Bolehkah Puasa Hari Sabtu Sahaja?

Puasa Hari Sabtu

Bolehkah puasa hari sabtu sahaja?

Apakah hukumnya?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya ingin bertanya tentang puasa sunat hari sabtu.

Bagaimanakah yang dikatakan makruh puasa hari sabtu itu?

Kalau hanya hari sabtu sahaja kita ada peluang untuk berpuasa adakah dibolehkan sebab saya hanya cuti tidak bekerja pada hari sabtu.

Pada hari kerja saya tidak mampu berpuasa kerana penat kerja sebagai buruh?


JAWAPAN

Yang dimakruhkan berpuasa sunat pada hari sabtu ialah sengaja memilih hari sabtu sahaja untuk berpuasa seperti seorang yang tidak mahu berpuasa pada hari yang lain melainkan hari sabtu tanpa sebarang sebab.

Antara sebab yang mengharuskan dia berpuasa pada hari sabtu sahaja ialah dengan sebab bernazar atau kafarah atau qadha atau atau dia berpuasa sunat selang sehari maka jatuh pada hari sabtu atau dia tidak ada peluang berpuasa pada hari yang lain seperti seorang yang hanya bercuti pada hari sabtu dan pada hari lain dia bekerja dan tidak kuasa ia untuk berpuasa.

Tersebut pada kitab Nihayah Syeikh Ramli :

Tidak dimakruhkan puasa pada hari sabtu sahaja dengan sebab puasa nazar atau puasa kafarah atau puasa qadha.

Dan dikecualikan dari menunggalkan puasa pada hari sabtu sahaja itu ialah apabila dia puasa sehari sebelum atau sehari selepas sabtu bersama sabtu tersebut maka tidak lagi makruh kerana ternafi sebab larangan.”

Kesimpulan

Siapa yang menjadikan hari sabtu sebagai hari untuk berpuasa tidak pada hari lain maka perbuatannya itu adalah makruh.

Ada pun orang yang tidak ada pilihan seperti orang tersebut hanya tidak bekerja pada hari sabtu sedangkan pada hari lain dia bekerja dan tidak ada kekuatan berpuasa maka harus baginya berpuasa pada hari sabtu.

Begitu juga harus berpuasa pada hari sabtu jika puasa qadha atau nazar atau fidyah atau dia sertakan bersama hari sabtu itu berpuasa pada hari jumaat atau pada hari ahad.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments