Biarkan Kesedihan Berlalu Pergi, Serahkan Semuanya Pada Allah

kesedihan

kesedihan

Kesedihan

Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali. Masa depan masih ada dialam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang. 

Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya. Biarlah ia datang dengan sendirinya.

Berbuat baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan.

Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya. Oleh kerana itu, seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi.

Rezeki semua makhluk telah dijamin oelh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki.

Akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan dan cacian yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan. Kerana seorang mukmin memang tidak mungkin terlepas dari cacian dan makian.

Bahkan Allah Maha Mulia sekalipun mendapat cacian dan makian daripada orang fasiq dan kafir.

So, usah dipedulikan mereka yang selalu merendahkan diri kita. Kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.

Jalanilah hidup ini apa seadanya

Keadaan didunia ini penh dengan kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa dan banyak warna. Semua itu bercampur baur dengan kesusahan dan penderitaan hidup.

kita adalah sebahagian dari dunia, mahu tidak mahu, kita harus berada dalam keadaan ini.

Kita tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat perkara yang menyukarkan.

Pada setiap perkara itu pasti terdapat sesuatu yang buruk dan kita tidak suka. Oleh itu marilah kita memadamkan keburukan itu dengan kebaikan yang ada pada mereka.  Insyaallah, kita akan selamat dan merasa adil 

Allah SWT menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling berlawanan, dua kubu yang saling berhadapan dan dua pandangan yang saling bertentangan, yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagian dengan kesedihan.

Jalanilah hidup ini dengan seadanya, jangan larut dalam khayalan dan jangan hanyut dalam imaginasi yang berlebihan. Hadapi hidup ini, kawallah jiwa kita untuk dapat menerimanya serta menikmatinya!

Bagaimanapun kita, tidak mungkin semua sahabat kita itu ikhlas kepada kita dan semua perkara akan sempurna dimata kita.

Sebab keikhlasan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia. Bahkan, mungkin kita juga melihat isteri atau suami kita pun tidak akan pernah sempurna dimata kita.

Tapi janganlah kita membenci dia, kerana jika kita tidak menyukai salah satu perangainya, mungkin  kita akan menyukai perangai dia yang lain.

Marilah kita menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, meninggalkan perkara – perkara yang menyusahkan, menutup mata dari beberapa perkara untuk saat tertentu dan melupakan perkara – perkara yang menggangu.

Buat apa kita menghabiskan air mata

dan membiarkan hati gelisah kerana bersedih?

Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya

kepada tuhan yang maha Mulia

Kerana jika hati sudah menjadi tenang

maka jalan keluar pasti akan terbuka..

 

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 1,827 other subscribers

EarthSecret

Comments

  1. says

    Saya setuju sekali dengan uraian di posting ini. Kita wajib selalu qona’ah, tawakkal, ikhtiar & bersyukur kepada Allah SWT dalam menjalankan kehidupan di dunia ini. Semoga kita selalu di dalam lindungan Nya. Amien

  2. miss_siputsedutpink says

    Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
    Bermujahadah lah kita,. Betul, Mujahadah itu sangat pahit, kerana tiada siapa yang memahaminya kecuali diri kita, tapi insyaAllah Allah akan ganjarkan kemanisan di syurga nanti..

    Cuba ikhlaskan diri kita untuk menerima setiap apa yang orang lakukan pada kita, walaupun ianya sangat menyakitkan.. Hanya Allah yang dapat menilai sejauhmana keikhlasan kita.. Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berada di atas batu yang hitam pada malam yang gelap gelita. Orang lain tidak dapat melihat secara zahirnya, tetapi hanya Allah yang punyai kuasa melihat ke atas keihklasan kita..

    Jadi cuba bermujadah dan ikhlaskan diri.. Kedua2nya sangat pahit untuk kita tempuhi tapi percayalah ajaibnya pahit itu, Allah tukarkan dengan kemanisan yang sangat lazat kelak..

    Jadi menangislah, kerana menangis itu perlu yang melambangkan kesedihan kita, tapi cukup untuk sekadarnya. Jangan tangisi terlalu keterlaluan, kelak beri kemudharatan pada diri sendiri. InsyaAllah, mesti kena percaya setiap yang berlaku pasti hikmahnya.. Benar, kita tidak nampak sekarang, tapi dengan kesabaran kita, Allah akan berikan dengan manisnya keimanan kita.. InsyaAllah

    p/s: saya dalam proses memujuk diri sendiri, semoga Allah berikan ketenangan pada saya atas apa yang berlaku.. Wahai diri, bermujahadah lah dengan tenang.. kpd MAMN – saya tidak menyalahkan jauh sekali untuk berdendam, tapi saya anggap ini ujian Allah untu saya.. Sama2 kita jaga silaturrahim ini, Uhkwah filah abadan abadaa -

  3. zahirah says

    Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsia ini..sgt bermanfaat..mohon izin to sharing..

  4. Norliah Ab. Rahman says

    Allah tidak pernah zalim pada hambanya, setiap ujian yang diberi ada hikmah disebaliknya.Kita perlu yakin 100% padaNya.Allah sayang hambanya yang sentiasa mendekatinya dan sentiasa memohon rahmatnya

  5. hasnol hakim says

    perkara yang paling susah dan sukar di dunia ini adalah berbuat baik dan bersabar..

  6. says

    as,,,
    Menurut saya Kata-kata Diatas Membuat saya Sadar’ bahwa tiada Guna’ waktu Qt’ habiskan Hanya dg Menangis Hanya Karna Melihat Org yg Qt sayang bahagia Sama Org lain, dan Tak Perlu Melihat Masa Lalu’ karna Masih Depan yg akan Datang semoga tak seperti apa Yg Qt rasakan Ini,
    Dan Semoga Dg kata-kata Ini Bisa Membuat Saya Bahagia dan Semangat Menjalani Hidup tanpa Dia yg Q’ sayangi, amiieeennn

  7. endless love says

    amin….
    tp kite jgak kne ingat
    sbesar mne ujian yg trjd pd
    kite…
    mungkin ade lg insan yg mnggung
    lg bsar ujian yew….
    so rosmawati hope u boleh
    hadapi sume uh….amin…
    happy always….

  8. says

    Hidup ini penuh dgn cbrn,ujian,dugaan…sbb Allah sygkn hmbanya…even kdg2 kita trsa bgtu down tuk hdapi sumer tu….tp kita sbg hmbanya perlu bersyukur ats apa yg Dia turunk tuk kita.pasti ada hikmah disebaliknya…..aku hnya berdoa moga diri aku kuat,tabah tuk hadapi sumer nie..Ya Allah….besarnya ujian Mu keatas diriku ini.Kau beriknlah kekuatan n kesabaran untuk hamba mu ini Ya Allah…amiin.

  9. abu basyer says

    mungkin kita juga melihat isteri atau suami kita pun tidak akan pernah sempurna dimata kita. Tapi janganlah kita membenci dia, kerana jika kita tidak menyukai salah satu perangainya, mungkin kita akan menyukai perangai dia yang lain.

    Love this quote!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *