Perkongsian Tentang ISLAM. Hidup dan Matiku hanyalah kerana Allah

Dalam Hati Siapa Yang Tahu

Hati…

 Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia? bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?

Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.

 Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.  Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.

Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri. Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”

 Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah  ia ingin tersenyum setiap saat. Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya. Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.

Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?

Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.

Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja  yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini. Hanya  dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang  merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.

Sabda Rasulullah Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

 Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir

Ya Rabb…

Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.

Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin

Enter Your Mail Address

16 Responses to “Dalam Hati Siapa Yang Tahu”

  1. nana March 31, 2012 at 6:05 AM #

    mohon share :) . tq

       0 likes

  2. zamzurina March 16, 2012 at 10:13 AM #

    seperti apa yg saya rasa sekarang….jiwa dan hati menjadi lebih redha…ketenangan juga makin menghampiri…kenapa lar terlalu lewat saya menemui blog ini…jika dulu sering merasakan seseorang telah mencipta kebahagiaan di atas air mata ini yg tumpah..tapi kini hati lebih tenang kerana Allah menyanyangi diri ini maka diturunkan ujian ini….moga dikuatkan lagi hati ini….terima kasih ‘Aku Islam’…

       0 likes

  3. echah February 3, 2012 at 7:08 PM #

    Alhamdulillah..selepas membaca, hati ini rasa tenang..memang betul kata seorang ustaz..apabila menghadapi masalah mengadulah pada allah janganlah mengadu pada manusia..mengadu pada manusia akan timbulnya simpati tetapi,mengadu pada allah,allah akan ringankan bebanan yang menggangu kita..salam ukhuwah.

       0 likes

  4. ILA January 8, 2012 at 6:39 AM #

    Alhamdulillah…saya menemukan artikel ini
    Artikel diatas sama persis dengan yang saya rasakan hari ini.
    Semoga banyak hikmah dari semua ini dan saya menjadi muslimah yang lebih bersyukur lagi, Amiin Ya Rabb…

       0 likes

  5. azreil January 3, 2012 at 7:10 AM #

    kpd ny kita akan kmbali jua…..

       0 likes

  6. syasya December 24, 2011 at 7:22 AM #

    rasa lebih tenang lepas baca entry ni..terima kasih AkuIslam.. :)

       0 likes

  7. SHAFIQQ HAZIQQ December 9, 2011 at 10:09 AM #

    http://www.in4-all.blogspot.com saya kagum dangan kandungan AkuIslam.com kerana memberi kesedaran kepada manusia supaya jangan lalai

       0 likes

  8. hamizah mohamed December 6, 2011 at 3:04 AM #

    mohon share…. tq..

       0 likes

  9. jalimeow October 31, 2011 at 4:51 AM #

    huhuhu….bila ada orang selalu tahu isi hati saya..kekek

       0 likes

  10. jannah October 22, 2011 at 5:00 PM #

    syukran..alhamdulillah..ada pengisian utk hati ni..

       0 likes

  11. rizal aditya August 17, 2011 at 1:31 AM #

    subhannallah… Maha Suci Allah, Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang… semoga kita termasuk orang-orang yang ikhlas dan berserah diri.

       0 likes

  12. Kamal Amir August 5, 2011 at 6:27 PM #

    nampak ketarakah delima di wajahku????
    di luarnya tenang, tapi tuhan saja tahu..

       0 likes

  13. adysur June 13, 2011 at 1:17 PM #

    Suka dengan perkongsian ini.
    Ya, dalam hati tak siapa tahu melainkan diri sendiri dan Allah yang Maha Mengetahui.

       0 likes

  14. Tunkuhudrezairell June 13, 2011 at 12:51 PM #

    tq …

       0 likes

  15. Sofia June 13, 2011 at 8:41 AM #

    thanks …feel better …..;)

       0 likes

  16. Sofia June 13, 2011 at 8:41 AM #

    thanks …feel better …..;)

       0 likes

Leave a Reply:

Gravatar Image

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline