Ini adalah bacaan ringkas Selawat Tafrijiyah rumi (transliterasi).
Panduan ini disediakan secara tersusun untuk membantu anda mengamalkan dan menghafal selawat ini dengan mudah.
Jika ini adalah panduan yang anda perlu, mari kita mulakan..
Lafaz Selawat Tafrijiyah
Berbagai-bagai jenis selawat telah dinukilkan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat.
Ia telah menjadi amalan para solihin, alim ulama serta orang-orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah dan RasulNya.
Antaranya adalah Selawat Tafrijiyah.
Selawat “Tafrijiyah” yang juga disebut Selawat Nariyah ertinya terbuka sehingga menjadi lapang.
Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.
Lafaz selawat ini adalah seperti berikut:
Selawat Tafrijiyah Dalam Rumi
Allahumma solli solatan kamilatan
Wasalim sallaman taammaa
A’laa saidina muhammadinil lazi
tanhallubihil u’kadu
Watanfariju bihil kurobu
Watukdho bihil hawa iju
Watunaalu bihirro gha’ ib-u
Wahusnu khawaa timi
Wayustasqhol ghomaamu
biwajhihil karim
Wa ala alihi wasah bihi
fi kulli lamhatim wanafasim
Bi’ adadi kulli mak’lu mim lakh.
Maksud Selawat Tafrijiyah
Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia.
(Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang diketahui olehMu.
Kelebihan Selawat
Terdapat beberapa kelebihan selawat, antaranya:
- Selawat merupakan salah satu amalan paling utama.
- Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
- Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan Akhirat serta syafaat Nabi SAW.
- Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
- Selamat daripada huru-hara hari Kiamat.
- Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
- Tiket untuk mudah memasuki Syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.
- Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
- Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.
- Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.
Kelebihan Mengamalkan Selawat Tafrijiyah
- Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
- Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
- Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
- Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
- Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
- Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
- Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
- Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Penutup
Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan ke atasnya dengan sebenar-benarnya.
– Surah al-Ahzab ayat 56
Semoga panduan ini memberi manfaat.
Jika anda memerlukan panduan selawat yang lain, sila rujuk pada panduan ini: Selawat Nabi (Panduan Lengkap)
Tinggalkan Komen Anda..
Ini bohong.
Nabi saw sudah ajarkan selawat Ibrahimiah yng diilhamlan oleh Allah kpd Nabi saw.
Tidak ada selawat selepas selawat Ibrahimiah.
Selawat ini datang nya dari Nabi saw dan selawat yng paling agung.
Nabi saw adalah maksum, mempunyai akhlak Al Quran Nabi yng terakhir sekali dan kekasih Allah.
Kenapa kita tidak agungkan selawat yng diajarkan Nabi saw?
Selawat Tafrijiyah direka oleh manusia biasa yang tidak maksum.
Orang yng mereka selawat Tafrijiyah ada lah menghina Nabi saw seolah olah selawat yng diajarkan Nabi saw itu tidak mantap dan tidak betul.
Selawat Tafrijiyah mengandungi kesyirikan keranakan menduakan Allah.
Ajaran ibrahimiah ke ni… Dah cek dah ke makna dalam selawat tajrifiyah ??? Kenapa pula menghina nabi ???? Di mana ayat yang menghina nabi saw ???? Jangan suka mensyirikkan orang dan menuduh orang sesat, lihatlah diri sendiri….
Ini dia fahaman wahabi
Setelah dilakukan pengamatan terhadap lafaz-lafaz di dalam selawat tafrijiyyah, kami mendapati bahawa tiada unsur syirik padanya. Hal ini kerana huruf ba’ yang terdapat pada lafaz (تنحل به العقد) tersebut adalah al-ba’ al-sababiyyah yang membawa maksud (تنحل بسببه العقد) dengan sebab Nabi SAW. Oleh kerana itu, bila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu akan diletakkan “ yang menjadi sebab terungkai kebuntuan ”, kebuntuan yang paling besar terungkai dengan sebab Nabi SAW di dunia adalah isu kesyirikan dan kekafiran. Oleh itu, tidak ada masalah dan diharuskan bagi sesiapa yang ingin mengamalkan selawat ini. Ini kerana ia hanya berkaitan dengan isu tawassul kepada Nabi SAW dan bukan mempertuhankan makhluk.
wahabi
Samalah lah gilerrr selawat Ibrahm dgn selawat tafrijiyah…
Terima kasih atas perkongsian. Mohon share yea tuan.
ALHAMDULILLAH
Salam, semoga Allah berkati usaba tuan dan kita semua. Mohon izin saya share lafaz selawat ya.
Assalamualaikum ustaz, bolehkah kita berselawat dalam rumi?
Sebaik2nya amalkan lah selawat,zikir yang diajarkan oleh nabi Muhammad s.a.w. selawat tafrijiyyah ni bukan yang diajar dr nabi s.a.w