Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?
Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?
Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”
Kabsyah menjawab, “Ya”.
Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.
Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.
Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
==> kisah Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. klik sini
Sumber : http://zharifalimin.blogspot.com/2011/11/kuman-anjing-dan-kucing.html






thanks 4 good info…i’m a very cat lover…
xpelah.. kalau x yakin pas meow buang tu, kalo xnak ragu2 bersih2kan la juga kalo ada lapang2 masa tu.. hehe..saya syggg kucing..:)
Salam.Thanq untuk info berguna ni.Saya pun baru aje berminat kucing baru2 ni..(sebab dulu takut kt kucing..hu2)..Selalu nampak dan terfikir kucing lepas dia melepaskan hajat dia,ok ke kalo pegang.Lagipun,geli nk pegang kucing lepas tu..hehe..takut xbersih.Info ni sangat berguna.tq -D
sama2..
tapi ada ustaz yg mengatakan bulu binatang yg terpisah dari badannya adlh najis dan jika melakat kt pakaian xsah solat…
bulu kucing tak termasuk dlm kategri ni ke??
masing2 ustaz ada pandangan sendiri.. tp pada asasnya, kucing ni bukan haiwan najis seperti anjing
Ustaz Azhar idrus pun ada cakap yang kucing hanya najis kalau kita nampak ada najis jelas melekat kat badan kucing tu.. kalau kita x nampak, yakin bersih, bau najis hancing pun xde, then bersih.. sah solat
die dtg menyondol time solat pun xpe.. tapi baik tutup la pintu biar kte khusyuk tanpa gangguan meow2 hihi
a’ah kan. nnt dia main atas sejadah depan kita..
yeay! suka sangat entry ni.. i’m cat lovers! sangat2! thanx for the info
welcome..
bulu kucing ni kalau terlekat di pakaian, pakaian tersebut boleh dibawa solat?
Boleh. bulu kucing bukan najis..
Gua pun minat giler kat kucing ni bro…
Banyak ye bela kucing?
salam. thanx buat info yg diberikan. sy memang pengemar kucing dan mudah tersentuh bila tengok kucing. sy sering kali memeluk dan membelai haiwan comel ini walaupun adik-beradik sy mengatakan kucing tersebut kotor.. dengan info ini, sy dapat menerangkan hal ini kepada adik-beradik serta kawan2 sy. thanx sekali lagi.
Sama – sama..
As salam, terima kasih atas info yg diberi. Sy baru tahu. Actually, before ni, sy sgt suka kucing tp xboleh nak pegang2 n manja2 ngan kucing sebab mind set sy, macam mane kucing 2 basuh punggung dia after dia melepaskan.ergh..xboleh terima..n then sy akan bwak najis dia kemana2 yg melekat kat baju @ pakaian sy..ho3..macam mana nak solat n etc..susah..tp lepas baca ni, mungkin akan lebih terima & b’usaha utk terima. tpi mungkin agak sukar kot nak turn mind set.sebab bila pegang kucing, teringat najis dia. huhu..tapi insyAllah, sedang b’usaha.
jazakillah.
Kucing haiwan yang bersih.. don’t worry..
Salam… thanks for the information…sgt menarik bagi peminat kucing mcm saya ni… =)
Wassalam.. admin pun minat kucing juga..
Salam. Bagus ruangan ini banyak memberi info pada akk tentang kucing. Terima kasih