Kahwin Semasa Waktu Belajar?

Kahwin Semasa Waktu Belajar
Bolehkah Kahwin Semasa Waktu Belajar?

Kahwin Semasa Waktu Belajar?

Isu kahwin semasa waktu belajar memang selalu menjadi suatu persoalan yang besar bermain difikiran anak-anak muda pada waktu sekarang.

Berikut adalah petikan dari buku Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri (Ust. Burhan Sodiq) mengenai pandangan ulama-ulama yang memberi nasihat berkenaan isu ini:

Menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda:

Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”

Rasulullah SAW juga bersabda,

Wahai para pemuda, barang siapa di antara kalian yang memiliki kesanggupan, maka hendaklah dia berkahwin. Kerana sesungguhnya berkahwin lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan.”

Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin menasihati wali wanita, dan wanita itu sendiri; janganlah menolak untuk berkahwin dengan alasan belajar atau mengajar. 

Namun adakalanya seorang wanita belajar menggapai ilmu yang tidak diperlukan oleh umat Islam.

Dalam kaitannya dengan kes ini, diperlukan pertimbangan dan pemikiran yang saksama.

Menurut pendapat Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin, jika dia telah mampu  membaca Al-Quran sekali gus tafsirannya, dan dia juga dapat membaca hadis dan sekaligus tafsirannya, maka hal ini sudah cukup.

Namun tidak mengapa jika dia mendalami ilmu yang sangat diperlukan umat, seperti ilmu kedoktoran dan ilmu semisalnya.

Tetapi dalam proses pembelajaran itu tidak boleh ada perkara-perkara yang diharamkan Allah seperti bergaul secara berlebih-lebihan dengan kaum lelaki dan perkara haram yang lain.

Menurut pandangan Syeikh Nasyirudin Al-Balihi pula, sebahagian remaja perempuan mengatakan sesuatu yang tidak patut untuk dikatakan.

Mereka mengatakan, “Aku tidak akan berkahwin sehingga pelajaranku tamat“.

Menurut Syeikh Nasyirudin, tekad remaja perempuan ini bukanlah suatu masalah, jika pelajarannya akan selesai dalam waktu terdekat. 

Namun jika pelajarannya hanya akan selesai beberapa tahun kemudian, maka saya (Syeikh Nasyirudin) tidak bersetuju jika remaja perempuan itu menunda perkahwinan dengan alasan untuk menyelesaikan pelajaran, apatah lagi jika dia menghadapi mata pelajaran yang sukar dan tidak tidak sesuai dengan selera pilihannya.

Betapa ramai muslimah yang sudah berusia matang yang masih lagi belum bertemu jodohnya.

Seringkali sebuah nasihat daripada seorang ulama yang hanif, akan memberikan ketenangan hati.

Ibarat sebuah dakapan erat yang menenangkan jiwa bergelojak, ibarat tegukan air segar yang menghilangkan dahaga.

Semoga beberapa nasihat dari para ulama soleh yang sarat akan hikmah-hikmah besar ini dapat menjadi pelipur hati yang sedang menanti, dan jiwa merindu.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

52 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
hamba Allah.
hamba Allah.
5 tahun yang lalu

saya , 20 thn lagi 2 tahun habis belajar.

pasangan saya (perempuan) 23 tahun dalam proses nak bekerja sambil belajar part time.

kami dah ke jalan yang serong dahulu, tapi kami selalu doa yang kami akan ke jalan yang benar. dan kami memang berniat nak kahwin dari awal.
kami dah cuba macam2 utk berubah tapi gagal. mcm pasangan2 lain kami memang supportive each other 100% komitment kami bagi kt relay kami.

satu hari kami di berikan dugaan dari Allah swt, dugaan yang amat berat (dan dugaan ini saya rasa berkat doa kami utk berubah). dan dugaan itulah yang mengubah kami untuk kejalan yang lurus kembali, kini kami lebih peka dan apabila kami bercinta hendak mendapt redha Allah swt, semua jadi mudah. seakan2 Allah swt membantu kami, sewaktu kami di jalan yang bengkok dulu memang serabut otak kami kalau fikir pasal masa depan, kini kami lebih teratur.
InsyaAllah lagi dua tahun kami berkahwin. dan kami terus berdoa agar dapat kawin dgn segera sebab kami xnk berdosa dan kami x sanggup berpisah.

kenapa saya cakap Allah swt seakan-2 membantu kami? selepas sahaja dugaan yang ditimpa kami, saya betul2 berdoa dan mengharapkan Allah swt, sehinggakan saya jatuh longlai dekat tangga sujud kepada Allah swt yang saya betul2 mahukan rahmatnya. dan saya berdoa agar dapat dicepatkan jodoh supaya kami x lagi buat maksiat dan seminggu selepas kejadian tu Pasangan saya dapat tawarqn untuk bekerja. dan disitulah tempat kami nampak sumber utk menabung utk perkahwinan kami. dan banyak lagi yang menyenangkan kami utk berkahwin

motif saya cerita ni, Bercinta dan sungguh lah utk kahwin di jalan Allah swt. kepada yang dah berpasangan jangan putus doa, kepada yang dah terpesong jangan putus doa even korang x solat and cubalah utk berubah dan doalah bnyak2 InsyaAllah Allah swt akan berikan korang jalan yang lurus . doalah kerana Allah swt akan menunaikan doa korang.
kepada yang belum terpesong dan hendak memesongkan diri saya nasihat janganlah, kerana pekara itu memang memuaskan nafsu tapi percayalah hidup korang x akan aman dan hati tak akan tenang. hati saya x pernah tenang ketika membuat maksiat dan even sy tgh buat maksiat sy berdoa kenapalah saya mcm ni dan sy berdoa supaya saya berubah, berdoalah sahabat2 percayalah kpada Allah swt, Allah swt itu sajalah jalan sebaik-2nya.

akmar
akmar
5 tahun yang lalu

sy umur 19 thn, bakal suami 27 tahun.. dah mmg boleh tanggung sy termasuk ayh sy sekali ?.. sy nak nikah hujung bulan 3 ni.. yg sy nak tanya, ade ke akta atau pekeliling yang mengatakan tidak boleh kahwin semasa belajar? bukan apa, takut kena buang kolej..

fadh
fadh
Reply to  akmar
5 tahun yang lalu

Saya rasa tak ada masalah. Kecuali kalau awak berada dalam University yang tak membenarkan perkahwinan contoh uni tentera.

Afifi
Afifi
Reply to  akmar
5 tahun yang lalu

Saya rasa tiada masalah untuk berkahwin ketika belajar. Seperti kawan-kawan, pelajar di universiti Islam antarabangsa UIAM, ramai yg berkahwin ketika belajar. Tapi awak perlu ada usaha untuk tidak melakukan sesuatu yg akan mengganggu pelajaran awak, itu sahaja.

lmyling
lmyling
6 tahun yang lalu

hai, saya lmy . bolehkah saya dapat maklumat daripadamu. anak perempuan saya berumur 16 tahun.dia pregent dua bulan sekarang n lelaki itu adalah 19 tahun , bolehkah mereka pendaftaran perkahwinan? what i have to prepare for register married for their young age? if can pls reply to my email thanks,

Adek
Adek
7 tahun yang lalu

Assalamualaikum Admin..saya pelajar diploma bahagian elektrik dan berumur 20tahun.. saya telah bernikah di siam baru2 ini..dan suami saya pun masih belajar diploma dalam bidang mekatronik..Saya dan suami ambil keputusan begini sebab parents tak bagi kahwin lagi alasannya kami masih muda dan belajar..Tapi saya dan suami dah cuba jaga batas sebelu kahwin..Tapi saya tahu saya tak mampu dan saya tak mahu terlanjur..dan akhirnya saya dan suami ambil keputusan untuk halalkan hubungan kami dengan kahwin siam..saya agak rasa sedih tapi saya takut membuat dosa lagi besar dan memalukan keluarga saya..mungkin bagi orang kahwin siam dipadang hina dan buruk tapi saya dah sah menjadi isteri kepada suami saya..Saya juga sayangkan mak saya..sangat2..Saya harap admin ada pendapat untuk saya jelaskan pada keluarga kenapa saya berbuat demikian..

Faris
Faris
Reply to  Adek
7 tahun yang lalu

Awak nikah ada izin drpd wali awak tak? Kalau tak nabi kata tak sah nikah awak tu. Jgn main2 bab nikah ni.

fadhli
fadhli
8 tahun yang lalu

Tak apa lah kahwin bila pun. InsyaAllah ada hikmahnya.

Ramai orang menginginkan Majlis Perkahwinan yang sempurna, ala-ala dalam TV. Tapi salah satu sebab mengapa ramai orang tidak atau lambat berkahwin adalah kerana berkaitan dengan komitmen kewangan. Kalau dah jodoh dan mampu (mental dan fizikal) insyaAllah..

Meh jenguk blog saya, banyak juga tips perkongsian. InsyaAllah.

https://fadhliyansah.wordpress.com/

Arissa
Arissa
9 tahun yang lalu

Assalammu’alaikum.. saya ingin minta pendapat dan cadangan untuk masalah yang saya alami.. saya masih belajar dan akan tamat dalam masa setahun je lagi.. Insha Allah.. saya dan pasangan saya da berkawan lebih kurang 4 tahun.. pasangan saya berhasrat ingin jadikan saya isterinya pada awal perkenalan kami lagi.. ibubapa kami sudah saling mengenali dan tak kisah untuk kami berkawan rapat… kami ingin berkahwin awal walaupun saya masih belajar..pasangan saya telah bekerja sejak dari kami tamat diploma sama2 dulu… masalah kami bukanlah wang ringgit.. tapi ibu bapa pasangan saya yang menginginkan saya tamat belajar dan bekerja dahulu baru boleh berkahwin kerana risau akan menjejaskan prestasi pelajaran saya…saya dan pasangan telah jauh dari menjaga batas pergaulan.. kami tau dosa2 yang kami buat… tapi kerana kelemahan masing2 yang berat.. kami sering tewas dalam menjaga batas… walaupun kami bertaubat…tapi kami masih lagi tewas dan buat lagi dosa2 lama… kami sangat takut dan risau.. sedih bila fikirkan keluargayang percayakan kami…sebab itu kami sangat ingin berkahwin secepat yang mungkin supaya perkara2 dan perbuatan2 yang lebih buruk terjadi… tapi masalahnya hanya ibu pasangan saya saja yang masih berkeras hati… dari segi kewangan insha Allah kami da cukup…tapi kami tak nak hubungan kami jadi tak direstui dek kerana ketidaksabaran kami.. saya mohon pendapat dan cadangan dari admin atau sape2 untuk masalah saya dan pasangan ini… hati saya tak tenang selagi hubungan kami tak halal… :'(

Arissa
Arissa
Reply to  Arissa
9 tahun yang lalu

*perkara2 yang buruk tak terjadi

Ain
Ain
Reply to  Arissa
8 tahun yang lalu

Arissa sy pon mmpunyai masalah yang same. Hmm admin. Reply please

Afiq
Afiq
Reply to  Arissa
8 tahun yang lalu

Assalamualaikum….memang ada kalanya kita tidak mampu untuk mengawal hawa nafsu kita..seeloknya saudari berbincang dengan keluarga..dan sekiranya perlu diberitahu perkara sebenar,beritahu lah…sy faham,perkara tersebut mmg mengaibkan tetapi jika hanya dengan cara itu sahaja saudari dapat menghalalkan hubungan seeloknya diusahakan…sentiasa lah bersembahyang sunat hajat dan meminta bantuan Allah S.W.T agar dilembutkan hati kedua orang tua…

nilamsari
nilamsari
9 tahun yang lalu

as slm… kalau asik fikir boy/girl friend …baiklah kawin. You all yang pilih untuk bercouple then you give your parents no options but to agree. Adilkah, kesukaran korang mengawal nafsu dilandaskan dengan halangan org tua? Atau bahasa ringkasnya, andaikata terlanjur, ini semua salah org tua sbb x izinkan kahwin? Pada yang perempuan, kalau boyfren dah kerja…kalau x boleh berpisah sgt…baiklah kahwin. Tp bagi yang lelaki, masih belajar….kenapa pilih utk bercouple di awal pengajian???? Dosa zina sahaja kah yang nak dielakkan dalam hidup ini? Bagaimana nanti dengan dosa mengabaikan org tua? Mungkin ada yang jawab…xkan lupa tanggungjawab tp kalau korang dah bz, belajar, isteri pregnen, anak la xde org jaga, nak exam bagai…ada ke ruang utk fikirkan org tua?

Our parents, they waited so long for you to grow up, be somebody with good career achievement. But when you grew up, you QUICKLY filled your heart, your whole life with someone else? Diorag bukan setuju, tp ikutkan sbb x nak nko jadi anak derhaka. Pada yang parents mmg faham, mampu…berutunglah. Tetapi kepada yang membesarkan anak utk jadi org berjaya supaya supaya hidup boleh berubah dari miskin/ susah kepada sekadar ‘tidak susah lagi’….fikir2kanlah niat tu….

Arissa
Arissa
Reply to  nilamsari
9 tahun yang lalu

bukan ke Allah da berfirman bahawa akan dibuka segala pintu rezeki bagi lelaki dan perempuan yang bernikah? kenapa zaman sekarang orang menganggap bernikah itu sesuatu yang menyusahkan hidup seseorang? bukankah sudah menjadi tanggungjawab ibubapa itu mengahwinkan anak perempuan mereka seawal mungkin bagi mengelak fitnah? zaman sekarang anak2 luar nikah makin meningkat.. yang dibuang..dibunuh tanpa belas kasihan… semua boleh dipupuk andai kita faham akan kehendak agama yang betul… ibubapa membesarkan anak2nya bukan untuk anak2nya membalas jasa mereka yang xdapat dibalas dengan apa pun… jika kita tidak mampu dari segi kesenangan hidup dan masa… kita balaslah dengan jaminan syurga… akhirat tu kekal abadi… jika dengan berkahwin, anak2 mereka akan terpelihara…baik ibubapa tu nikahkan mereka.. daripada mereka melakukan perkara2 yang mendatangkan dosa2 besar… soal tanggungjawab pada keluarga setelah berkahwin.. bukankan semua itu dapat dipelajari…ditunjukkan.. dinasihatkn dengan baik lepas mereka bernikah… ibubapa pun main peranan dalam menunjukkan contoh yang baik pada anak2 supaya mereka boleh jadikan ibubapa mereka sebagai role model dalam membina masjid mereka sendiri…. andai ada tersalah… mohon diperbtulkan… ini hanya pendapat saya saja… :)

No name
No name
Reply to  Arissa
6 tahun yang lalu

Ya betul tu, ramai zaman skrg menitik beratkan soal kewangan utk kesenangan diri sndiri walhal ajaran agama diketepikan.. Terlalu pentingkan hal duniawi hingga hal akhirat diabaikan, knp perlu tggu kaya baru nak berkahwin sdgkan sewaktu couple dh buat maksiat, batas pergaulan dh x terjaga.. Alasan nk kenal2 dlu hati budi masing2 sampaikan sunnah rasul dihiraukan, kenal hati budi masing2 sampai pregnant anak luar nikah? Kalau dh mampu dr segi zahir dan batin xsalah utk mendirikan rumah tangga lebih awal

Gordon
Gordon
Reply to  nilamsari
7 tahun yang lalu

Komen kau ni berat pada duniawi. Selak quran tu sikit. Kaji.

atyqah
atyqah
9 tahun yang lalu

Assalamualaikum admin, saya 21 tahun dan masih belajar tahun akhir diploma dan pasangan saya 25 thun, bru mula bekerja, sudah 2 kali kami beritahu hasrat kami kpd ibubapa saya utk izinkan kami menikah awal, tetapi tak dibenarkan, alasannya adalah tggu sehingga saya habis belajar sedangkan saya mungkin ada lagi 3-4 tahun utk tamatkan pengajian dan juga alasannya, kos kahwin semakin tinggi, harga sebentuk cincin lagi, hantaran lagi dan mas kahwin, sedangkan konsep saya dan pasangan hanyalah menunaikan apa yg wajib dlm islam sahaja. Saya agak kurg faham reaksi ibubapa saya, mungkin amin boleh beri sedikit pencerahan. Terima kasih. Mohon balas di email ya.

Brandy and Boomer
Brandy and Boomer
9 tahun yang lalu

Saya tidak suka ideal kahwin muda sebab ideal tersebut telah menyusahkan hidup saya.

Kahwin Muda
Kahwin Muda
10 tahun yang lalu

Terima kasih berkongsi artikel ini. :D