Stress : Aku Stress Dengan Masalah!

CEO —  29/06/2011 — 6 Comments

Banyak orang stress apabila menghadapi masalah. Kawan – kawan saya juga ramai moody apabila ditimpa masalah. Wajah orang yang stress memang tak comel. 

Ini kerana, sebelum ini mereka menganggap hidup ini bebas dari masalah.  Padahal sebenarnya disebabkan ada masalah lah baru kita dapat bertahan untuk hidup, dan kerana ada masalah jugalah baru seseorang itu dapat menghargai hidupnya.

Apabila kita dapat melihat masalah sebagai sebuah keindahan, maka hidup kita akan indah!

Tetapi apabila kita melihat masalah sebagai suatu beban hidup yang hanya menghalang kita, maka hidup ini pun terasa penuh beban.  Ada juga diantara kita, hingga sanggup untuk membunuh diri. Itu adalah berbuatan tidak cerdik dan bukan orang yang percayakan tuhan.

Apabila tiada masalah, bagaimana kita akan memperoleh kebijaksanaan? Kerana apabila ada masalah, maka akan muncul pencerahan.

Tetapi bagaimana untuk kita menghadapinya?

Menghadapi masalah  memerlukan suatu ketenangan  dan kejernihan jiwa… Ianya sesuatu yang perlahan,  tetapi pasti kita akan dapat melihat semua benang kusut dari permasalahan yang timbul tersebut, dan kita mencuba untuk menguraikan benang yang kusut itu.

Kalau benang itu  masih kusut?  jangan khuatir, ambil gunting dan gunting je… beres terus! :P hi3..

Kita jangan lupa, kita masih ada Allah.. Berdoalah, Dia pasti mendengar luahan hati hambanya. Ingatlah, Allah tidak pernah membebani hambanya dengan sesuatu yang tak mampu ditanggung oleh hamba tersebut.

Jangan kerana satu masalah dan kita membuat masalah yang baru,

Jangan kerana satu masalah membuat kita menderita selamanya,

Jadikan masalah sebagai cabaran untuk diselesaikan. Jadikanlah masalah sebagai batu loncatan untuk sebuah kejayaan.

Apabila lari dari masalah, sesungguhnya didepan sana masalah yang lebih besar akan menunggu kita.

Apaila tidak lari dari masalah, maka bila ada masalah yang timbul kemudian, setidak – tidaknya kita sudah jauh lebih kuat, lebih tabah dan lebih bijak dalam menyelesaikan permasalahan.

Sesungguhnya 90% masalah itu muncul dari dalam diri kita sendiri,

Muncul dari cara berfikir kita,

Muncul dari ketidaktahuan kita,

Muncul dari keserakahan dan kesombongan kita,

Muncul dari sifat kita yang kurang bijaksana,

Muncul dari sifat kita yang kurang memiliki cinta dan kasih sayang

Muncul dari semua kekhilafan manusia

Jadi,

Kemana arah kehidupan kita? kita  sendiri yang menentukan!

CEO

Posts Twitter Facebook Google+

Terima kasih kerana sudi bertandang di blog Aku Islam. Semoga artikel yang anda baca mampu memberi kebaikan. Semoga Allah Redha.. =) Jika anda berminat untuk menghantar artikel kepada kami, anda boleh merujuk caranya di sini: Hantar Artikel

Masukkan alamat email anda untuk melanggan ke blog ini dan menerima updates terbaru melalui e-mel....

Join 314 other subscribers

6 responses to Stress : Aku Stress Dengan Masalah!

  1. Salam.maaf klau terkasar bahasa..tp harap anda faham..org yg pernah cuba membunuh diri tdk semestinya bermakna yg dia x percayakan Tuhan..semuanya juga ade kaitan dari segi kandungan neurontransmitter di otak..bkn dr segi rohani jee tp jgk dr segi jasmani..so,harap anda faham..cubaan membunuh diri tak semestinya bermakna org tuu hilang kepercayaan kpd Tuhan..anda akan faham klau anda pernah mengalaminya… ^_^

    • Assalamualaikum. Syukur kita dapat kpd Allah krn dipertemukan dlm suasana aman di sini utk kkita sama2 berkongsi pandangan…insyaAllah, dan dengan izin saudara admin kita suka saya nyatakan akan perkara yang saya yakin bahawa kita semua yang berpegang teguh pada ajaran Islam sedia maklum bahawa kematian bukan hak kita melainkan hanya Allah Swt. kita dituntut hanya mengingati mati tp bukan meminta mati.

      Spt saudara aqil18s nyatakan “cuba bunuh diri” itu sangat hampir dengan “bunuh diri” kerana ada tindakan selepas niat…nauzubillahiminzalikh. Hal yang demikian tidaklah menggambarkan bahawa si pelaku itu benar2 erti akan ajaran dan perintah syarak. Samada sedar atau tidak ia adalah tindakan mereka yang tiada kekuatan akidah atau lemah keimanan yang mana pewarisnya adalah dari kalangan mereka yang lalai akan perintah Allah…sekaligus telah hanyut dengan bisikan syaitan durjana yang mahu memenuhkan kampung “Jahannam” dengan manusia2 lalai kekal dalamnya…nauzubillahiminzalaikh.

      Alhamdulillah, kita yang berakal dan sedikit dengan ilmu Allah ini masih mampu dan akan terus mampu menghindari perkara yang mendapat lakhnatullah itu. Melainkan kita yang hilang akal kewarasan sahaja akan terjerumus ke arah kemungkaran.

      Wallahua’lamubissawabih.

      Salam ukhuwah dan salam eidulfitri.

Leave a Reply