Bersihkan Hati Bermula Ramadhan Ini

Mulianya seseorang tidak dilihat dari penampilan luarannya, melainkan dari hatinya.

‘Sesungguhnya, Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu, tetapi melihat hati dan perbuatanmu.”

— HR Muslim

Dalam riwayat lain, Ali bin Abi Thalib ra menceritakan bahwa Rasulullah bersabda:

”Tiada satu hati pun kecuali memiliki awan seperti awan menutupi bulan. Walaupun bulan bercahaya, kerana hatinya ditutup oleh awan, ia menjadi gelap. Ketika awan itu berlalu, ia pun kembali bersinar.”

— HR Bukhari dan Muslim).

Mari bersihkan hati bermula pada Ramadhan kali ini

Hadis ini memberikan gambaran yang sangat indah.

Hati manusia sebenarnya bersih atau bersinar, namun kerap ditutupi oleh awan kemaksiatan hingga sinarnya menjadi tidak nampak.

Oleh sebab itu, kita harus berusaha menghilangkan awan yang menutupi cahaya hati kita.

Bersempena dengan Ramadhan kali ini, marilah kita ambil peluang untuk membersihkan hati kita.

Bagaimana caranya?

Pertama, Muhasabah diri.

Muhasabah diri dalam bahasa Arab disebut muhasabatun nafsi, ertinya mengenalpasti apa sahaja penyakit hati kita.

Semua orang akan tahu apa sebenarnya penyakit qalbu (hati) yang dideritanya itu.

”Hai, orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

— QS Alhasyr [59]: 18


Kedua, perbaiki diri atau bertaubat.

Ini merupakan tindakan lanjut dari muhasabah diri.

”Hai, orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai ….”

— QS Attahrim [66]: 8


Ketiga, Taddabur Al Quran.

Menelaah isi Al-Quran lalu menghayati dan mengamalkannya.

”Maka, apakah mereka tidak memerhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?”

— QS Muhammad [47]: 24


Keempat, menjaga kelangsungan amal soleh.

Amal soleh adalah setiap ucapan atau perbuatan yang dicintai dan diredhai Allah SWT. 

Amalan walaupun sedikit tetapi berterusan, adalah lebih disukai oleh Allah.


Kelima, berzikir 

Sentiasa mengisi waktu dengan berzikir.

Mulut yang sentiasa basah dengan zikir kepada Allah.

Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.

Tuntunan Islam, jika dilaksanakan dengan sungguh-sungguh, akan menghadirkan hati yang tenteram, bersih, serta bersinar terang.

Ibnu Abbas r a menceritakan bahwa ketika menginap di rumah Rasulullah Sallallhu ‘alaihi Wasallam, ia pernah mendengar beliau mengucapkan doa berikut:

‘Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, di lidahku cahaya, di pendengaranku cahaya, di penglihatanku cahaya. Jadikan di belakangku cahaya, di hadapanku cahaya, dari atasku cahaya, dan dari bawahku cahaya. Ya Allah berikan kepadaku cahaya.”

— HR Muslim


Itu adalah perkara-perkara basic.

Asas dalam menjaga kesihatan jiwa dan menghidupkan hati.

Dalam apa jua peringkat umur, perkara-perkara inilah yang perlu diperhati. Semoga amalan ini berpanjangan, walaupun selepas bulan Ramadhan

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
hakim
hakim
10 tahun yang lalu

boleh tak penulis terangkan lebih lanjut tentang tadabbur quran itu? saya tak berapa faham. tq

Zairi Faiezil
Zairi Faiezil
12 tahun yang lalu

Salam..

Saya baru link URL akuislam.com di blog cintaohcinta.net.. Semoga kita dpt berkerjasama..

Tq
Sekian..