Hidup kita Ini Bukan Untuk Menjadi Loser

Meniupkan harapan didalam jiwa agar cita-cita terus hidup memerlukan keazaman yang tinggi..

Hidup adalah bukan suatu perjalanan yang mendatar atau bergerak linear.

Ada lika-likunya. Ada suka dan duka. Ada kejayaan pada satu waktu, kadangkala kegagalan di waktu lainnya.

Bahkan iman kita, “yazidu wa yanqus” pada suatu saat naik, suatu ketika ia menurun.

Maka mempertahankan azam dan cita-cita adalah kekuatan yang membuatkan manusia mampu bertahan dalam hidup.

Memiliki harapan yang akan digapai adalah bahan bakar yang membuatkan kehidupan kita tetap menyala. Walaupun cita-cita itu telah tercapai, buatlah cita yang lebih tinggi lagi.

Walaupun harapanmu telah kau gapai, buatlah harapan yang lebih besar hendak kau gapai.

Seperti jiwa Umar bin Abdul Aziz, menetapkan cita-cita memdapat isteri solehah, dan berharap menjadi amir kemudian khalifah. Semuanya tercapai.

Ketika menjadi khalifah, dia mengerahkan segenap potensinya untuk meraih cita-cita terakhirnya, iaitu: masuk syurga.

Maka dia pemimpin yang adil dan menyejahterakan negara, sehinggakan para amil kesulitan menemui para mustahik.

Mengapa kini kita menjadi orang-orang yang kehilangan daya untuk hidup, sebelum kehidupan meninggalkan kita?

Atau orang yang diam hanya menanti kematian datang?

Manusia akan menjadi seperti itu jika dia tidak lagi memiliki harapan, cita-cita.

Dan itu bermula dari kesalahan memahami erti kehidupan. Mereka melihat dunia ini dari sudut kebendaan sahaja .

Bagi mereka, “jika tak tahan menderita, lebih baik mati sahaja”.

Tanpa harapan dan cita-cita,  manusia tetap boleh hidup.

Namun, tiada lagi rasa ghairah dan semangat. Tiada lagi letupan – letupan jiwa yang menggerakkannya untuk hidup yang lebih berarti, lebih bermanfaat.

Dia menyerah. Dia kalah.

Ada juga manusia yang pada awalnya memiliki cita-cita. Dia puas apabila cita-cita itu tercapai, lalu dia berdiam diri. Pada mulanya kita akan berasa puas.

Lama-kelamaan kepuasan itu akan hilang, akan menjadi tidak bererti. Sebab tiada lagi azam untuk mencapai yang lebih tinggi.

Khalid bin Walid adalah contoh terbaik.

Mencapai prestasi terbesar bukan diakhir hidupnya.

Namanya telah mengharum sebagai pedang Allah, panglima perang yang selalu membawa pasukannya pada kemenangan.

Dan puncaknya adalah Perang Yarmuk.

Ketika dia berjaya membuat tentera Romawi kelam kabut, dia dipecat oleh Umar.

Namun dia tetap berjaya memenangkan keikhlasan jiwanya.

Berjaya mempertahankan azam untuk syahid fi sabilillah.

Maka Khalid pun berjaya mendapatkannya. “Siapa yang berazam mendapatkan mati syahid, dia akan dicatat sebagai syahid meskipun matinya di atas katil.”

Dan sehingga kini, namanya dikenang sebagai panglima besar Islam, sehingga Agha Ibrahim Akram memerlukan lebih dari 600 halaman untuk mencatat biografinya.

Belum terlambat bagi kita untuk menanam cita-cita. Menegakkan cita – cita itu supaya meninggi,  supaya berkibar di angkasa.

Menguatkan akarnya hingga tidak pernah tercabut dari jiwa.

Mengukuhkan tiangnya sehingga tidak pernah patah oleh sekencang manapun angin godaan yang menghempas menerpa.

Jika cita demi cita menjadi nyata, ucapkan puji dan panjatkan syukur pada-Nya.

Namun ada satu lagi yang kita semua belum mampu memastikannya:

Menggapai redhaNya dan memperoleh syurga.

Bukankah itu setinggi cita-cita dan akan terus menyalakan semangat kita?

Percayalah: hidup bukan  untuk kalah. 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
7 TIPS BERKESAN MENGHADAPI UJIAN HIDUP YANG DIAJARKAN OLEH ISLAM – Meilia Story
5 tahun yang lalu

[…] dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala […]

trackback
HIDUP ANDA DIDUGA? BACALAH UNTUK KETAHUI KENAPA ALLAH BERBUAT DEMIKIAN – RezekiMelimpah.com
6 tahun yang lalu

[…] yang tersembunyi cost of confidor A�dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadiA�bahan bakarA�untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai […]

trackback
HIDUP ANDA DIDUGA? BACALAH UNTUK KETAHUI KENAPA ALLAH BERBUAT DEMIKIAN – Sekadar Berkongsi
6 tahun yang lalu

[…] dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala […]

trackback
HIDUP ANDA DIDUGA? BACALAH UNTUK KETAHUI KENAPA ALLAH BERBUAT DEMIKIAN – My Blog
6 tahun yang lalu

[…] dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala […]