Membaca Bukan Kerana Ingin Bijak, Tetapi..

membaca
Membaca | reading by ~ravenngo

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Di rumah, atau di kediaman kita, mahupun di bilik peribadi kita, adakah terdapatnya bahan-bahan bacaan?

Tidak kisah ianya jenis yang bagaimana, rupa yang bagaimana, isi yang bagaimana, tajuk yang bagaimana, rupa yang bagaimana. Umumnya, bahan-bahan seperti ini ada. Wujud.

Dan sekalipun ianya tidaklah banyak berbondong-bondong seperti sebuah gedung, mahupun sebuah kilang besi buruk, adalah memadai walau ianya sedikit, ataupun kecil.

Untuk mewujudkan satu situasi yang membolehkan kita membaca, bahan-bahan bacaan tidak seharusnya kita mengabaikannya, meminggirkannya dalam kehidupan harian kita.

Bukan kerana kita kanak-kanak.

Bukan kerana pelajar.

Dan bukan kerana tidak matang.

Setiap individu harus ada rasa tanggungjawab dalam membaca.

Membaca bukan kerana ingin bijak. Tetapi, membaca itu mengajak diri kita supaya keluar, dan tinggalkan alam kejahilan, dunia hitam.

Dan selebihnya, ia bergantung pada niat seseorang atas dasar apa dia membaca.

Jika kita amati, manusia tidaklah membenci membaca.

Jujurnya, membaca itu adalah satu sifat fitrah yang terkandung pada setiap diri manusia.

Sifat membaca adalah sifat ingin tahu, sifat ingin mengenali, sifat ingin mempelajari.

Kerana, dengan membaca manusia bukan sahaja memperolehi pengetahuan.

Dengan membaca, pengetahuan yang diperoleh walau sedikit itu boleh merubah sesuatu yang kadangkala kita tidak perasan.

Merubah pendirian seseorang. Merubah sikap sekumpulan. Merubah kejahilan kepada kebaikan. Mencorak masa hadapan.

Bahkan, lebih daripada itu.

Adakah kita melihatnya?

Ironinya, ramai daripada kita yang sudah terbiasa membaca bahan-bahan bacaan yang berbentuk hiburan.

Seperti, majalah, novel, komik, atau status-status yang bersepah di laman sesawang kita. Tidak salah dan tidak dianggap berdosa dalam membaca bahan-bahan seperti ini.

Namun, apa yang membimbangkan kita adalah sikap melampaui.

Sikap melebih-lebih dalam membaca.

Maksudnya ialah, kita lebih mengutamakan dalam membaca novel, komik, majalah, serta status-status yang indah lagi bersepah di alam maya berbanding kita dengan membaca al-quran dan al-hadis.

Tanyakan sahaja pada diri sendiri, berapa banyak kali kah kita menatap, membelek, membaca kitab al-quran dalam sehari?

Kitab hadis 40 edisi mudah, ringkas, serta mempunyai terjemahan dalam pelbagai versi bahasa?

Seharusnya yang ada pada diri seorang muslim itu, lebih mengutamakan apa yang utama terlebih dahulu sebelum yang lain.

Tidak salah sekiranya kita ingin membaca, atau menelaah bahan bacaan yang lain.

Tetapi, ambillah sedikit ruang waktu, dan carilah sedikit masa untuk kita sama-sama dengan al-quran dan al-hadis.

Dua bahan itu, adalah perkara yang terpenting buat diri kita yang sentiasa tagihkan bimbingan. Yang sentiasa gian akan panduan serta peringatan.

Kita ini kerap lupa, acapkali lena, dan mudah leka…

Jadi, jadikan al-quran sebagai kitab rujukan, dan buku manual hidup kita. Anggaplah ianya tersangat penting dalam kamus hidup kita.

Motivasi, serta semangat kita!

Allah SWT menciptakan al-quran sebab DIA tahu bahawa kita mampu. Kita adalah ahli al-quran. Dan kita yang akan sentiasa memeliharanya. Bacalah!

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Al-‘Alaq 96:1


Artikel ini adalah sumbangan sahabat setia Blog Aku Islam, Mohamad Nasiruddin Bin Amir (BLOG) ke Inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca blog Ini.

Sebarang komen adalah dialu-alukan. Jazakallah =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
ejoy
ejoy
10 tahun yang lalu

suka citer ni

salmiah
salmiah
10 tahun yang lalu

membaca bukan sahaja dapat menambahkan ilmu seseorang tapi dapat menjasdikan kita lebih matang dalam menilai sesuatu..ska artikel ni..terima kasih..

Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK

cahaya sumayyah
cahaya sumayyah
10 tahun yang lalu

Suka ayat ni…”Setiap individu harus ada rasa tanggungjawab dalam membaca. Membaca bukan kerana ingin bijak. Tetapi, membaca itu mengajak diri kita supaya keluar, dan tinggalkan alam kejahilan, dunia hitam.”