Sejarah April’s Fool

Bulan April telah hampir tiba tidak lama lagi, ada suatu sambutan jahiliah yang patut kita waspada bersama sebagai seorang Muslim; 1 April sebagai hari April Fool.

April Fool sendiri adalah hari di mana orang ramai diperbolehkan untuk menipu dan berbohong kepada orang lain.

Tapi tahukah Anda apakah April Fool itu sebenarnya?

Sebenarnya, April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan.

Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan sahaja.

Biasanya orang akan menjawab bahawa April Fool—yang hanya berlaku pada tanggal 1 April—adalah hari di mana kita boleh  sahaja menipu rakan, orang tua, saudara, atau orang lain, dan yang terkena tidak boleh marah atau emosi ketika sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool.

Biasanya mangsa penipuan, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan tertawa atau membebel, dan tidak marah secara serius. 

Walaupun belum sepopular perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April Fool dalam dua dekad terakhir memperlihatkan kecenderungan yang makin menebal didalam masyarakat kita. Terutama di kalangan anak muda.

Bukan mustahil pula, suatu masa nanti akan meluas ke masyarakat yang tinggal di kampung-kampung dan pedalaman.

Ironiknya, masyarakat dengan mudah meniru kebudayaan Barat ini tanpa menyiasatnya terlebih dahulu, apakah budaya itu baik atau tidak, bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool sebenarnya bermula dari suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Fool, berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol di tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur.

Pasukan Islam tidak sahaja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis.

Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh.

Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang berupa kawasan pegunungan. Islam telah berjaya menerangi Sepanyol.

Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam.

Muslim Sepanyol bukan saja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam.

Bukan  sahaja membaca Al-Qur’an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka telah meninggalkan muzik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus menerus berusaha membersihkan Islam dari Sepanyol, namun selalu gagal.

Maka dihantar  sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, yakni dengan pertamanya melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirimkan alkohol dan rokok secara haram ke dalam wilayah Sepanyol.

Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al Qur’an.

Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan perpecahan ke dalam tubuh umat Islam Sepanyol.

Lama-kelamaan usaha  ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan  dikuasai pasukan salib. Serangan oleh pasukan salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan.

Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. 

Tentera-tentera salib terus mengejar mereka.

Ketika jalan jalan sudah sepi, tinggallah ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentera salib mengetahui bahawa banyak muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.

Dengan lantang tentera salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa  orang Muslim dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah disiapkan di pelabuhan.

Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan menuju ke pelabuhan.

Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya.

Lidah api kelihatan menjilat-jilat angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya boleh terpaku ketika tentera salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol.

Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata.

Mereka juga kebanyakanya terdiri dari para perempuan dan kanak-kanak yang masih kecil. Tentera salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan.

Jerit tangis dan takbir membahana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana.

Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April.

Inilah yang kemudiannya diingati oleh dunia kristian setiap tanggal 1 April sebagai (The April’s Fool Day).

Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain.

Bagi umat kristian, April Fool merupakan hari kemenangan keatas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib dengan cara-cara penipuan.

Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan pembohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan semata.

Bagi umat Islam, April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan.

Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seagama disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol.

Sebab itu, adalah sangat tidak patut  juga ada orang Islam yang terikut merayakan tradisi ini.

Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka dia sesungguhnya sedang  merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, 5 abad yang lalu. 

Jadi, perhatikan sekeliling anda, anak anda, atau anda sendiri, mungkin terkena bungkusan jahiliah April Fool tanpa kita sedari.

Tinggalkan Komen Anda..

20 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
izzati sakura
5 tahun yang lalu

bolehkan kalau saya nak share info ini dan meletakkan info ini kepada pembaca blog saya? harap boleh ya! sharing is caring! assalamualaikum!

Daniel
Reply to  izzati sakura
4 tahun yang lalu

Dah awal2 ada komentar bagitau cerita april fool dalam blog ini tak betul faktanya…masih juga ada yang minta izin nak share cerita palsu ini…di manakah perginya akal yang Allah kurniakan padamu?

izzati sakura
5 tahun yang lalu

terima kasih ya! baru saya tahu yang ada rahsia disebalik april fool! kalau tak terbuka hati nak baca infomasi ini, saya akan masih menyambutnya! terima kasih ya! terima kasih allah kerana memberikan petunjukmu! assalamualikum! <3

Daniel
Reply to  izzati sakura
4 tahun yang lalu

Bukan Allah yang bagi petunjuk padamu ke cerita april fool dalam blog ini tapi syaitan. Tak baca kah link ke fakta sebenar yang diberikan oleh komentar sebelum ini?

LAZYDAN
Reply to  Daniel
1 tahun yang lalu

Cuba tengok ceramah agama ustaz Abdul Somad atau ZakirNaik , jangan terus judge macam ni….
Belum apa² dah macam²..!!

Daniel
Reply to  LAZYDAN
1 tahun yang lalu

LAZYDAN, bagilah link…Ceramah yang mana satu?

LAZYDAN
Reply to  Daniel
1 tahun yang lalu

Maaf Daniel kalau terpaksa menunggu , tengok je semua ceramah . Tapi nasihat saya jangan asal percaya terus 💯% kita juga kena ada kajian , kena ada ilmu . Bukan apalah , kita manusia biasa ni tak de lah terlepas dari sebarang kesilapan kan. Mungkin kalau saya ada silap juga boleh kamu tegur saya . Tips lagi , kalau nak kaji apa² tu carilah guru , jangan bergantung dengan 1 guru ja tau cuba tanya pendapat usatz² atau Imam² kat masjid tu . Kalau nak tanya saya boleh , tapi saya sendiri masih belajar lagi ..

Daniel
Reply to  LAZYDAN
1 tahun yang lalu

LAZYDAN, aku dah tengok ceramah ustaz Abdul Somad dan Zakir Naik pasal kisah april fool ni.. Maaf cakap, mereka pun terpedaya dengan cerita palsu ni, walaupun digelar ustaz.. Bacalah link ini: http://www.islamtomorrow.com/lies/fools.asp Saya tidak judge sebarangan..cuma saya rasa geram bila org sebar cerita palsu tanpa periksa fakta dahulu, terutama sekali cerita yg boleh memecah-belahkan umat manusia.

Daniel
Reply to  LAZYDAN
1 tahun yang lalu

Sememangnya bahaya sekiranya mereka yang bergelar ustaz menyebarkan cerita palsu.. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tokoh-besar-dunia-pun-takut-digelar-ulama-tapi-di-malaysia-185563

LAZYDAN
Reply to  LAZYDAN
1 tahun yang lalu

Maaf semua , kalau pasal sejarah April fool ni pun aku tak pasti lagi juga sebenarnya . Tapi dalam ceramah tu , April fool ni kan hari di mana manusia saling memperbodohkan saudaranya yang lain . Cubalah fikir , korang rasa bagus tak nak sambut sambutan macam ni .

farid
9 tahun yang lalu

saya tak setuju dan dari segi fakta ia tak tepat….April Fool tiada kaitan dgn pembunuhan umat islam sepanyol..saya telah mengkaji sejarah sepanyol baik fakta daripada pihak muslim mahupon non muslim sendir…ia mungkin rekaan…kita tidak boleh bersandarkan fakta yg lemah ini…  

Hadi
Reply to  farid
9 tahun yang lalu

sila baca ini : http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/peristiwa-aprils-fool-adakah-ia-benar-terjadi/#axzz1MrfQeb41 

Vasillizaitzev
9 tahun yang lalu

http://www.islamtomorrow.com/lies/fools.asp
mcm mna ngan link ni plak????

Anonymous
Reply to  Vasillizaitzev
9 tahun yang lalu

oo..saya dah baca.. bagus2.. terima kasih ye.. nnt saya terbitkan pasal info ni.. syukran!