Bagaimana Menghilangkan Perasaan Selalu Resah

resah

resah

Saya tidak pernah yakin dengan diri sendiri kerana saya bukanlah gadis yang cantik. Saya tergolong dalam gadis yang biasa dan saya berbadan gempal. Saya juga tidak pernah bercinta. Saya sering mendengar rakan – rakan bercerita bahawa ramai lelaki yang tertarik kepada mereka dan cuba untuk meminang mereka.

Saya selalu tertanya – tanya apakah sebenarnya kekurangan pada diri saya, sehingga tiada orang sudi meminang saya. Untungnya, saya bukanlah satu – satunya orang yang bernasib sebegitu.

Kemudian saya masuk ke sebuah universiti dan berjaya membentuk sebuah kelompok yang terdiri dari gadis remaja. Saya tidak bergaul dengan kaum lelaki dan tidak mahu terlalu banyak berbual dengan mereka. Saya terkategori sebagai orang yang sensitif, cerewet, tidak menganggap mudah sesuatu masalah, serta selalu keresahan.

Daripada tidak yakin dengan diri sendiri kerana merasa diri tidak cantik, bagaimana jika kita merasa puas dengan kecantikan yang kita miliki? Tentunya diimbangi dengan berusaha memakai pakaian anggun dan menutup aurat, selalu tersenyum dan selalu tampil bertenaga.

Perasaan Selalu Resah

Satu perkara yang harus kita ketahui, biasanya cerita rakan – rakan tentang lelaki tertarik dengan mereka kerana ingin mengahwini mereka, biasanya dibesar – besarkan dan hanya khayalan.

Oleh itu tidak perlulah terjebak lagi dalam perkara yang membanding – bandingkan diri dengan orang lain.

Kerana setiap orang telah ditetapkan rezeki dan jodoh masing – masing.

Yang perlu dibandingkan adalah keadaan kita sekarang dan keadaan kita pada masa yang lalu, serta apa yang kita inginkan, kemudian imbangi semua itu dengan  usaha yang gigih.

Aturlah diri secara konsisten, secara tenang dan santai dan merasa puas dengan apa yang kita miliki, sehingga kita berasa bahagia. Keresahan dan tekanan jiwa akan menghalang mimpi kita untuk menjadi kenyataaan.

Berdoalah seperti dicontohkan oleh Rasulullah saw. Nabi pun meminta pertolongan Allah, apa lagi kita, jauh lebih memerlukan pertolongan Allah. Maka berdoalah.

Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang

(Hadith riwayat Abu Daud)

Jangan terlalu takut untuk bergaul dengan lelaki, lebih – lebih lagi jika ia melibatkan urusan pelajaran dan kerja, kerana itu akan menyulitkan hidup kita. Pergaulan lelaki dan perempuan memang ada batasnya, pandai – pandailah kita meletakkan had yang sepatutnya dalam pergaulan.

Berusahalah untuk optimis dan menghilangkan perasaan sensitif yang berlebih – lebihan, jadikan ia modal utama dalam menjalani hidup ini. Jika kita sudah boleh melakukan hal ini nescaya kita akan merasa percaya diri dan mampu menghilangkan penderitaan yang kita rasakan. Insyaallah.

 

resah

resah | Yang perlu dibandingkan adalah keadaan kita sekarang dan keadaan kita pada masa yang lalu, serta apa yang kita inginkan, kemudian imbangi semua itu dengan usaha yang gigih

tags : resah, resah, resah, resah, resah, resah,

output_8vyUki

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 2,336 other subscribers

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *