Bagaimana amalan akikah dan bercukur rambut untuk anak baru lahir?
Panduan ini akan menerangkan secara lengkap dan mudah mengenai amalan akikah dan bercukur rambut anak baru lahir.
Tanpa buang, masa mari kita mulakan..
Makna Akikah
Menamakan anak yang baru lahir sering dilakukan seiring dengan amalan akikah dan juga bercukur rambut bayi.
Rambut yang terdapat pada anak yang baru dilahirkan.
Dari Segi SyarakBinatang yang disembelih bagi anak yang baru dilahirkan.
Antara hadis yang memperkatakan tentang akikah ini ialah:
1. Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Salman bin Amir al-Dhabbi r.a katanya “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Bersama bayi itu terdapat akikah. Maka, tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan (iaitu kekotoran dan najis)
— Hadis riwayat al-Bukhari (5154)
2. Terdapat juga hadis yang meriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya daripada Samurah r.a katanya:
Rasulullah bersabda maksudnya:
Bayi itu tergadai (tergantung) dengan akikah. Binatang disembelih bagi pihaknya pada hari ketujuh, diberikan nama dan dicukur kepalanya
— Hadis riwayat al-Tirmizi (1442)
Bila Akikah Dilakukan?
Para ulama mazhab asy-Syafie menyatakan bahawa sunat dilakukan akikah pada hari ketujuh kelahiran.
Jika tidak mampu, maka boleh dilakukan sebelum anak mencapai usia baligh.
Jika si anak telah baligh tetapi masih belum dilaksanakan akikahnya, maka tanggungjawab ibu bapa itu telah gugur dan sebaik-baiknya si anak melakukan akikah untuk dirinya.
Apakah Haiwan Yang Perlu Dikorban Untuk Akikah?
Rasulullah SAW menganjurkan supaya anak lelaki diakikahkan dengan dua ekor kambing atau seekor juga memadai (kibas, biri-biri dan sebagainya) yang sempurna sifat dan syarat-syaratnya.
Untuk anak perempuan pula, memadai diakikahkan dengan seekor kambing sahaja.
Syarat-Syarat Akikah
Syarat-syarat akikah adalah seperti berikut:
- Umur binatang sembelihan:
- Unta berumur 5 tahun lebih
- Lembu / kerbau berumur 2 tahun lebih
- Kambing berumur 2 tahun lebih atau telah bersalin gigi
- Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
- Binatang sembelihan sihat dan tidak cacat.
- Daging akikah sunat dipotong mengikut sendinya dengan tidak memecahkan tulangnya sesuai dengan tujuan akikah itu sebagai “Fida” (mempertalikan ikatan antara diri anak dengan Allah SWT.
- Sunat disebutkan nama Allah dan nama anak yang dilahirkan ketika menyembelih binatang akikah dengan membaca اللَّهُمَّ لَكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةُ (Ya Allah, bagi-Mu dan kepadaMu akikah [sebutkan nama anak])
- Tidak boleh berkongsi. Misalnya beberapa orang berkongsi seekor kambing untuk mengakikahkan anak-anak mereka.
- Sebaiknya berakikah dengan kambing, tetapi dibolehkan juga berakikah dengan unta, lembu dan kerbau.
Amalan Bercukur Rambut
Anjuran mencukur rambut bayi sempena majlis akikah ini mengandungi hikmah khusus dari segi kesihatan.
Menurut Ibnu al-Qayyim, amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak tadi, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu.
Hikmah Berakikah
Antara hikmah berakikah adalah:
- Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu jiwa muslim baru yang sujud menyembah Allah SWT di dunia
- Mendekatkan diri anak itu kepada Allah atas akikah yang dilakukan.
- Mengukuhkan tali persaudaraan sesama muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga, saudara-mara, dan jiran tetangga.
- Sebagai tebusan anak tersebut dapat memberikan syafaat kepada ibu bapanya.
- Menunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT atas kurniaanNya.
- Menjauhkan anak tersebut daripada segala bahaya dan bencana.
Semoga panduan ini memberi sedikit sebanyak maklumat kepada anda semua.
Sumber:
1. Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat — Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Tinggalkan Komen Anda..