Rasa Selamat Bila Menutup Aurat Dengan Sempurna

mentup aurat
Menutup aurat untuk selamat | image from Pinterest

Tudung hanyalah kain menutup diri, tetapi rasa malu itulah penghalang hati daripada melakukan sesuatu yang dimurkai Ilahi.

Apabila Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah SWT hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita.

 

Diarahkan Menutup Aurat Kerana Allah Sayang!

Hukum Allah yang wajib kita taati boleh diumpamakan seperti peraturan jalan raya.

Adanya lampu merah, hijau dan kuning, papan tanda dan sebagainya.

Dengan mematuhi peraturan jalan raya, tidak akan berlaku kemalangan sekaligus selamatlah perjalanan.

Begitulah dengan mematuhi hukum menutup aurat, akan membawa keselamatan dalam kehidupan.

Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat.

Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain.

Begitulah rahsia Allah SWT yang Maha Penyayang apabila Dia menyuruh atau melarang sesuatu, manfaatnya pasti ada walaupun kadangkala tidak dapat dijangkau oleh fikiran manusia.

Percayalah, Allah lebih kasih akan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya.

 

Percayalah, Allah Lebih Tahu Apa Yang Lebih Baik Untuk Kita

menutup auratApabila seorang ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukakan sesuatu yang boleh membahayakan.

Walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak.

Anak yang sedang merangkak ke tepi tangga akan ditarik oleh ibunya.

Dia akan menangis jika dihalang.. mengapa?

Fikiran anak tidak boleh menjangkau kebimbangan ibunya.

Anak hanya tahu bermain, tanpa mengetahui dan menyedari bahaya berbanding ibunya.

Begitu juga dengan larangan mendedahkan aurat, pasti ada kebaikannya.

Orang yang beriman tidak akan ragu-ragu dengan sebarang hukum daripada Allah sama ada yang wajib atau yang haram melainkan dengan berkata, “Kami taat dan kami patuh.”

Justeru itu, jika kita mengaku kita beriman, akurlah kepada setiap perintah Allah SWT itu.

Dia inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat hamba-hambaNya.

Namun begitu, mengapa ada wanita terus mendedahkan aurat?

Belum tiba masanya lagikah untuk mereka merasakan kasih sayang Allah dengan perintah menutup aurat?

Bagi mereka yang belum mampu dan belum mahu walaupun telah tahu, maka carilah dorongan, peringatan dan panduan untuk  mendidik diri agar dapat melawan kedegilan nafsu bagi mematuhi perintah Allah.

 

Pasti Akan Selamat Bila Memakai Tudung..

menutup aurat
Image by Pinterest

Secara mudahnya, menutup aurat bolehlah diibaratkan seperti memakai topi keledar.

Topi keledar sangat berkaitan dengan keselamatan nyawa, manakala menutup aurat berkait dengan keselamatan agama dan maruah.

Kedua-duanya ialah perkara yang sangat penting dalam Islam kerana melibatkan nyawa, agama dan maruah.

Baiklah, jika perbandingan (metafora) ini boleh diterima cuba renungkan bukankah ada kalanya topi keledar tidak dapat menyelamatkan nyawa si pemakainya?

Contoh:

Pelumba haram, pemandu laju dan cuai, semuanya memakai topi keledar.

Namun seperti yang dikatakan tadi, sekadar bertopi keledar masih belum menjamin keselamatan nyawa.

Sebenarnya masih ada faktor-faktor lain yang lebih penting daripada sekadar memakai topi keledar untuk menyelamatkan nyawa apabila memandu atau membonceng motosikal.

Antaranya adalah dengan memandu secara berhati-hati, jangan terlalu laju, mematuhi peraturan jalan raya, tidak mengantuk atau tidak memandu dalam keadaan mabuk dan sebagainya.

Sekiranya peraturan ini dilanggar, tidak kira sebesar atau sekeras mana sekalipun topi keledar itu, pasti tidak akan menyelamatkan pemakainya.

Begitu juga halnya dengan tudung..

Hendak menjaga maruah dan akhlak tidak cukup dengan bertudung sahaja.

Ada lagi perkara-perkara lain yang lebih penting.

Umpamanya, menjaga tingkahlaku, berhati-hati dalam tutur kata, mengawal pandangan mata dan membatasi pergaulan.

Selain itu, masa dan tempat wanita itu berada juga perlu dititikberatkan.

Misalnya, jangan keluar seorang diri di tempat-tempat yang sunyi, mengaibkan dan mendedahkan diri kepada pencerobohan.

 

Apakah Tudung Anda Mencapai Piawaian?

Satu lagi yang menarik tentang topi keledar dan tudung ialah topi keledar mempunyai bermacam-macam jenis, dan tudung juga begitu.

Ada pelbagai jenis fesyen tudung.

Ada yang kontot, labuh, tebal dan jarang.

Warnanya juga pelbagai.

Seperti topi keledar yang mempunyai piawaianya, tudung pun begitu juga.

Apakah jenis tudung yang mencapai piawaiannya?

Ya, yang mencapai tujuan semestinya yang menutup aurat!

Seperti topi keledar, tujuannya melindungi kepala.

Sayangnya, kadangkala ada topi keledar gayanya sahaja yang lebih, tetapi bahan buatannya rapuh. Terhantuk sedikit, berkecai kepala.

Yang malangnya, ada pula topi keledar yang sudah baik, tetapi cara pemakaiannya pula tidak tepat, talinya dibiar longgar, main disarungkan sahaja.

Ini pun satu masalah juga.

Kalau berlanggar, padah juga akibatnya.

Maka begitu jugalah wanita yang bertudung, kadangkala hanya sangkut pada jambul rambut manakala leher dan dada dibiarkan terdedah.

 Ini bertudung, bukan menutup aurat. 

Jesteru, ditegaskan sekali lagi bahawa memakai tudung dan menutup aurat ini dua perkara yang berbeza.

Ramai yang bertudung, tetapi tidak menutup aurat.

Menutup aurat ada niatnya, ada konsepnya da nada falsafahnya yang khusus.

Bertudung dibuat atas dasar iman, cara dan pelaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk menegakkan akhlak.

Tetapi jika sekadar memakai tudung sahaja – niat, falsafah dan tujuannya tentulah lain dan kesannya juga tentu lain.

Mungkin niatnya hendak glamour, cantik, bergaya atau menutup kekurangan pada muka dan rambut.

Jesteru tidak hairan jika kini tudung telah dieksploitasi untuk ‘mendedahkan’ kecantikan diri sehingga terbabas melepasi batas-batas syariat.

menutup aurat
Kebaikan bertudung labuh | Image by Rusydee Artz

 

Tahukah Anda 15 Kelebihan Besar Bila Kita Bertudung Labuh?

Pernahkah kita melihat saudara-saudara kita yang bertudung labuh?

Teringinkah kita untuk kelihatan ‘menyejukkan hati’ disamping mendidik hati dan diri seperti mereka?

Jika berminat, alhamdulillah.

Banyak kelebihan bila bertudung labuh.

Berikut adalah keistimewaan bertudung labuh yang saya petik dari blog pendakwah bebas popular, Rusydee.

Semoga sedikit sebanyak memberi semangat kita untuk bertudung labuh:


 1. Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah.

Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh.

Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah.

Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.


2. Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis.

Sebenarnya tidak.

Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan.

Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa.

Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.


3. Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala.

Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi.

Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.


4. Sejuk mata memandang. Qurratu ‘A’yun.

Sejuk di mata dan di hati.

Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung labuh sempurna.

Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah.

Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat.

Faham ilmu agama.

Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah.

Baru real ustazah.


5. Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata.

Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa.

Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah.

InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.


6. Terserlah sifat seorang wanita

Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna?

Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.


7. Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah.

Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya.

Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.


8. Siapa kata hanya telekung solat sahaja boleh digunakan untuk bersolat.

Tidak.

Pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat.

Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih.

Pakaian yang bersih tanda akhlak yang cantik.


9. Kita sentiasa mahu orang hormat kita.

Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita?

Jadi, bertudung labuh ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri.

Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita.


10. Seterusnya, menyihatkan badan.

Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya.

Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran.


11. Malu itu bunga iman.

Dengan menutup aurat dan bertudung labuh, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah.

Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling.

Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.


12. Dakwah secara tidak langsung

Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam.

Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan.

Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.


13. Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri.

Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu.

Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama.

Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.


14. Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa.

Taqwa bermaksud takut pada Allah.

Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri.

Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.


15. Bukan nak tunjuk baik.

Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk.

Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik.

Salahkah untuk jadi orang baik?

Tidak.

Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).

 

Bagaimana? Berminat?

Subhanallah, sungguh banyak manfaat bagi mereka yang ingin bertudung labuh.

Berminat untuk bertudung labuh tapi tak jelas untuk bermula bagaimana?

Disini ada panduan dan tips awal bagi mereka yang ingin mula untuk bertudung labuh.

Baca artikel ini, TIPS AWAL UNTUK BERTUDUNG LABUH.

 

Bagaimana untuk tetap menjadi wanita tercantik di Dunia?

Siapakah wanita yang paling cantik di dunia?

Wanita solehah.

Itulah yang cantik kerana kecantikan itu terletak pada budi, bukannya body.

Salah satu ciri penting wanita solehah ialah menutup aurat.

Mereka bayangan bidadari syurga di dunia.

Kenyataan ini benar dan terbukti apabila saudara baru kita, Felixia Yeap terpikat untuk memeluk Islam kerana tertarik dengan cara berpakaian yang dianjurkan oleh Islam.

Alhamdulillah, doakan dia agar terus istiqamah :)

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.

Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam.

Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.”

Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.

Bagi wanita muslimah, berbanggalah dengan identiti yang ditentukan oleh Allah SWT untukmu.

Buktikan rasa bangga tersebut dengan tampil yakin menutup aurat.

Tutuplah aurat, InsyaAllah dunia dan akhirat selamat.

 

Rujukan:

  1. Buku Pesan Hati Untuk Hati, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
  2. Rusydee (Rusydee Artz) menerusi blognya, Selamat Tinggal.Blogspot
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

13 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Laila
Laila
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum… Ku mhu tanya klu seseorg itu ndak pakai tudung labuh tpi dia pakai tudung bawal dan dia menjaga aurat nya dlm bertudung Dan berpakian ada ka dia masih di anggap sudah menutup aurat nya dengan betul hanya kerana dia bukan pakai tudung labuh…minta tolong sangat di jawab

Laila
Laila
Reply to  Laila
2 tahun yang lalu

t

Another erA
Another erA
3 tahun yang lalu

Izinkan saye share entry yg sgt brmanfaat ??

msdvbnb
msdvbnb
4 tahun yang lalu

izin share

Dania
Dania
5 tahun yang lalu

Izin share ? untuk manfaat kepada mereka yang belum tahu lagi ?

Audra
Audra
9 tahun yang lalu

Satu pengkongsina yang amat indah dan penuh dengan ilmu yang sangat bermaafaat. Tudung labuh… Sememang saya sedang istiqomah dalam melaksanakannya , Alhamdulilah apa yang dalam artikel ini nyatakan mmg sama apa yang saya rasakan.. Syukur sgt.

Jika para shabat yang ingin bertudung labuh, TERUSKAN dan ISTIQOMAH ia sangat indah dan terbaik buat diri kita sendiri hanya Kerana ALLAH.

nanang
nanang
9 tahun yang lalu

Semoga kita senantiasa bisa mengamalkan bertudung dengan ikhlas.

cik akak
cik akak
9 tahun yang lalu

Subhanallah indahnya ciptaan MU…
cantik dah ayu seorang wanita bila mereka ikhlas cintakan tudung.
Menyintai rasul dan Allah seikhlas hatinya.

Cik TudungSiComel
Cik TudungSiComel
9 tahun yang lalu

Metafora yang sangat mudah difahami. Setuju sangat dengan apa yang tuan sebutkan tentang tudung dan topi keledar tersebut. Banyak faktor yang perlu difikirkan.

Terima kasih