Cantik Semulajadi Tanpa Solekan

cantik semulajadi
cantik semulajadi

Pernahkah anda melihat keadaan seorang wanita yang biasa bersolek dengan make-up tebal, ketika dia tidak berkesempatan untuk bermekap sama sekali?

Atau mungkin ketika dia sedang bersantai bersendirian tanpa mengenakan sebarang solekan, seperti ketika tampil di khalayak ramai?

Bagaimanakah perbezaan wajah diantara dua keadaan itu?

Adakah terlalu banyak perbezaan seolah – olah kita sedang menatap dua wajah orang yang berbeza.

Bukan menatap wajah orang yang sama, tetapi dua orang yang berbeza.

Wajah yang penuh dengan solekan memang akan menampilkan kesan yang ketara sehingga tidak nampak lagi wajahnya yang asli. Bibir yang merah merona, warna mata yang berwarna – warni, dibaluti lipstik tebal sungguh mengganggu penglihatan.

 Pipi yang digebu dioles pelbagai warna seperti pelangi.

Tetapi disaat dia tidak berpeluang memakai makeup, sungguh sangat jauh perbezaannya rupa wajahnya, kelihatan pucat dan tidak berseri.

Alisnya tidak menyerlah, kelihatan tiada kerana selama ini hanya lukisan pensil sahaja dan sangat jauh bezanya daripada penampilannya yang sebelum ini.

Tiada sedikit pun wajah cerah dan berseri – seri pada raut wajahnya. Ia sungguh berbeza. Apa yang ada cuma wajah yang kusam, pucat dan tidak menarik dilihat.

Matanya tidak lagi kelap kelip seperti neon kota.

Akan tetapi disebalik kerdipan matanya, yang terserlah mungkin hanya kerdipan sepasang mata persis kerdipan mata pungguk dari celahan dahan.

Malah mungkin tiada seri pada kerdipan seperti kerdipan neon kota melainkan gurun pasir yang gersang. Anak – anak mungkin lari ketakutan melihat wajah kakak atau ibunya yang menyeramkan.

Sebenarnya apa yang ingin diutarakan kali ini  adalah bahaya bahan kimia dan racun yang terdapat didalam bahan kosmetik itu sendiri.  

Tentunya kesannya lebih buruk apabila wajah terpisah daripada solekan make-up.

kulit menjadi rosak, putih tak putih, hitam tidak hitam. Kulitnya kebingungan mencari warna, lantaran banyaknya ubat yang menyumbat pori – porinya.

Bahan kimia itu memang menjanjikan kecantikan segera.

Dalam waktu yang singkat, wajah kita akan menjadi sangat cerah. Wajah yang kusam dan tidak bermaya  akan segera berseri, menarik dan cantik.

Kedutan ketuaan akan segera terhapus oleh solekan yang menyelimuti wajah. Demikian hebatnya kesan make-up. 

Apa yang lebih dahsyat adalah bahan kimia ini menjadi punca terjadinya kanser yang merosakkan sel – sel kulit. Kulit tidak lagi bercahaya seperti biasa, tidak lagi tegang dan kekal kendur tanpa boleh lagi dipulihkan.

Inilah babak baru yang menggelisahkan.

Ketika bahan kosmetik menjadi igauan ngeri kerana kesan buruk yang dibawanya.Ketika ini ubat -ubatan tidak lagi mampu memulihkan, impian untuk menjadi cantik hanya tinggal mimpi.

Wajah yang asalnya sempurna dalam sederhana, kini bertukar menjadi wajah yang kita sendiri tidak sanggup untuk menatapnya.

Itulah  harga yang perlu dibayar lantaran memburu kecantikan yang tidak berlandaskan aturan agama. 

Cantik semulajadi

Kembalilah kepada kepada kecantikan semulajadi. Menjadi cantik tidak bererti kita perlu memilih risiko. Cantik adalah sihat tubuh badan dan sihat jiwa.

Percayalah, kita akan kelihatan lebih cantik dengan kelakuan dan perangai yang cantik. Wajah yang dihiasi oleh cahaya keimanan, pasti akan menyerlah kecantikan semulajadi dan mampu meraih perhatian sesiapa sahaja.

itulah cantik semulajadi

Lebih utama lagi, biar sahaja kecantikan itu dapat meraih perhatian dan keredhaan Allah SWT, kerana perhatian Allah SWT lebih besar manfaatnya berbanding perhatian manusia.

Mahu cantik tidak salah, tetapi biarlah bersederhana.

Pandanglah wajah anda baik – baik, dan tanyalah pada diri sendiri, adakah kita sudah bersedia untuk membuang semua kosmetik – kosmetik ini?

Ini adalah sebahagian daripada cabaran hidup anda.  

Kita tidak perlu tampil berlebihan, tetapi harus menjaga kesederhanaan dalam setiap perkara.

Tidak terlalu menonjol dan memukau sehingga membuat pemuda tidak berkelip. Yang kita perlu hanyalah wajah yang selau bersih.

Wajah yang memancarkan kesederhaan, ketenangan dan kesabaran. Itu yang terbaik. :)

.

buku rujukan : Engkau memang cantik ( Burhan Sodiq) 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

16 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Mawar Melati
Mawar Melati
8 tahun yang lalu

Cantik itu memang subjektif. Tapi cantik budi bahasa paling indah.. Cantik luaran hanyalah bonus.. Alhamdulillah kalu ada yang mempunyai kedua-dua pakej tersebut. Beruntung sangat.

Anis Elaika
Anis Elaika
8 tahun yang lalu

Cantik tu subjektif. Perempuan suka pakai make-up kadang-kadang bukan nak tarik perhatian orang tapi sebab muka pucat dan kurang berseri. Biasanya sebab ada masalah kesihatan menyebabkan muka nampak pucat. Kalau nak cari produk semulajadi yang dapat menjaga kesihatan luar dan dalaman, cubalah minyak kelapa dara at http://oasiskelapadara.blogspot.com/

Terima kasih!

Hairunissa
Hairunissa
9 tahun yang lalu

Sy setuju utk cantik secara semulajadi..Ia satu bonus bila kuar umah dgn yakin tnpa sbrg solekan..ape lg kalo cantik bile d pandang suami..jemput k blog sy utk cantik tnpa make up
http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/11/tips-kecantikan-kulit-wajah.html?m=1

Or utk info lanjut hubungi sy
Nissa
0193584312

Hairunissa
Hairunissa
9 tahun yang lalu

Assalamualaikum..time kasih ats perkongsian y cukup menarik..Sy sgt setuju utk wanita lahirkn kecantikan smulajadi..Kuar umh tanpa berhias adlh satu bonus y perlu dsyukuri.Jemput ke blog sy utk cantik semulajadi tnpa make up
http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/11/tips-kecantikan-kulit-wajah.html?m=1
atau hubungi sy utk info lanjut.pasti anda teruja..

Nissa
0193584312

anis
anis
10 tahun yang lalu

anis drp dulu lagi memang tak suka mekap sampailah masuk uitm ni =p. rasa mcm muka jadi keras yg amat bila letak mekap. bedak pun xnak pakai lagi2 kulit ni sensitif. klau guna pun nipis je taruk lps tu balik cuci laju2 =.>

Hairunissa
Hairunissa
Reply to  anis
9 tahun yang lalu

Assalam..saudari anis.jika kulit sensitif mgkn merawat dr dlm lbh baik..utk dptkn sel kulit y sihat.bole la jenguk k blog sy.anda pasti yakin keluar umh tanpa make up.
http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/11/tips-kecantikan-kulit-wajah.html?m=1
Nissa
0193584312

zennaya
zennaya
10 tahun yang lalu

saya pun memang tak suka mekap. sangat2 tidak suka. Sebab saya jadi sangat rimas dan tak suka bhn kimia dalam solekan. macam mana saya kat rumah, macam tu jugak la saya keluar rumah. saya hanya bersolek bila kena attend interview saja, itupun yg paling nipis. hari2 biasa memang saya x suka bermekap. itula diri saya yg sebenarnya

Kamilah Permata
Kamilah Permata
11 tahun yang lalu

“Wajah yang memancarkan kesederhaan, ketenangan dan kesabaran.” Suka ayat tu..Nice sharing…

ag hadi safwan bin ag abdullah
ag hadi safwan bin ag abdullah
12 tahun yang lalu

alhamdulillah, btl tu admin.. kita klu nak cantik, kita cuma perlu doa sahaja kepada Allah swt dan x perlu nak mekap2 dan sebgainya… kerana cantik itu kurniaanNya yang Maha Cantik :.. allahualam

Dear Yayah ^0^
Dear Yayah ^0^
12 tahun yang lalu

suka sgt baca entri2 kat sini.

byk manfaat :)

misskiwikasut
misskiwikasut
12 tahun yang lalu

tetapi, ramai lelaki yg suka perempuan cantik. yg x cantik, akan berusaha nk jd cantik. so, perempuan mekap sbb lelaki suka perempuan cantik dan tak bg suami pandang perempuan lain. tapi stakat gincu n bedak pn dah cantik sbnrnya. ^,^