11 Cara Paling Malas dan Murah Untuk Kekal Kurus dan Sihat

Kekal Kurus dan Sihat
Kekal Kurus dan Sihat

Kekal Kurus dan Sihat Dengan Cara Paling Murah & Mudah

Seperti semua tahu, semua orang mahu sihat.

Tidak perlu berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya.

Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat.

Kali ini saya nak kongsi petua dan cara kekal kurus dan sihat dengan cara yang paling murah dan mudah tetapi berkesan.

1. Senaman Berterusan

Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan.

Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif tetapi tidak konsisten.


2. Tidur Awal

Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik.

Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama.

Tidur tidak tentu, lambat laun boleh mendatangkan mudarat. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.


3. Makanan Kesihatan (Supplement)

Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan.

Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan tambahan atau supplement.

Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.


4. Berfikir Masak-masak Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan

Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.


5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam

Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran.

Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran.

Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas?

Sedangkan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sekaligus akan menyebabkan semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.


6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi

Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam.

Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten.

Ini menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.


7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap

Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.


8. Jangan Berlapar

Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan.

Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.


9. Elakkan Tekanan

Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit.

Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan.

Jangan menyuntik racun ke dalam diri kita, walaupun secara tidak terus.


10. Selalu Basuh Tangan

Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan.

Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik.

Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.


11. Jaga Tindakan & utamakan keselamatan

Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas.

Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.


12. Pemeriksaan Doktor Berjadual

Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman.

Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh, jika dikesan awal.

 

Penutup

Sebenarnya tak susah nak sihat.

Hanya kadang-kadang kita perlu lebih bijak dalam mengawal nafsu, menggunakan sedikit akal dan kekal pada sesuatu rutin.

Semuanya bergantung kepada kita.

Oh ya, sebenarnya ada 12 tips yang dinyatakan, bukan 11 seperti yang tertulis pada tajuk. Adakah anda terperasan hal ini?

:)

sumber 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

33 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
imran
imran
5 tahun yang lalu

Tips ke 8 SANGAT PENTING. JANGAN BERLAPAR. Ini merupakan cara yang salah dan orang yang beru nak kurus sentiasa berpuasa dan berlapar demi nak kuruskan badan. Kalau anda berlapar, metabolisme badan anda akan turun. Maksudnya, anda makan sikit jer berat badan dah boleh naik. So jangan berlapar. lebih baik makan portion yang kecil 3-5 kali sehari.

Ini ebook percuma yang kawan saya telah buat. Ebook ni telah membantu dia turunkan berat badan sebanyak 4kg dalam seminggu. Free jer sebab nak kongsikan ilmu dan bantu orang lain yang nak turunkan berat badan. Kalau berminat klik sini: http://nasitakberdosa.com/cara-kuruskan-badan-tanpa-berlapar/ :)

Kay
Kay
6 tahun yang lalu

Terima kasih di atas artikel ini. Saya pun mengamalkan rutin yang sihat serta makanan yang di sarankan seperti Olive Oil, kacip fatimah, TriE
lawati blog saya kaykacip.com/blog & kaykacip.com
tq :)

SihatNet
SihatNet
6 tahun yang lalu

Terima kasih berkongsi maklumat yang berguna. Layari juga https://www.sihat.net untuk menambah ilmu tentang kesihatan

Nurhasanah
Nurhasanah
7 tahun yang lalu

Terima kasih atas perkongsian

iz
iz
7 tahun yang lalu

Masa aku diet dulu takde masuk apa2 program pun. Yang penting kawal makan, kedua bersenam. Kalau tak taw cmne nak makan untuk kurus, boleh baca kat Sini

Cara Kuruskan Badan Dalam Seminggu
Cara Kuruskan Badan Dalam Seminggu
Reply to  iz
7 tahun yang lalu

Betul ke ni? Ada orang kadang makan banyak pun masih kurus kan.. Tapi boleh ke kurus dalam masa seminggu?

Sauna Di Rumah
Sauna Di Rumah
8 tahun yang lalu

Terima kasih utk perkongsian.
Memang tips yg menarik utk dicuba.

nadia
nadia
8 tahun yang lalu

terima kasih atas perkongsian yang indah ini,

Pemakanan Sihat - Buku Travel
Pemakanan Sihat - Buku Travel
8 tahun yang lalu

Senarai di atas nampak mudah, tapi ramai yang mengabaikan dan ambil sambil lewa. Isu utamanya ialah kemalasan seseorang menjaga kesihatan.

Ramai yang dapat badan ideal dan sihat kerana ciri-ciri kerajinan ada pada diri individu tersebut. :D

Erni
Erni
8 tahun yang lalu

terima kasih berkongsi tips :)

Norlila
Norlila
8 tahun yang lalu

Menarik perkongsian ni..