Perkongsian Tentang ISLAM. Hidup dan Matiku hanyalah kerana Allah

Indahnya Didoakan Sahabat

Tiada satu makhluk pun didunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.

Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita.

Lafaskan doa anda untuk sahabat kita. Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita.

Setelah solat, doakanlah sahabat kita. Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH. Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.

Ini sangat indah…

Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.

Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya. Ini sungguh luar biasa. Inilah sebuah ketulusan yang nyata. Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.

Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat  tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.

Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.

MAAFKANLAH….

Seperti yang telah kita ketahui, setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan. Begitu juga dengan sahabat yang kita sayangi.

Tidak tertutup kemungkinan sahabat yang kita sayangi melakukan kesalahan yang menyakiti kita. Baik itu kesalahan yang kecil mahupun kesalahan yang besar. Namun yang paling penting, adalah bagaimana menghadapi kesalahan~kesalahan yang dilakukannya.

Apakah kesalahan ini akan membuat kita membencinya dan tidak lagi menyayanginya ?

Kadangkala perilaku yang tidak kita senangi dilakukannya terhadap kita. Mungkin dia telah mengingkari janjinya untuk bertemu dengan kita pagi ini, atau mungkin dia lupa bahawa hari ini adalah hari jadi kita, atau mungkin dia telah mengucapkan suatu perkataan yang menyakiti hati kita.

Perlu kita ketahui “ Tiada seorang pun didunia ini yang ingin melakukan kesalahan ”.

Katakan dalam hati kita “mungkin dia lupa, mungkin dia sedang banyak masalah, mungkin dia sedang tidak sihat, mungkin dia sedang sibuk..”, atau kemungkinan yang lain.

Maafkanlah kesalahan~kesalahan sahabat kita. Sangat tidak wajar jika kita menghukum seorang sahabat dengan tidak memberi maaf dan tidak tersenyum kepadanya.

Dia mendapatkan hukuman hanya kerana dia melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Sedangkan sahabat itu melakukannya bukan atas kehendaknya.

Maafkanlah… maafkanlah dia..

Lafaskanlah dengan lidah  bahawa kita  memaafkan setiap kesalahan~kesalahannya.

Semoga ini dapat melembutkan hati kita dan dapat menyayangi dengan lebih ikhlas

Sahabatku,
Katakanlah jika aku berbuat kesalahan
Jangan diam
Jangan memendam

Aku  ingin kita  tetap bersahabat selamanya…

Enter Your Mail Address

6 Responses to “Indahnya Didoakan Sahabat”

  1. khai January 20, 2012 at 10:42 PM #

    thnx ngan pengkongsian ini..saya akan cb tok jdi sahabat y setia w/pon ketika susah

       0 likes

  2. Auni January 18, 2012 at 6:29 AM #

    mohon share :)

       0 likes

  3. SYS89 October 27, 2011 at 3:11 AM #

    Kadang2 saya cukup terasa hati apabila ada segelintir kawan yang suka mencari saya waktu mereka susah, dan apabila senang dengan mudah mereka lupakan saya. Tapi, saya cuba kuatkan semangat untuk sentiasa berfikir positif dan cepat2 ingat Allah ada, Allah segala kekuatan bagi saya. Betapa sebenarnya, persahabatan itu adakala menguji keimanan saya namun indahnya bila kita benar2 mengerti apa itu persahabatan dan keikhlasan dalam berkawan. Pinta saya, untuk diri saya. saya harap saya mampu menjadi sahabat yang baik bagi sahabat2 yg mengenali saya. Cukuplah saya mendidik diri saya untuk sentiasa muhasabah diri mungkin kerana kekurangan yang ada pada saya dan semoga Allah memberkati persahabatan saya dan kawan2 yg mengenali saya. Ameen.

       1 likes

    • khai January 20, 2012 at 10:44 PM #

      saye pon slalu alami perkara cm ni…kdg2 dah mlz nk ckap ngan diorg…tp tanpa dirg cm mn kite nk jadi y lebih baik..tol x???

         0 likes

  4. diana August 18, 2011 at 10:54 AM #

    18 RAMADHAN 1432 HIJRAH / 18 AUGUST 2011
    ary nie saye dh saketkan aty kwn saye
    sedih sangat….

       0 likes

  5. farhana August 17, 2011 at 10:01 PM #

    indahnya sahabat yg mendoakn shbtnya..perkongsian yg menarik..

       0 likes

Leave a Reply:

Gravatar Image

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline