Bagaimanakah Melupakan Si Dia Bekas Kekasih?

melupakan
Melupakan | Wash My Heart Away by *catchingfyre (devianart)

“Dia cinta matiku..” begitulah yang selalu bermain didalam fikiran.

Cuba hilangkan wajahnya daripada benak kita.

Kosongkan ruang hati kita daripada kehadiran seseorang yang pernah muncul dalam hidup kita.

Anggaplah dia tidak pernah hadir, mestipun dia sering hadir dalam hidup kita.

Hati kita adalah kaca, yang sekali tergores maka akan susah hilangnya.

Hati kita juga adalah batu, yang sekali terukir namanya akan susah menghilangkannya.

Tetapi tidak ada kata mustahil.

Susah hanyalah kata yang akan membuat kita mundur ke belakang.

Susah bukan bererti tidak boleh, hanya kita perlu lebih banyak waktu, lebih banyak tenaga, dan lebih banyak kekuatan untuk menghapusnya.

Biarlah air mata berlinang, biarlah juga semua lelah tergenggam, namun ia akan hilang dari benak kita.

Tidak perlu lagi kenangan masa belajar di sekolah rendah atau di sekolah menengah dahulu.

Hapus dan buang jauh-jauh dari hati.

Kembali pada Allah dengan wajah yang bersinar – bersinar.

Kembali kepada tujuan awal, manjadi hamba Allah yang bersyukur dengan nikmat Islam.

 

Tidak Boleh Melupakan?

Boleh? Apa yang tidak boleh?

Semuanya boleh apabila kita serius berusaha.

Mungkin akan ada banyak air mata yang menitis, itu pasti.

Sebab melupakan orang yang pernah disayangi bukan mudah.

Tetapi manusia diciptakan Allah untuk tidak mudah untuk menyerah kalah.

Kepalkan tangan, kita pasti boleh!

Yakinlah pada Allah, mohonlah diberi kemampuan untuk menghapus bayang-bayang si dia.

Panjatlah doa, agar ia terhapus dari hati dan dari fikiran kita.

Lawanlah daya ingat kita tentangnya dengan rasa lupa.

Penuhi hati dengan cinta pada Allah, maka cinta kepada manusia yang bernama si dia boleh segera terhapus.

Masalah ini adalah manis!

Mungkin pada minggu pertama masih ada degup jantung yang menggoncang jiwa.

Kencang dan lambat hilang.

Tetapi semua ada masanya.

Memang harus seperti ini. Normal.

Melupakan dia yang pernah hadir dalam hati, perlu perjuangan hati, perlu kekuatan tenaga dan konsentrasi =)

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

123 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
sasha
10 bulan yang lalu

bukan tak terima dgn takdir allah tentukan , sdgkan yg berkahwin boleh bercerai ..masih dlm situasi menerima mengikhlaskan , tapi sakitnya bila ex’soulmate menghina ,memperlekehkan , ya allah sakit .. ya allah aku maafkan , aku nak ketenangan saja skrg .. cuma penghinaan itu btul2 buat sy sakit

Last edited 10 bulan yang lalu by sasha
Penjejak Awan
2 tahun yang lalu

Salam..

Hari ni genap sebln & seminggu aku bercerai dgn isteri aku.. stlh hampir 9 thn ikatan perkahwinan yg kami bina akhirnya sampai ke penghujungnya.. spjng perkahwinan kami, Allah kurniakan kami sepsng cahaya mata yg sgt indah dan yg bakal aku tinggalkan..

Aku akui yg aku byk abaikan dia dihujung2 perkahwinan kami.. kemesraan yg kami lalui diawal2 perkahwinan dahulu semakin pudar sehinggakan ada org yg ke-3 hadir dalam hidup dia.. berkali2 dia meminta agar diceraikan walaupun aku x setuju.. tp ketentuan Allah, akhirnya aku terpaksa lepaskan dia juga walaupun aku sudah bnyk berubah sblm aku ceraikan dia..

slps bercerai, aku masih meletakkan harapan yg tinggi agar dia kembali.. berkali2 aku merayu kat dia agar kembali tp semakin teruk layanan dia trhdp aku.. setiap mesej2 aku x dibalas umpama aku x pernah hadir dlm hidup dia.. sampai skrg aku masih x phm knp semudah tu dia korbankan 9 tahun usia perkahwinan kami hanya semata2 nak bersama dgn lelaki lain yg dia baru kenal..

skrg aku hanya pasrah dan redha dgn ketentuanNya.. x henti2 aku berdoa agar Allah kembalikan keluarga aku semula.. aku cuba buang dia dr hidup aku tapi aku x mampu.. hanya airmata sahaja yg mampu mengiri setiap kerinduanku terhadapnya..

Ya Allah, ampuni lah segala dosa2ku dan kembalikanlah isteri dan anak2 aku ke pangkuanku semula..

maybe my love will comeback someday
only heaven knows..

Farah
2 tahun yang lalu

Sy farah.status berkahwin dan sudah mempunyai anak seorang.5 tahun Yang lalu sy bernikah dengan kekasih sy dan tidak mempunyai zuriat.bercouple 7 tahun bagai nak rak..dan berkahwin 4 Bulan sahaja Dan Kami ber cerai….pelik Kan tapi benar.entahla mana silapnya..percayalah…atas sume Yang berlaku dan masa yang berlalu tiada sesaat pun sy melupakan die.doa byk dah cuma mungkin tidak fokus untuk beribadat,sibuk mengejar dunia.itu mnyebabkan hati gelisah dan meronta2 nak kontek die semula dikala sendirian.sy cuba lupakan smua Dan bukannya satu bende yg mudah.apa yg sy lakukan ialah istigfar igt Allah ..igt dosa pahala disaat Kita lemah dan terigt kekasih lama.
bagi adik2 yg ptus cinta ..bersabarla..igtlah pasangan Yang berkahwin pun boleh bercerai apatah lagi yg bercouple..selalu berdoa berikan adik2 pasangan Yang lebih baik dan mintalah dengan Allah dengan ikhlasnya.allah jelah tempat mengadu Dan beri kekuatan…lailahaillaantasubhanaka inni kuntum minazzalimin…amalkan disaat rasa lemah dan jatuh.zikirkan tak putus2.insya Allah..
Dan jauhi lah zina, zina ialah dosa besar…

@rr
3 tahun yang lalu

Saya dah dekat setahunn putus dgn bf..3tahun bercinta, tapi kenapa sampai skrg saya tak boleh lupakan dia??? Sakit+kecewa..asyik teringatkan dia. Bayang2 dia selalu muncul…tolong saya. To Amirulsyafiq basri..saya rindukan awk sgt!

Wariz?
3 tahun yang lalu

Kunaon sih hese mohokeun manehna?padahal manehna sering nganyenyeri….
Hubungn 3 thn potong d tengah2 padahal urang masih nyaah,masih syang,apalagi bogohmah masih pisan…..maneh terlalu egois maneh terlalu emosi sampe maneh ngalakukeun iyeu….kumaha jadina urang urang hese hese mohokeun maneh….maneh muncul wae dina pikiran urang…urang kudu kumha dei…ges d hapus san kabeh poto maneh,chattan tapi kunaon hese pohona,,,kunaon maneh make datang sih?ari kieu jadina baheula th tong ngahiji coba…ayeuna urang jeung maneh jadi dua orang asing????

Yaallah urang kudu kumaha?
Manehmah pastinage geus teu aya rasa nanaon dei urang apal…