Ya
Rabb..,
di
kejauhan ini aku berada kini,
di
hati terdetik rindu tiada terperi,
ingin
kuhindari namun ia makin menghampiri..,
aku
berdiam tanpa bicara,
cinta
bergolak di dalam jiwa,
di
manakah dia…bagaimanakah dia,
menanti
dirinya yang belum kunjung tiba..,
pena
menari tiada henti,
aku
menanti dan terus menanti,
di
manakah cinta yang engkau redhai,
ingin
kumiliki…ingin ku genggami..,
ya
Rahman..,
jauhilah
aku dari dia yang yang takkan pernah kumiliki,
hilangkanlah
cinta buat dirinya yang namanya tidak tertulis buat diri ini,
kuncilah
pintu hati ini andai dia yang dinanti belum aku jumpai,
kerana
inginku persembahkan rindu ini buat dia yang halal kudampingi,
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<
awak…,
peritnya
menahan sebuah rasa ini,
ku
biarkan airmata terus menemani,
demi
menjaga sekeping hati yang akan engkau miliki,
awak…,
semoga
Dia sentiasa melindungi,
aku
dan dirimu di perhentian ini,
bersabarlah
andai hati belum bersedia,
kerna
kelak pasti hadirnya bahagia…,
ya
Muhaimin…,
peliharalah
hatinya untukku…,
sebagaimana
aku berusaha memelihara hatiku untuknya…,
peliharalah
pandangan matanya untukku…,
sebagaimana
aku berusaha memelihara pandangan mataku untuknya…,
peliharalah
pergaulannya untukku…,
sebagaimana
aku berusaha memelihara pergaulanku untuknya…,
sesungguhnya
Engkau adalah sebaik-baik Pemelihara….
-insankerdillagilemah-
tigabelassatu’12
))
Karya ini telah dikirim oleh Zahrah Humaira ke inbox kami. Terima Kasih diatas perkongsian ini



artikel yg sangat menarik…tersentuh bila baca artikel ni..
mohon share..
terima kasih..
mohon share madah indah ini,kerana ia menarik minat sy.
sangat tersentuh ketika membaca artikel ini. berulang ulang kali saya membacanya dan hampir mengalirkan airmata.
mungkin saya tak kuat untuk menhadapi dugaan ini.
Perbetulkan niat, adakah perubahan yang kita lakukan selama ini untuk dia? kalau ye, dkhuatiri akn wujud perasaan begini selepas berumah tangga.. “igtkan baik sgtlah dia ni..” Kalau melakukan sesuatu itu kerana manusia, selamanya kita tidak akan pernah berasa puas kerana itulah fitrah sifat manusia tapi lakukanlah hanya kerana Allah, seikhlas yg mungkin (wlaupun ikhlas itu rahsia Allah)insyaAllah terdapat keberkatan didalamnya~
^_^ $enyum $elalu ^_^
mohon share
sangat menarik..
pasrah dgn ketentuan yg tlh di tetapkn…
hanya ALLAH tmpt utk mgadu
nice =)
doa yang dapat diamalkan tatkala hati dalam keresahan soal jodoh..