Bagaimanakah Melupakan Si Dia Bekas Kekasih?

melupakan
Melupakan | Wash My Heart Away by *catchingfyre (devianart)

“Dia cinta matiku..” begitulah yang selalu bermain didalam fikiran.

Cuba hilangkan wajahnya daripada benak kita.

Kosongkan ruang hati kita daripada kehadiran seseorang yang pernah muncul dalam hidup kita.

Anggaplah dia tidak pernah hadir, mestipun dia sering hadir dalam hidup kita.

Hati kita adalah kaca, yang sekali tergores maka akan susah hilangnya.

Hati kita juga adalah batu, yang sekali terukir namanya akan susah menghilangkannya.

Tetapi tidak ada kata mustahil.

Susah hanyalah kata yang akan membuat kita mundur ke belakang.

Susah bukan bererti tidak boleh, hanya kita perlu lebih banyak waktu, lebih banyak tenaga, dan lebih banyak kekuatan untuk menghapusnya.

Biarlah air mata berlinang, biarlah juga semua lelah tergenggam, namun ia akan hilang dari benak kita.

Baca Sepenuhnya

Masih Belum Berpunya? Tetap Tenang Dan Yakinlah Dengan Allah

Belum Berpunya

Adakah anda masih belum berpunya?

Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia.

Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.

Bagaimana jika masih belum berpunya?

Namun, bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan.

Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah.

Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.

Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil.

Baca Sepenuhnya