

selawat tafrijiyyah
YouTube video

Selawat Tafrijiyah Dalam Rumi

Allahumma solli solatan kamilatan

Wasalim sallaman taammaa

A’laa saidina muhammadinil lazi

tanhallubihil u’kadu

Watanfariju bihil kurobu

Watukdho bihil hawa iju

Watunaalu bihirro gha’ ib-u

Wahusnu khawaa timi

Wayustasqhol ghomaamu

biwajhihil karim

Wa ala alihi wasah bihi

fi kulli lamhatim wanafasim

Bi’ adadi kulli mak’lu mim lakh.

Maksud Selawat Tafrijiyah

Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia.

(Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang diketahui olehMu.

Kelebihan Selawat

Terdapat beberapa kelebihan selawat, antaranya:

  1. Selawat merupakan salah satu amalan paling utama.
  2. Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
  3. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan Akhirat serta syafaat Nabi SAW.
  4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
  5. Selamat daripada huru-hara hari Kiamat.
  6. Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
  7. Tiket untuk mudah memasuki Syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.
  8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
  9. Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.
  10. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.

Kelebihan Mengamalkan Selawat Tafrijiyah

  • Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
  • Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
  • Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
  • Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
  • Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
  • Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
  • Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
  • Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Penutup

Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan ke atasnya dengan sebenar-benarnya.

– Surah al-Ahzab ayat 56

Semoga panduan ini memberi manfaat.

Jika anda memerlukan panduan selawat yang lain, sila rujuk pada panduan ini: Selawat Nabi (Panduan Lengkap)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

12 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hamid Johari
Hamid Johari
2 tahun yang lalu

Ini bohong.
Nabi saw sudah ajarkan selawat Ibrahimiah yng diilhamlan oleh Allah kpd Nabi saw.
Tidak ada selawat selepas selawat Ibrahimiah.
Selawat ini datang nya dari Nabi saw dan selawat yng paling agung.
Nabi saw adalah maksum, mempunyai akhlak Al Quran Nabi yng terakhir sekali dan kekasih Allah.
Kenapa kita tidak agungkan selawat yng diajarkan Nabi saw?
Selawat Tafrijiyah direka oleh manusia biasa yang tidak maksum.
Orang yng mereka selawat Tafrijiyah ada lah menghina Nabi saw seolah olah selawat yng diajarkan Nabi saw itu tidak mantap dan tidak betul.
Selawat Tafrijiyah mengandungi kesyirikan keranakan menduakan Allah.

Fadlie
Fadlie
Reply to  Hamid Johari
1 tahun yang lalu

Ajaran ibrahimiah ke ni… Dah cek dah ke makna dalam selawat tajrifiyah ??? Kenapa pula menghina nabi ???? Di mana ayat yang menghina nabi saw ???? Jangan suka mensyirikkan orang dan menuduh orang sesat, lihatlah diri sendiri….

Leya
Leya
Reply to  Fadlie
8 bulan yang lalu

Ini dia fahaman wahabi

Yuri
Yuri
Reply to  Hamid Johari
11 bulan yang lalu

Setelah dilakukan pengamatan terhadap lafaz-lafaz di dalam selawat tafrijiyyah, kami mendapati bahawa tiada unsur syirik padanya. Hal ini kerana huruf ba’ yang terdapat pada lafaz (تنحل به العقد) tersebut adalah al-ba’ al-sababiyyah yang membawa maksud (تنحل بسببه العقد) dengan sebab Nabi SAW. Oleh kerana itu, bila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu akan diletakkan “ yang menjadi sebab terungkai kebuntuan ”, kebuntuan yang paling besar terungkai dengan sebab Nabi SAW di dunia adalah isu kesyirikan dan kekafiran. Oleh itu, tidak ada masalah dan diharuskan bagi sesiapa yang ingin mengamalkan selawat ini. Ini kerana ia hanya berkaitan dengan isu tawassul kepada Nabi SAW dan bukan mempertuhankan makhluk.

Leya
Leya
Reply to  Hamid Johari
8 bulan yang lalu

wahabi

Baba
Baba
Reply to  Hamid Johari
27 hari yang lalu

Samalah lah gilerrr selawat Ibrahm dgn selawat tafrijiyah…

SunniRanger
SunniRanger
Reply to  Hamid Johari
1 hari yang lalu

Datang dah puak wahab nieh

Hani
Hani
2 tahun yang lalu

Terima kasih atas perkongsian. Mohon share yea tuan.

Kamil. Bin Mohamad
Kamil. Bin Mohamad
3 tahun yang lalu

ALHAMDULILLAH

Hamba Allah
Hamba Allah
Reply to  Kamil. Bin Mohamad
2 tahun yang lalu

Salam, semoga Allah berkati usaba tuan dan kita semua. Mohon izin saya share lafaz selawat ya.

Daniel
Daniel
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz, bolehkah kita berselawat dalam rumi?

J
J
Reply to  Daniel
1 tahun yang lalu

Sebaik2nya amalkan lah selawat,zikir yang diajarkan oleh nabi Muhammad s.a.w. selawat tafrijiyyah ni bukan yang diajar dr nabi s.a.w