Minum Berdiri Memudaratkan?

Islam adalah sebuah agama yang lengkap memberi panduan dan adab, yang meliputi semua tatacara kehidupan manusia.  

Adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum.

Anda pernah minum berdiri?  

Minum berdiri ini agak biasa dalam masyarakat kita hari ini.

Terdapat hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh muslim iaitu:

Dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad SAW melarang minum berdiri.

Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771

 

Dari Sudut Sains

Di antara sebab larangan minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani:

Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Dimana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan.

Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut.

Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam.

Begitu juga dengan makanan.

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.

Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat.

Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk.

Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman.

Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Namun demikian diharuskan minum berdiri ditempat yang tidak sesuai untuk duduk seperti tempat yang terlampau sesak.

 

Air Zam-Zam

Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa.

Dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat.

Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain

Inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.

— Surah an-Anfal Ayat 2

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

9 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Memoir Insani Jiwa Asia
7 tahun yang lalu

Hey would you mind letting me know which hosting company you’re using?
I’ve loaded your blog in 3 different web browsers and I must
say this blog loads a lot faster then most. Can you recommend a good hosting provider at a honest
price? Cheers, I appreciate it!

nurul
10 tahun yang lalu

Salam.thanq utk peringatan ni.Kena ingat dan amal selaluni.hehe Minum berdiri tak digalakkan bukan sahaja dari segi adab2 dalam Islam,malah dari segi sains..Memang banyak perkara2 yang dituntut dalam Islam pun ada scientific reason -D

Admin SatuJutaIdea
11 tahun yang lalu

Salam. Betul ke info yg diberikan nie (Rasulallah SAW minum berdiri)?
 
Mungkin kita harus dptkan kepastian dgn bertanya kpd ustaz² terlebih dahulu berkenaan perkara nie krn ianya adalah menyentuh keperibadian Rasulallah SAW.
 
Mana mungkin Baginda akan minum sambil berdiri krn akhlak Baginda yg amat terpuji terutamanya ketika menjamah makanan/minuman.
 
Jika benar info yg diberikan nie, mungkin ada kisah sirah di sebaliknya iaitu mengapa berlaku sedemikian. Dgn memahami/mengetahui sejarah kisahnya, maka, barulah nanti kita akan faham mengapa berlaku sedemikian.
 
Saya cadangkan kpd tuan punya blog agar keluarkan entry ini drpd posting sehinggalah diketahui fakta yg sebenar. Kita taknak nanti menjadi sebahagian drpd mereka² yg memburuk²an keperibadian Rasulallah SAW.
 
Maaf kiranya pemilik blog tersentuh hati dgn komen nie.

Anonymous
Reply to  Admin SatuJutaIdea
11 tahun yang lalu

menurut artikel yang saya rujuk tu (saya letakkan link sumbernya dibawah post), peristiwa ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan Rasulullah minum air zam-zam berdiri.

Namun saya menerima pandangan saudara, kerana saya bukanlah ahli dalam ilmu al-Hadis ini. Insyaallah saya akan membuat rujukan kepada mana2 ustaz..

Sementara itu, quote tentang Rasulullah itu saya akan padamkan buat sementara.. :)

Terima kasih atas teguran ini.. :)

awis husaini
Reply to  Admin SatuJutaIdea
10 tahun yang lalu

ana pernah muzakarah hal ini dengan ustaz.. Rasulullah mmg minum air zam2 berdiri.. air zam2 bukan seperti air biasa di bumi.. cuba tuan2 cari asal usul air zam2, dan tuan2 akan dpt jawapannya.. alim ulama sependapat hanya ada 2 jenis air yg dibolehkan minum berdiri, 1 air zam2 , 2 lebihan air wudhu (jika kita mengambil wudhu dalam bekas ‘lotta’ kerana ianya syifa/ubat).. selebihnya rujuk pada alim ulama.. :)

~asha~
11 tahun yang lalu

minta izin untuk sharing di blog?

Anonymous
Reply to  ~asha~
11 tahun yang lalu

silakan.. :)

~asha~
11 tahun yang lalu

tq for sharing