Perkongsian Tentang ISLAM. Hidup dan Matiku hanyalah kerana Allah

Aku Bimbang Tidak Sesoleh Dirinya..

YA ALLAH, AKU CINTA PADANYA…

“ Cintai diri untuk mencintai orang lain ”

Seorang pemuda telah jatuh cinta kepada seorang gadis. Gadis yang pada pemerhatiannya cukup sempurna… Kehendak hatinya itu dibawa berbincang bersama kedua ibubapanya…

.

Anak : Ibu, Abah… Along telah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan seorang gadis. Pada pemerhatian along cukup sempurna. Taat kepada kedua ibubapanya, menjaga batas pergaulannya, suka membantu dan yang lebih penting, menurut kawan sebiliknya, cukup menjaga amalannya… Solat, puasa bahkan sentiasa bangkit bermunajat di dalam keheningan pagi sedangkan teman-temannya yg lain sedang enak diulit mimpi.

Ibu : Benarkah begitu ? Begitu bersungguh anak ibu ini ya… Siap memasang “spy” lagi. Ceritakanlah lagi tentang gadis itu. Abang, telah dewasa ya anak teruna kita seorang ini ? (Si ibu tersenyum sambil menoleh si bapa yg berada si sebelahnya).

Bapa : (Tersenyum membalas senyuman isterinya). Yalah, sudah 23 tahun rupanya kita membesarkan Along ni ya. Alhamdulillah, hingga kini abah lihat along sentiasa menjaga nama baik ibu dan abah. Along juga sudah mulai bekerja dan kinilah masa yang sesuai untuk kami memperoleh menantu… InsyaALLAH, tidak lama selepas itu menimang cucu pula…

Anak: (Dengan muka kemerah-merahan menahan malu). Ibu, abah… Along cukup menghargai jasa ibu dan abah selama ini terhadap along. Ibu, gadis itu sebenarnya tinggal tidak jauh dari rumah kita ini. Keluarganya orang baik-baik. Tidak lah terlalu kaya namun cukup permurah dan dihormati oleh penduduk kampung. Namun begitu, along bimbanglah ibu, abah……

Ibu : Bimbang ? Apa yang along bimbangkan ?

Anak : Along bimbang along tidak sesoleh sehingga sepadan untuk menjadi pendamping diri gadis itu. Bukankah along telah ceritakan betapa solehahnya gadis itu ?

Bapa : Along, abah gembira melihat along memilih gadis yang solehah untuk dijadikan isteri. Abah sendiri pun dianugerahkan Allah gadis yang baik yang mana akhirnya menjadi ibu kamu… (Tersenyum melihat isterinya. Isterinya kemudianya membalas senyuman itu).

Cuma sebelum along teruskan niat itu, mari kita bersama  muhasabahkan diri. Cuba renung-renungkan diri dengan soalan-soalan ini.

1. Sejauh manakah along telah mendalami 3 bidang ilmu ini ?

Ada 3 bidang ilmu dalam kerangka Islam iaitu Ilmu Aqidah, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tassauf.

Abah lihat ramai yang berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar hukum hakam dalam ibadat wajib namun pada masa yang sama turut melakukan perbuatan-perbuatan syirik.

Along, sebagai pemimpin keluarga, jika tidak lebih, sekurang-kurangnya perlu setanding dengan ilmu yang dimiliki oleh isteri kita. Bukankan kita pemimpin untuk dirinya ?

Kalau tidak salah abah, sewaktu di sekolah pondok, along diajar mendalami kitab Anak Kunci Syurga, kitab Muhimmah dan Penawar Bagi Hati kan ?

Abah lihat di kedai-kedai buku sekarang sudah ada yg telah diterjemahkan ke dalam tulisan rumi. Kalau dahulu semua ini di dalam tulisan jawi dan bahasa arab.

Kalau along nk mengingati kembali huraian kitab-kitab itu, abah lihat banyak video-video kuliah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Dr Abdul Basit Abdul Rahman dan Ustaz Shamsuri Ahmad mengenainya di dalam youtube.com. kalau nak dengar mp3 pula abah lihat ada di mymaktabaty.com.

Kitab ni kita tidak boleh pandai-pandai nak baca sendiri. Boleh jadi tersasar pemahaman kita. Ialah kan, bahasa yang digunakan pun bahasa lama. Kenalah mencari guru untuk mengajarnya.

.

2. Bagaimanakah dengan keadaan fizikal dan mental along? Berkahwin bukan sahaja untuk menyalurkan kehendak fitrah pada jalan yang halal, tetapi juga medan yang penuh dengan komitmen. Anak along misalnya, boleh menjadi sama ada amanah yang menguntungkan atau fitnah yang membinasakan. Along juga perlu menjaga keperluan zahir dan batin isteri. Hubungan dengan keluarga dan masyarakat juga perlu dijaga.

Along sebagai anak perlu juga tidak membelakangi hak-hak ibu, abah dan kedua bakal mertua along. Terimalah mereka sebagai sebahagian dari keluarga along ye. Kerana pernikahan juga merupakan proses untuk menyatukan dua keluarga.

.

3. Adakah along menyedari bahawa kehidupan kita ini tidak pernah sunyi dari masalah? Abah bimbang along terjerumus dengan khayalan bahawa ke semua yang kita rancangkan akan menjadi sempurna seperti yang diharapkan. Sedarlah bahawa ke semua ini berada di bawah qudrat dan iradat Allah S.W.T.

Kita berkehendak, Allah juga berkehendak. Hanya kehendak Allah lah yang menjadi penentu ke atas semua perkara.

Along, boleh jadi selepas kahwin. Isteri along tidak lagi secantik seperti sewaktu di awal pernikahan. Komitmen terhadap tugasan juga adakalanya boleh menjadi punca regangnya hubungan yang sedia terbina. Boleh jadi along atau isteri ditimpa musibah, sakit misalnya. Ketika itu, adakah along tetap akan menyayangi isteri sepertimana di awal pernikahan ?

Boleh jadi juga ada unsur-unsur cemburu dan khianat terhadap kebahagian rumah tangga along. Boleh jadi hadirnya orang ketiga. Boleh jadi tomahan-tomahan dilemparkan. Boleh jadi juga ada yang begitu kejam sanggup menyihir keluarga along. Bersediakan along untuk itu ?

.

4. Tahukah along apakah dia rahsia keluarga yang bahagia ? Keluarga bahagia ialah keluarga yang mempunyai unsur – unsur syurga dan sifat – sifat mahmudah di dalamnya. Apakah unsur – unsur itu ?

Antaranya ialah kejujuran dan kebenaran. Jujurlah pada pasangan. Jangan berahsia dan berkata benarlah sesuatu perkara yang mana jika tidak diceritakan terlebih awal akan memudharatkan. Elakkan pembohongan meskipun di dalam gurauan.

Selain itu sentiasalah bermusyawarah bersama ahli keluarga. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bersedia memimpin dan dipimpin. Yang lain-lain abah pasti along sedia maklum bukan ?

.

Along, perkahwinan merupakan sesuatu yang mengikat kita kepada suatu komitmen yang besar. Jika along masih mengingini peluang untuk ke sana ke mari menikmati kebebasan bagi melakukan aktiviti atau perkara-perkara yang disukai, perkahwinan akan menjadi sesuatu yang lebih membebankan.

Bersedialah untuk mengubah cara hidup agar sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul. Abah yakin dengan kemampuan along untuk itu.

Anak : Terima kasih abah dan ibu. Along berjanji akan menjadikan nasihat tersebut sebagai panduan untuk mengemudi kehidupan selepas ini. Terima kasih atas segalanya…. (si anak kemudiannya memeluk kedua ibubapanya).

.

  Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.” (Fatimah Syarha, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul)

Jika Zulaikha mampu menunggu Yusuf A.S. hingga bertemu cintanya yang sejati, di mana akhirnya berubah dari seorang penggoda kepada HambaNya yg solehah. Mengapa “Yusuf” di zaman kini tidak mampu menunggu kehadiran “Zulaikha” yang setia memelihara diri ke dalam hidupnya ?

Ya Allah, aku mendambakan seorang muslimah solehah sebagai isteri yang sah. Namun solehkan aku untuk itu ? Bimbinglah hambamu yang lemah ini Ya Allah.. 

.

.

RUJUKAN

  1. Pengalaman peribadi penulis
  2. Perkongsian pengalaman seorang rakan di sekolah pondok
  3. Kompas Cinta, A. Ubaidillah Alias
  4. Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, Fatimah Syarha Mohd Noordin
  5. Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya, Hasrizal Abdul Jamil
  6. Ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Dr. Abdul Basit Abdul Rahman & Ustaz Shamsuri Ahmad di Youtube dan Mymaktabaty

AkuIslam.Com tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau menerima apa-apa bayaran dari laman web dan buku-buku yang dinyatakan di dalam artikel ini, Melainkan hanya sebagai usaha menyokong proses dakwah yang dilakukan oleh mereka. 

Penulis membenarkan artikel ini disebarkan oleh para pembaca dengan harapan masih mengekalkan tagline “AkuIslam.Com” sebagai langkah menarik lebih ramai pembaca sebagai langkah untuk memperkasa usaha berdakwah…  Wallahualam… =)

Enter Your Mail Address

23 Responses to “Aku Bimbang Tidak Sesoleh Dirinya..”

  1. ku cintaiMu December 20, 2011 at 8:01 AM #

    Ya Allah, menariknya artikel ini….pengalaman sy, dulu mmg sgt2 frust tertonggeng bila putus cinta, tp hikmah yg sy dpt, salah 1nya, sy byk terjumpa blog2 menarik cerita kaitan Islam dan cinta…

    sy berdoa semoga sy dapat mencintai seseorg berlandaskan hubungan yg dihalalkan….insyaallah….:)

       0 likes

  2. tinggi_rahmat December 19, 2011 at 5:30 PM #

    alhamdulillah!saya sangat suka baca artikel2 dkt sini ^^
    wow~sangat beguna untuk seluruh umat islam..
    sememangnya cinta itu FITRAH dan LUMRAH manusia :)

       0 likes

    • AkuIslam December 20, 2011 at 4:06 AM #

      semoga hidup kita sentiasa mendapat keredhaanNya.. :)

         0 likes

  3. Syaza Syafeeqah December 18, 2011 at 11:45 PM #

    Assalamualaikum….
    rasanya tak perlulah kita berbalah.
    Soal cinta mmg sinonim dgn kehidupan setiap manusia.
    Yang penting, apa yang nak disampaikan itu telah pun dikongsikan.
    Semuanya terpulang kepada individu masing2.
    Tepuk dada, tanya iman. ;)
    PEACE! (^_^)V

       0 likes

    • Cikgu December 19, 2011 at 4:12 AM #

      Setuju… = )

         0 likes

  4. bijan December 18, 2011 at 12:38 PM #

    Kpd admin akuislam, teguran ana di bawah masih tak dijawab lagi. Harap dapat ambil perhatian sebab kita bimbang ramai yang tersalah faham, menyangka watak muslimah solehah yang digambarkan di atas sebagai menutup aurat dengan sempurna, sedangkan ianya amat jauh sekali daripada yang disyariatkan.

       0 likes

    • Cikgu December 18, 2011 at 3:11 PM #

      Bersetuju dngn bijan…. mungkin admin trlepas pandang… cuba bijan try p.m. dkt fb dia ke ?

         0 likes

    • AkuIslam December 18, 2011 at 5:10 PM #

      Ok admin dah tukar gambar tu. Tapi tak tahu le kot2 dia ni ada aurat juga.. hi3 :)

         0 likes

  5. Cinta islam December 18, 2011 at 11:25 AM #

    Biarlah blog ni nk tulis ttg apa.. Yg pnting ianya menunjukkn kearah cara2 hidup islam..
    Knpa perlu ada bantahan,kecaman mahupun dengki.. Knpa perlu anda sakit hati..
    Anda terasa,mgkn kerana anda tidak mengamalkannya.. Jika anda islam, seharusnya anda tidak
    bergaduh atau saling bertikam lidah sesama islam.. ambillah yg baik sbg iktibarb dan panduan, yg tidak baik sbg sempadan. Terimalah apa jua teguran dgn hati yg terbuka semoga anda mnjadi insan kpd manusia, hamba kpd Allah yg lebih baik..
    Kata2 ini sy tujukan bg diri sy dan anda semua sbg peringatan, semoga kita semua diRedhai Allah.. InsyaAllah..

       0 likes

  6. AkuIslam December 18, 2011 at 7:21 AM #

    Assalamualaikum,
    Terima kasih sebab menegur. Tapi menegur pun ada adabnya.

    Ya, admin akui banyak entri cinta kat sini. Sebab sasaran utama blog ini adalah orang muda/remaja dan 90% interest mereka pada cinta. Remaja banyak tersasar sebab cinta.

    Rasenya tak semua entri pasal cinta, ada entri lain selain dari cinta. Banyak lagi entri tentang kehidupan.

    Orang yang dah sempurna tak perlu / tak wajib datang ke blog ni. Kat sebelah atas kanan ada butang “X”, itu jalan keluar. Saya tak paksa baca, ini kehendak hati. :)

       0 likes

    • Zen December 18, 2011 at 9:33 AM #

      Betul tu admin. Nak menegur boleh, tp biar berhikmah dan beradab. Ni main redah je.. aku rase ni geng2 yg suka troll blog org ni.. =.=”

         0 likes

      • Siti hiqmah December 21, 2011 at 7:23 PM #

        BENAR

           0 likes

    • HasanahNajiihah December 18, 2011 at 9:43 AM #

      assalamualaikum.
      yes , ana sokong 100 peratus . sebab cinta lah remaja zaman sekarang rosak . biarlah mereka . mungkin mereka tidak mengetahui apa apa . mereka muslim bukan mukmin . semoga Allah memberikan mereka taufiq dan hidayah . InsyaAllah . ameen :)

         0 likes

  7. Nurul `Atirah Ahmad December 18, 2011 at 6:45 AM #

    Cinta itu fitrah and lumrah..ada apa dgn cinta? Salahkah cinta? Cinta krn Allah, mmbawa dri kearah yg lbh baik, zina? cmne yg dikatakn zina? Jangan mudah melemparkn kta2 yg tak sepatutnya, berfikir trlbh dhulu atau klu tak tau, diam itu lbh baik…”bajet alim”, hmmm….adakah dri kita sempurna? Gambar diatas sekadar hiasan dan kartun, dan hal nya kecil berbanding dgn ilmu yg ditulis, npe tak ambil ilmu yg cuba dismpaikn? Kalau ya pun, tegurla dgn cara dan bahasa yg lbh proper,wallahua’alam..

       0 likes

  8. bijan December 18, 2011 at 4:19 AM #

    Gambar di atas pun tak mencerminkan ke-solehah-an wanita tersebut, tutup aurat pun tak sempurna. Buang lah gambar tu, tukar gambar yang lebih baik.

       0 likes

  9. lolwtf December 18, 2011 at 3:51 AM #

    name blog aku Islam. post 90% pasal cinta. sedih aku tengok. kau punya Islam pasal cinta ja ka? itu yang kau ketengahkan? pasal cinta dan zina? tak informatif tentang Islam langsung. typical melayu yang bajet nak alim tapi asek cakap pasal cinta ja.

       0 likes

    • Hairan December 18, 2011 at 6:29 AM #

      Betul kata anda. Baik tukar dengan tajuk Cinta In Islam…

         0 likes

    • basyer December 18, 2011 at 6:56 AM #

      Bangsat apa kamu nak kondem2 blog orang..?!

      Kalau kau tak suka kau jangan baca ok? Kau tak rugi pun.. lagi pun blog ni ajar bagaimana mengendalikan cinta in proper way, kerana cinta la yang banyak merosakkan bangsa melayu… xpaksa la kau baca wey! mak bapak ko je tak bercinta! :P

         0 likes

    • Zen December 18, 2011 at 9:27 AM #

      weh, aku rase ko la Melayu bajet tu. Bajet sempurna dan hebat sampai nak kondem blog orang. Aku tau ko bace tajuk je kan? Entry ko tak bace pun.. pastu terus kondem? shame on u la bro…~

         0 likes

  10. cimon December 17, 2011 at 11:21 PM #

    dilemma biasa seorang lelaki biasa pd wanita yg dianggap luar biasa kesolehannya yg mungkin sifat kesolehan tsbt msh tidak biasa / tidak bisa dipraktik lelaki biasa tsbt pd waktu biasa2 ini.mungkin kah mereka boleh bertemu lg?

       0 likes

  11. Nurul `Atirah Ahmad December 17, 2011 at 5:37 PM #

    Perkahwinan adalah ibadat, ibadat semata-mata untuk dapatkan keredhaan Allah dlm memenuhi keperluan fitrah,…akan tetapi setiap ibadat yang kita lakukan mesti ada ujian..npe ada ujian? ia sbg tnda kita benar2 ikhlas kpd Allah swt,wallahua’lam..kuatkanlah iman dgn ilmu, kesabaran dsbgnya untuk lulus dlm ujian tersebut hatta dlm perkahwinan..InsyaAllah amin.

       0 likes

    • basyer December 18, 2011 at 2:18 AM #

      Saya setuju dengan penyataan anda! setiap ibadat yang kita lakukan mesti ada ujian sbg tnda kita benar2 ikhlas kpd Allah swt..

         0 likes

  12. abu basyer December 17, 2011 at 10:50 AM #

    lelaki sebagai pemimpin mestilah menyediakan dirinya sebagai pembimbing isteri dan keluarga, agar menuju keluarga barakah wa rahmah..

       0 likes

Leave a Reply:

Gravatar Image

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline